Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, April 8, 2025

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Kejap je dah hari kedua Cie Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal. Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Ada lagi 5 hari nak puasa. Puasa sunat Syawal 6 hari, ganti puasa 7 hari. Hari ni baru hari kedua. Cie akan puasa sampai Jumaat. Lepas tu stop Sabtu Ahad nak beraya. Sambung semula Isnin dan Selasa.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua ni Cie masak ikan siakap kukus sos thai. Dah biasa buat siakap goreng sos thai. Kali ni tukar kukus la. Malas pulak nak menggoreng ikan siakap tu tadi.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Cie tambah telur dadar juga. Saja buat tambah-tambah lauk. Baru la nampak macam makan kat kedai thai. Hihi. Buat 2 biji je telur dadar.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Sayur pulak Cie goreng Siew Pak Choy je. Ada lebihan sayur Cie masak Kuetiau Kung Fu hari tu. Goreng dengan bawang putih dan bawang besar hiris je. Sayur ni Cie dan husband je makan. Anak-anak tak makan.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Cie potong juga sikit timun jepun dan ada juga sambal belacan. Stok sambal belacan ada je dalam fridge tu senang nak makan bila-bila je.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Balik kerja tadi singgah gerai takoyaki. Beli family set ori 12 ketul RM11. Memang sedap takoyaki kat situ. Sepanjang Ramadan gerai tu tak buka. Dah habis Ramadan baru berniaga semula. Lama tak makan beli la tadi.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua

Alhamdulillah rezeki Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Kedua hari ni. Tunggu waktu berbuka je ni.

10 comments:

  1. Sedapnya ikan siakap kukus.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    nieyl ni bila nak insaf ni ntah...
    niat tu ada nak buat, tapi belum berjaya lagi ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah mula puasa sunat syawal yer Cie...
    Saya ni belum mula lagi..
    Selamat Hari Raya & Selamat berpuasa Cie..maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. fuhhhhh sedapnyaaaa siakap kukus! takoyaki tu pun sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  5. Sama pula dgn Akk, hari ni masak Pak choy juga utk suami berbuka.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya menu berbuka dia, ikan siakap. Terbaik!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Ammi insyaallah kalau dpt completekan harini maka dptlah 4 hari. Ammi ni nak mengganti posa 15 hari

    ReplyDelete