Sahur Puasa Qada’ dan Puasa Sunat Syawal Hari Pertama - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, April 7, 2025

Sahur Puasa Qada’ dan Puasa Sunat Syawal Hari Pertama

Pagi tadi kembali bangun sahur puasa qada’ dan puasa sunat Syawal hari pertama. Ada orang dah beraya pun dah kan. Kita baru nak mula. Hari tu cuti busy beraya. Hari ni dah masuk kerja boleh la mula puasa.

Cie combine je terus puasa qada’ dan puasa sunat Syawal. Senang sekali arung. Kalau puasa qada’ tu buat lambat-lambat nanti takut terlupa dan liat nak buat. Berpuasa bukan di bulan Ramadan ni banyak cabaran. Ada jemputan jamuan raya la, nampak orang makan la. Semua tu cabaran. Hihih

Pagi ni sahur macam biasa sama je takde perubahan. Cie shake Cinch Chocolate 2 scoop. Lepas tu Performance Drink Orange shake dengan Cinch Tea. Sahur mudah je dan cepat. 

Sahur Puasa Qada’ dan Puasa Sunat Syawal Hari Pertama

9 hari bercuti dan hari ni dah masuk kerja. Memang banyak la kerja menanti. Selalunya awal bulan 1 haribulan tu dah banyak laporan nak dibuat. Ni dah lepas sampai 7 haribulan memang kena marathon la nak cover kerja yang tertangguh.

7 comments:

  1. Selamat hari raya cie... sy pun br masuk keja hari ni tp blom stat puasa lg

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya cie dh start puasa yer, MZ plan nak start puasa rabu dan khamis ni sbb ada kelas sejam for each day, so tak penat sgt if puasa. hari ni MZ ada kelas 5 jam

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidilfitri Cie... Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Akak pun baru start hari ni. Jom sama² kita mengganti huhu

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa Cie.. Simple je menu sahur Cie ye..
    Naik cuti, memang banyaklah kerja menanti ye CIe.. Selamat memulakan tugas..

    ReplyDelete