Iphone Casing Beli Di Shopee - Blog Roziah Muhammad Nor

Ahad, 4 Mei 2025

Iphone Casing Beli Di Shopee

Hari ni memang betul-betul mereput kat rumah takde ke mana-mana. Husband kena kerja. Nak drive keluar pun malas. Memang betul-betul berehat di hujung minggu. Kejap-kejap buka Facebook, kejap-kejap buka Instagram, kejap-kejap blogwalking blog kawan-kawan.

Buka je tv tapi tak tengok pun. Sekadar nak bagi bising je rumah. Anak-anak dengan aktiviti sendiri. Bila anak-anak dah besar ni senang dah. Sepanjang hari ibu boleh me time. Sediakan makan minum jela.

Plan kemain la rasa nak pi makan sushi kat Coffeur tu. Ataupun nak lunch makan kat Mikha Sup Station atau pun makan nasi goreng ayam kat Che Ngah Cafe. Semua tu hanya dirancang tapi satu pun tak menjadi. Malas punya pasal. 

Keluar rumah nak sidai comforter dan bedsheet yang Cie basuh pagi tadi je. Lepas tu keluar rumah angkat kain baju angin kuat, guruh, hujan. Kalau tak angkat kang habis terbang. Kuat betul angin. Sekarang ni petang atau malam mesti hujan. Ni pun sebab husband takde. Kalau dia ada semua tu dia buat dan Cie memang seharian tak keluar rumah.

Tadi pun barang Shopee sampai adik Rania tolong ambil sebab ada parcel purse kakak Raisha dan adik Rania. Tu dia excited keluar ambil parcel purse sekali ibu punya iphone casing beli di Shopee

Iphone Casing Beli Di Shopee

Cie memang beli iphone casing di Shopee je murah sangat-sangat. Tahan lasak jugak walaupun murah. Yang Cie baru beli ni harga semuanya tak sampai RM5 pun. Ada yang RM3.99, RM3.36, RM2.39 pun ada. Tu yang beli jela asal nampak cantik. Boleh tukar-tukar pakai.

Iphone Casing Beli Di Shopee

Sebelum ni dah beli 3-4 dah iphone casing beli di Shopee. Masa awal-awal beli iphone ni dulu. Dah hampir 2 tahun. Jadinya kali ni kita beli lagi. Yang Cie beli hari tu plain je. Warna pun macam dah bertukar sikit sebab dah lama.

Ada juga Cie yang beli yang boleh engrave nama pada casing. Yang tu mahal sikit. Cantik cuma cepat panas kalau guna casing yang tu macam takde pengudaraan pulak. Iphone gitu la ada masa banyak guna akan jadi panas. Harapkan mahal je. Bateri pun tak tahan lama.

Tapi sebab dah terbiasa guna iphone sejak 2017. Masa tu iphone pertama Cie beli iphone 8 plus. Cie pakai sampai tahun 2023. Tukar pun sebab iphone 8 plus tu bateri cepat drain. Tak guna pun bateri dia habis. Kiranya 6 tahun dah guna memang berbaloi.

Sebelum pakai iphone, Cie pakai android paling lama guna 2 tahun. Nanti ada jela problem apa-apa tu yang tukar pakai iphone jela lagi berbaloi. Lagipun dulu Cie bisnes. Bila bisnes ni iphone la paling berbaloi guna. Boleh simpan banyak gambar dan video untuk kegunaan bisnes. 

Handphone je mahal tapi casing kita guna yang murah-murah je. Casing beli di Shopee je banyak jimat. Kualiti ok je pun. Banyak pilihan jugak kat Shopee. Boleh tukar-tukar casing. 










4 ulasan:

  1. Cuya pon casing beli shopee, lagi murah dan berbaloi. Tak rasa membazir

    BalasPadam
  2. Wa.. Banyak beli chasing. Boleh tukar hari-hari. Hehe

    BalasPadam
  3. uishhh... rajin Cie tukar² casing ya. Comel² plak tu. Mujur harga murah².

    BalasPadam
  4. SS pun stock casing shopping tahun lepas masih ada yang belum pakai lagi. >_< stop dululah belinya.

    BalasPadam