Menu makan tengahari ni Cie beli laksam untuk Cie dan set western untuk anak-anak. Selalunya Cie akan singgah membeli makanan di tepi jalan je laluan balik ke rumah lepas ambil anak balik sekolah. Cie singgah beli makanan di gerai tepi jalan Batu 2 berhadapan dengan deretan kedai makan di hadapan Pasar Mini Ria.
Kat kawasan situ memang banyak kedai menjual pelbagai jenis makanan. Cuma Cie selalu membeli di Gerai Teh Pyor yang anak-anak muda menjual di situ. Mulanya dulu mereka hanya menjual air teh pyor sahaja dan kemudian semakin ramai vendor makanan meletakkan makanan mereka di situ.
Banyak jenis juga makanan ready to eat yang dijual disitu daripada pelbagai jenis air, pelbagai jenis kuih, serta pelbagai jenis makanan berat seperti nasi berlauk, nasi ayam, nasi daging, aneka jenis makanan barat, laksa, laksam, ayam gunting. Ni gerai anak-anak muda tu.
Gerai-gerai lain ada juga menjual churos, ayam goreng, pisang goreng, keropok goreng, takoyaki, mini murtabak, aneka kuih muih dan makanan lain. Memang meriah la dengan gerai jualan. Senang la mak mak yang bekerja ni nak singgah membeli makanan.
Lagipun ada banyak pilihan makanan. Senang ikut tekak rasa nak makan apa. Anak-anak Cie pulak sejenis nak makan yang ringkas je waktu lunch. Dulu-dulu masa mereka kecil sikit Cie masak nasi awal pagi, lauk masak kemudian frozen kan. Balik tengahari panaskan je. Bila dah besar ni taknak dah makan nasi tengahari kecuali hari Jumaat je sebab rehat lama dan husband yang belikan.
Kalau hari biasa ni adik Rania kalut balik sekolah sebab nak ke kelas KAFA pulak 2.15 petang. Balik sekolah 1 petang. Singgah membeli makanan sampai rumah dah hampir 1.30 petang. Mandi dan solat lagi. Tu yang nak lunch simple je dan cepat.
Cie beli sebungkus laksam berharga RM6.50 adik jual tu bagi diskaun hanya RM6 sahaja. Lepas tu air teh pyor cup besar berharga RM4 dan set western berharga RM13. Set western tu ada bebola daging, ayam popcorn cheese, ayam popcorn korea dan kentang goreng. Banyak juga dalam sebungkus tu cukup la 2 beradik tu makan. Cie rasa juga sikit tadi.
Cie makan laksam tengahari tadi pun tak habis sebungkus. Banyak sangat sebungkus tu ada sayur, ada sambal. Kuahnya yang cukup rasa lemak, rasa garam. Memang sedap la. Laksam tu pun lembut je. Sambal cili tu tak terlalu pedas. Memang terlebih berbaloi dengan harga RM6.50 sebungkus.
Laksam ni makanan tradisional pantai timur Kelantan dan Terengganu. Laksam diperbuat daripada tepung beras. Ada la sukatan bancuhan perlu cair sikit. Nanti kena curah atas tudung periuk dan bila dah masak kena gulung semasa panas-panas dan boleh la dipotong bulat-bulat. Cie pernah buat sekali je dulu. Rumit juga nak menyediakan laksam tu. Kalau silap cara dan silap adunan bancuhan memang tak menjadi.
Kuah laksam pulak merupakan kuah lemak. Menggunakan isi ikan. Ada juga orang yang buat kuah lemak dan dimakan bersama dengan mi laksa yang perlu direbus tu. Tu dipanggil laksa lemak la. Kalau macam laksam ni yang diperbuat dari tepung beras.
Bahan lain dalam laksa ni ada sayur seperti timun, bunga kantan, taugeh, daun kesum. Semua dipotong halus kecuali taugeh tu la tak dipotong tapi dimakan mentah sahaja. Lepas tu ada sambal cili. Memang lengkap dah hidangan laksam ni.
Nak makan laksam tengahari tadi kita beli jela sebungkus. Tu pun Cie tak boleh habiskan tadi sebab makan sikit pun dah kenyang laksam ni berlemak macam tu kan. Kena perut betul-betul kosong baru boleh habiskan. Untuk porsi sebungkus tu boleh makan 2 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan