Menu Dinner Simple Ikan Tilapia Goreng Dan Kangkung Goreng Belacan - Blog Roziah Muhammad Nor

Isnin, 5 Mei 2025

Menu Dinner Simple Ikan Tilapia Goreng Dan Kangkung Goreng Belacan

Weekend hari tu husband tak beli ikan. Dia cuma beli ayam bahagian kepak dan udang je. Cie pun request mintak husband beli ikan patin. Lama tak masak ikan patin tempoyak. Balik je rumah husband beli ikan tilapia sekali. So malam ni masak menu dinner simple ikan tilapia goreng dan kangkung goreng belacan.

Mulanya plan asal Cie nak buat ikan tilapia bakar. Masa on the way balik kerja tadi macam nak tukar plan pulak. Masak ikan tilapia goreng jela lama tak masak. Ikan tilapia bakar dah selalu sangat buat. Masak ikan tilapia goreng lepas tu buat kicap letak cili padi, tomato dan bawang besar.

Menu Dinner Simple Ikan Tilapia Goreng Dan Kangkung Goreng Belacan

Ikan tilapia tu lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak dalam kuali kemudian gorengkan ikan tilapia tu hingga garing. Cie pakai serbuk kunyit cap bestari memang pekat warna kunyitnya bila kita lumur pada ikan atau ayam. Bila goreng akan garing. Pastikan minyak kena banyak dan betul-betul panas baru la garing ikan tilapia goreng tu.

Menu Dinner Simple Ikan Tilapia Goreng Dan Kangkung Goreng Belacan

Untuk kuah kicap pulak Cie hiris cili padi dan bawang besar. Tomato pulak Cie potong juga. Cie guna tomato ceri. Belah 6 untuk sebiji tu. Perah limau nipis sikit dan letak kicap manis. Memang sedap kalau makan ikan tilapia goreng garing-garing dengan kicap.

Menu Dinner Simple Ikan Tilapia Goreng Dan Kangkung Goreng Belacan

Kangkung pulak Cie masak Kangkung Goreng Belacan. Kalau kangkung anak-anak Cie akan makan. Kalau sayur berdaun yang lain-lain anak-anak tak makan sangat. Kakak Raisha makan pucuk paku, adik Rania tak makan. Gitu la lain anak lain selera.

Menu Dinner Simple Ikan Tilapia Goreng Dan Kangkung Goreng Belacan

Kangkung goreng belacan Cie guna bahan yang simple je. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar blend. Bila dah agak garing masukkan sambal belacan dalam 3-4 sudu bergantung kepada kuantiti kangkung. Kemudian masukkan kangkung dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan perasa dan kacau sampai kangkung masak.

Cie guna sambal belacan sama ada stok sambal belacan buat sendiri atau pun sambal belacan nasi kukus. Yang tadi Cie guna sambal belacan nasi kukus. Selalu beli nasi kukus sambal belacan nya banyak jadi boleh simpan je dalam fridge tahan lama.

Kalau nak masak kangkung belacan memang Cie guna sambal belacan tu baru padu dan sedap. Korang try la masak kangkung belacan guna sambal belacan je mudah dan senang nak buat. Tumis je sekali dengan bawang-bawang.

2 jenis je menu dinner simple Cie malam ni ikan tilapia goreng dan kangkung goreng belacan. Mulanya tadi nak goreng ikan pekasam tapi macam malas pulak. Cukup la 2 jenis ni je. Simple dan ringkas je. Tak payah banyak jenis.

7 malam tadi dah makan dinner. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK lagi malam ni jam 7.45 malam. Tu yang dia nak makan awal. Lepas Maghrib dia dah nak bersiap. Sejenis adik Rania ni suka datang kelas awal. Kadang-kadang belum 7.45 malam dia dah kalut nak pergi kelas. Padahal kelas dengan rumah dekat sangat tak sampai 5 minit jalan kaki. 

Sekarang ni Isnin hingga Rabu malam dia ada kelas memang akan makan dinner awal. Bagus juga boleh la ibu plan turunkan berat badan semula ni. Hihi. Makan awal ni bagus so ada lebih kurang 2-3 jam gap sebelum waktu tidur. Selalunya kami dinner selepas Maghrib. Cuma hari adik Rania ada kelas je sebelum Maghrib. Yang pasti sebelum 8 malam dah siap makan dinner.

Alhamdulillah kenyang dah makan menu dinner simple ikan tilapia goreng dan kangkung goreng belacan. Boleh beristirehat dengan tenang sambil tengok Buletin Utama. Cie tengok berita jela. Cerita tak layan sangat.


1 ulasan:

  1. Sama pula menu kita malam ni.... kangkung goreng belacan
    Tapi kita guna ikan kelisi cicah dengan cili kicap juga

    BalasPadam