Sarapan Mi Segera Goreng
Pagi-pagi lagi husband dah tanya nak makan apa pagi ni. Cie kata maggi goreng. Husband pun macam krik krik agaknya. Mesti dia tertanya-tanya bini aku ni nak masak ke nak suruh beli kat kedai. Hahaha.
Pukul 7.30 macam tu Cie masuk kitchen. Malam tadi dah plan dengan anak-anak. Kami duk berbincang nak sarapan apa pagi ni. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK pukul 9. Malas nak keluar makan dan dah jemu taktau nak makan apa.
Cie pun kata kat anak-anak ibu masak indomie jela untuk sarapan. Anak-anak pun on je. Maka nya pagi ni sarapan mi segera goreng jela. Biasa kita panggil maggi goreng kan walaupun guna brand lain. Cie guna 3 peket indomie dan 1 peket numee gardenia kari. Ada sepeket je lagi habiskan terus cuma tak guna perencah kari tu je.
Indomie tu yang goreng. Ada perencah dalam tu. Ada minyak, kicap pekat, bumbu 2 jenis. Cie titik bawang putih dan hiris bawang holland. Panaskan je minyak indomie tu lepas tu tumis bawang hingga garing. Masukkan je kicap dan bumbu. Yang bumbu pedas tu je Cie tak masukkan.
Kacau-kacau kejap sampai sebati terus masukkan mi segera yang kita dah rebus siap-siap tadi. Kacau-kacau tengok macam tak cukup kicap, tambah kicap lemak manis pulak. Kacau rata dah siap.
Mi segera goreng ni kosong takde tumbuhan mahupun haiwan. So Cie goreng telur mata, hiris timun, potong cili padi, goreng keropok keping. Jadi la lengkap hidangan sarapan mi segera goreng.
Siap masak terus sarapan. Lepas adik Rania pergi kelas nanti Cie nak keluar beli barang dapur. Aktiviti rutin mingguan. Cuma minggu ni nak kena beli barang kering sekali dan kelengkapan lain juga.
yums!! pg ni MZ bf mkn nasi dagang laaa (kuar mkn ber3 ie dgn mr hubby dan razeen ajer)
BalasPadamSesekali layan indomie ni sedap juga kan Cie... Ada timun & telur lengkap dah tu
BalasPadamSedapnyaaa...terus rasa nak beli indomie plak la...makan waktu malam pun best ninsambil tgok movie kan
BalasPadam