Cie masak kari ayam je buat cicah. Kari ayam yang simple je takde santan. Tumis bawang putih dan bawang besar blend, masukkan rempah kari, asam jawa sikit, perasa sikit dah siap.
Lepas tu kukus ketupat palas. Roti cheese nan tu Cie masukkan dalam oven je set 20 minit elok kejadiannya. Sebelum ni Cie masak atas pan je. Tadi nak cepat masuk je dalam oven. Makan panas-panas baru boleh tarik cheese tu.
Cie buat jugak lempeng jugak nak tambah-tambah. Sikit je bancuh tepung ni dapat la 3 keping je. 2 beradik tu je habiskan. Adik Rania kata buat la banyak sikit. Malas dah nak membancuh. Cukup la roti cheese nan ada, ketupat palas ada.
Makan dengan kuah kari dan sambal hitam. Adik Rania makan dengan susu pekat. Semua dia bedal je. Ketupat palas tu pun ada orang makan dengan susu pekat tapi Cie tak pernah cuba lagi makan dengan susu pekat. Ketupat palas tu manis tapi sesuai je makan dengan kuah kari ayam dan sambal hitam.
Husband beli masa raya hari tu dari kawan dia. Dia beli ketupat palas manis dan ketupat palas serunding. Ada lagi lebih sikit tu yang kukus jela nak habiskan. Simpan lama-lama pun tak sedap nanti dah lebih sebulan. Syawal pun dah habis.
Masa raya hari tu Cie masak sardin makan dengan ketupat palas. Cie ni bukan peminat rendang. Makan dengan sardin goreng lagi nikmat. Buat juga rendang ayam sikit.
Dah siap sarapan ada lagi balance jadinya makan jela sampai lunch. Dah malas nak masak lunch. Nak keluar mencari makan pun malas jugak ni.
Sedap bermalasan baring-baring je ni. Menghabiskan masa di hari cuti. Cepat je masak berlalu. Rasa baru je lagi cuti hari pekerja Khamis hari tu. Cie sambung cuti rehat Jumaat. Hari ni dah hari Ahad. Esok dah kerja. Bulan Mei ni syok ada banyak cuti umum. 1 Mei hari pekerja, 12 Mei Wesak dan 22 Mei Hari Hol Negeri Pahang.
Marilah kita sambung bermalasan. Petang kang la baru masak menu dinner. Plan masak nasi goreng kampung pulak la hari ni. Mudah dan senang.
Meriahnya menu sarapan Cie...
BalasPadamLepas ni try cicah ketupat palas dengan kuah kacang pulak Cie..bg tekak saya not bad