Sarapan Roti Canai

5/18/2025 09:23:00 PG
Pagi ni tak masak. Husband beli sarapan roti canai je kat gerai dalam taman Cie ni. Takde apa nak dimasak kat kitchen. Barang dapur tak beli lagi. Ada je bihun tapi tu la rencah takde. 

Sarapan Roti Canai

Adik Rania pulak ada kelas tambahan UPKK lagi pagi ni mula 8.30 pagi hingga pukul 10 pagi. Tunggu dia habis kelas kang la baru keluar beli barang dapur.

Tu yang beli sarapan dulu awal pagi tadi. Sempat la adik Rania sarapan sebelum pergi kelas. Kat gerai taman Cie ni hari-hari buka. Memang sentiasa ramai orang. Orang dari taman lain pun datang makan kat situ. Makanan dia semua sedap.

Ada roti canai, lontong, nasi lemak dan kadang-kadang ada menu lain juga. Cie memang dah biasa dengan owner tu. Kadang-kadang kalau hospital ada event jualan pun panggil dia.

Roti canai tu ayahnya buat. Makanan lain anaknya. Kami panggil anaknya tu Angah dan ayahnya Haji. Haji tu memang terkenal sekitar Lipis ni dia pernah kerja guard kat Tabung Haji. Memang ramai la orang kenal. Mereka tinggal kat taman Cie ni je.

Dulu mereka meniaga kat depan IPG Lipis. Sejak Majlis Daerah Lipis bina gerai kat dalam taman Cie ni mereka terus pindah ke sini je. Pelanggan tetap mereka memang dah tau dan datang je makan kat taman ni.

Kadang-kadang belah malam pun mereka meniaga masakan panas. Memang rajin Angah tu. Tersangat peramah semua orang selesa datang makan kat situ dia buat macam dah kenal lama. Kalau orang Kelantan datang makan dia cakap Kelantan, kalau orang KL datang makan dia cakap KL. Tu yang orang selesa dengan dia.

Tadi husband beli roti canai dan ayam goreng. Ayam goreng tu untuk nasi lemak ayam. Selalu husband beli buat ratah je. Hari ni rasa lain sikit ayam tu macam tawar sikit. Lain sikit rasa dari yang sebelum ni.

Sambal tumis pun selalu kami minta kalau order roti canai. Sambal tumis untuk nasi lemak dan lontong. Kuah kari untuk roti canai pun banyak betul dia bagi. Kami memang tak makan roti canai kuah banjir. Setakat cicah gitu je. Lebih suka makan roti canai dengan sambal tumis ikan bilis.

Lontong pun sedap kat gerai Angah ni. Secukup rasa kuah lontongnya. Baru juga hari tu husband beli lontong untuk sarapan. Hari ni makan roti canai jela. Nanti kang beli barang dapur nak makan heavy for lunch. So sarapan roti canai jela.

6 ulasan:

  1. Kuewtiow semalam ada baki, masuk peti ais, pagi nie panaskan...
    Lauk lunch pun dah siap masak..last lauk lah tu, nanti kena keluar juga beli barang basah

    BalasPadam
  2. Roti canai yg paling best utk sarapan. Sama kita jenis tak suka kuah banjir.

    BalasPadam
  3. Berada di Kuala Lipis untuk program pembedahan katarak mata. mmg sedang mencari makanan yg sedap2 skrg ni..

    BalasPadam
  4. PZ buat lempeng, akak buat sambal bilis je...roti canai kampung mesti sedap ni...

    BalasPadam
  5. Bihun kalau tak ada rencah, buat macam bihun viral yang tambah gula sikit tu pun sedap. Buat telur dadar juga. Kita kalau dah biasa dan kena dengan selera, memang situlah tempat membeli. Lontong sedap tu yang ulang ulang beli kan.

    BalasPadam
  6. Cie macam sayalah, tak suka kuah banjir atas roti canai hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.