Makan Malam Di Kebun Cafe

5/17/2025 10:44:00 PTG
Hari ni seharian makan je. Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Complete 4 kali makan. Fuhhh kalau hari kerja 2 kali je makan. Ni memang mendatangkan kegemukan dah la takde excercise langsung sekarang. 

Malam ni makan malam di Kebun Cafe. Takde idea nak makan mana dah. Keluar makan lewat sikit tadi pukul 9 baru keluar rumah. Jarang-jarang makan lewat. Selalunya sebelum jam 8 malam dah makan malam. Takpela sekali sekala.

Makan Malam Di Kebun Cafe

Kebun Cafe ni antara kedai makan kegemaran kami. Kedainya dalam taman perumahan, depan rumah je bawah pokok kelapa dan pokok-pokok je. Dijadikan kedai makan. Asalnya kedai burger je kot. Lepas tu ditambah menu lain. Kedai pun ditambah kerusi meja.

Makan Malam Di Kebun Cafe

Makan Malam Di Kebun Cafe

Makan Malam Di Kebun Cafe

Menu kat Kebun Cafe ada pelbagai jenis burger, nasi lemak, indomie. Yang menariknya kat Kebun Cafe ni ada burger petak. Roti burger tu mereka guna roti putih 4 segi tak sure jenama apa. Disalut dengan telur. Daging burger macam biasa dan diletak sayuran burger sama je dengan burger biasa. Tu yang uniknya burger petak tu.

Malam ni menu kami makan malam di Kebun Cafe Cie dan suami order nasi lemak ayam, kakak Raisha order burger ayam petak taknak sos, adik Rania order indomie dan telur mata. 

Makan Malam Di Kebun Cafe

Makan Malam Di Kebun Cafe

Makan Malam Di Kebun Cafe

Air kami order teh o ais. Tak habis pun air dia banyak. Bawak balik 1 cup, air kakak dan adik campur je sekali dapat semula 1 cup. Lupa pulak air kat situ cup mereka besar. Patut share je. Bawak balik simpan dalam fridge.

Total semua makanan kami tu RM34. Lepas makan pusing bandar kejap lepas tu terus balik rumah.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.