Makan Malam Di Kebun Cafe
Hari ni seharian makan je. Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Complete 4 kali makan. Fuhhh kalau hari kerja 2 kali je makan. Ni memang mendatangkan kegemukan dah la takde excercise langsung sekarang.
Malam ni makan malam di Kebun Cafe. Takde idea nak makan mana dah. Keluar makan lewat sikit tadi pukul 9 baru keluar rumah. Jarang-jarang makan lewat. Selalunya sebelum jam 8 malam dah makan malam. Takpela sekali sekala.
Kebun Cafe ni antara kedai makan kegemaran kami. Kedainya dalam taman perumahan, depan rumah je bawah pokok kelapa dan pokok-pokok je. Dijadikan kedai makan. Asalnya kedai burger je kot. Lepas tu ditambah menu lain. Kedai pun ditambah kerusi meja.
Menu kat Kebun Cafe ada pelbagai jenis burger, nasi lemak, indomie. Yang menariknya kat Kebun Cafe ni ada burger petak. Roti burger tu mereka guna roti putih 4 segi tak sure jenama apa. Disalut dengan telur. Daging burger macam biasa dan diletak sayuran burger sama je dengan burger biasa. Tu yang uniknya burger petak tu.
Malam ni menu kami makan malam di Kebun Cafe Cie dan suami order nasi lemak ayam, kakak Raisha order burger ayam petak taknak sos, adik Rania order indomie dan telur mata.
Air kami order teh o ais. Tak habis pun air dia banyak. Bawak balik 1 cup, air kakak dan adik campur je sekali dapat semula 1 cup. Lupa pulak air kat situ cup mereka besar. Patut share je. Bawak balik simpan dalam fridge.
Total semua makanan kami tu RM34. Lepas makan pusing bandar kejap lepas tu terus balik rumah.
Selamat menjamu selera
BalasPadamBurger petak, dapat idea nak buat burger kalau tak ada bun bulat kan.
BalasPadamKalau lapar² selalu juga buat benjo petak :D
BalasPadamGuna roti gardenia tp tak tebal mcm burger la kan. Jadilah janji kenyang hihi...
Cantik. Konsep kedai ni. Rustic.
BalasPadamBurger petak tu nampak crispy.
BalasPadamBawak balik teh o ais... esoknya tengahari boleh slurppp²
Menarik juga vibes kat Kebun Cafe ni. Unik burger petak. Lain dari yang lain. Harga pun berpatutan dengan porsi air dan makanan tu.
BalasPadamWahh klasik theme cafe ni, saya suka vibes2 camni. Harga pun nampak okay jugak tu
BalasPadam