Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

6/19/2025 08:11:00 PTG
Malam tadi dah decide kalau masih sakit dan bengkak bangun pagi memang kena pergi dental juga. Cie check pagi tadi sah gusi masih bengkak. Sakit tu masih ada juga.

Cie pun check la mysejahtera sebab sekarang appointment dental semua kat mysejahtera. Cie tengok untuk hari ni masih ada slot available pukul 11.30 pagi dan Cie terus click book.

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

Masuk office settle kerja apa yang patut dulu. Dalam pukul 11 baru Cie gerak ke dental. Dekat je dental belakang hospital je atas bukit. 1 kawasan jela cuma kena lalu jalan utama juga la sebabnya jalan kawasan hospital ni one way je.

Akhirnya serah diri kat Dentist juga. Cie sampai je kat kaunter staf dental terus tanya ada appointment tak dan pukul berapa. Cie bagitau la ada 11.30. Cie sampai awal tengok dalam Klinik Pergigian Kuala Lipis ni kosong takde orang. Mungkin sebab sekarang by appointment tu yang takde orang menunggu lama-lama. 

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

Bagi Cie bagus la kita datang ikut time appointment so takdela kena menunggu kemain lama nak dapatkan giliran kita kan. Kalau macam ni ikut je time kita tu. Dalam mysejahtera tu dia suruh datang awal 30minit. Cie ni lurus awal la datang. Mujur juga datang awal sebab lama juga treatment tadi.

Cie dah banyak kali datang Klinik Pergigian Kuala Lipis ni dah memang ada kad rawatan. Husband pun kerja kat situ. Staf pun ada yang kenal Cie. Ada juga yang tak kenal sebab Cie tak join program tempat kerja husband. 

Masa kat kaunter tadi pun staf double confirm no handphone masih sama atau dah tukar. Lepas tu mereka minta nombor waris untuk dihubungi. Lama dah Cie tak datang treatment kat dental ni. Last bila pun tak ingat dah. Selalunya Cie pergi check gigi kat Jabatan Bedah Mulut. JBM tu kat dalam hospital. Bila time staf day tu boleh la pergi check gigi. Tu pun last masa operate gigi tu jela. 

Cie ni ada masalah takut dengan dentist dari kecik lagi. Masa sekolah rendah tak boleh nak lari. Hadap jela walaupun dalam ketakutan. Bila sekolah menengah Cie pernah lari ye. Hahahah. Jenus guru kelas cari. Menyorok taknak check gigi. Padahal gigi takde masalah pun. Sampai dah tua ni takut. Tapi tu la yang kita takut ni la Allah akan bagi ujian.

Lepas dah update nombor waris tadi dan dah dapat nombor giliran Cie tunggu jela sehingga nombor dipanggil. Tak lama pun dalam 5-6 minit gitu je kot Cie duduk. Cie tadi dipanggil kat bilik 1. 

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

Masuk je ada sorang staf assist. Taktau la jawatan apa. Dia check bp dan tanya la beberapa soalan. Seterusnya dentist pulak datang perkenalkan diri. Doktor lelaki macam muda dan baru kerja kot. Dia pun tanya beberapa soalan. Cie pun jawab la dan ceritakan kronologi kesakitan.

Mujur juga Cie datang time dah berkurangan sakit tu. Kalau tak doktor kata tak boleh buat apa-apa kalau masih sakit. Cie perasan hari Selasa malam Cie try tengok kat cermin suluh guna torchlight handphone je. Nampak macam tempat bengkak tu ada putih-putih. Cie saja tanya chatgpt katanya macam nanah kalau putih-putih.

Esoknya tu Cie tengok lagi dah takde putih cuma merah dan masih bengkak serta sakit. Cie fikir macam ok jela kot bukan nanah kot Cie tersalah tengok sebabnya tak nampak sangat tengok sendiri.

So tadi doktor cakap gusi Cie tu bernanah dah. Katanya kalau bernanah ni gigi dah mati dan mungkin kena cabut. Dia pun check details. Gusi yang bernanah tu giginya ok je takde apa-apa. Gigi sebelah yang gusi bernanah tu je ada lubang. So tadi doktor decide nak tampal je.

Doktor pun macam jenuh fikir katanya taktau apa punca gusi bernanah tu. Kalau ikutkan gigi tu ok je. Sampai 2 kali xray gigi tadi. Mula xray tu macam tak nampak apa-apa masalah kat gigi tu. Pertama kali xray gigi kat situ je. Cie ingatkan kena pergi xray kat hospital. 

Rupanya kat situ ada bilik kecil. Kita duduk atas kerusi dan dia letak alas macam baju atas bahu kita menutupi badan. Staf akan masukkan alat apa entah dalam mulut untuk xray tu. Lepas tu dah siap. 

Bila tengok takde apa, doktor yang rawat Cie tu panggil pulak doktor perempuan yang senior sikit tu. Doktor tu pulak check then dia suruh xray lagi sekali. Dia letak gel bagi kebas untuk xray tu. La tadi doktor lelaki tu tak letak pun gel kebas tu. Doktor perempuan ni letak so takdela rasa sakit masa nganga nak xray yang mereka masukkan alat dalam mulut tu.

Siap xray kali kedua pun sama takde apa-apa masalah. So doktor perempuan tu cakap apa entah dengan doktor lelaki tu terms dental la. Cie cuma faham katanya review selepas 5 hari, selepas 2 minggu dan selepas sebulan.

Doktor lelaki tu pun proceed dengan treatment. Masa tu dah pukul 12. Dia akan tampal gigi berlubang tu dan akan scaling tempat yang sakit tu jela tak sempat nak scaling semua nanti makan masa pulak nak tampal tu pun lama. Doktor buang nanah tu pun sakit betul. Mengalir air mata

Ada Cie dengar tadi dia kata nak deep scaling maksudnya akan cuci ke dalam poket gusi. Taktau la dia buat ke tak tadi tapi macam sakit je masa buat tu tadi. Ada jugak doktor letak ubat pembasmi kuman. Macam dalam syringe kot masa dia masukkan tu macam jarum mencucuk ke gusi. Memang sakit tahap keluar air mata la. Yang tu paling sakit tadi. Sampai naik kepala sakit.

Cie dah risau takut pengsan je atas dental chair tu tadi. Cie ni dah la ada masalah fobia dengan kesakitan. Alhamdulillah takde apa-apa. Masih boleh menahan kesakitan. Lepas dah siap tu doktor suruh kumur dengan mouthwash antiseptik pulak.

Hari Rabu pulak kena datang lagi untuk review. Tadi doktor bagi ubat tahan sakit (PCM) dan antibiotik yang kena habiskan. Siap treatment tadi 12.30pm. Doktor tak bagi MC pun just time slip je sampai 1pm.

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

Lepas doktor buat treatment tu makin sakit ye gusi dan gigi sekali. Dah la kena drive nak ambil anak sekolah pulak. Cie tawakal je tadi mintak dipermudahkan Cie nak singgah beli makanan, nak ambil anak sekolah dan terus nak balik rumah. Memang Cie menahan sakit je tadi sambil drive.

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga
Muka menahan sakit

Sampai rumah Cie makan dulu beli mushroom soup dan garlic bread je untuk Cie. Makan roti cicah sup terus telan je. Sambil mata berair tahan sakit. Lepas tu makan ubat. Cie solat dan terus tidur. Kesakitan tu macam baru lepas operate gigi.

Nak tidur pun tak boleh sebab sakit sangat. Ubat tahan sakit tu pun macam lambat respond. Duk fikir doktor ni buat apa sakit sangat ni. 

Husband whatsapp tanya nak bubur Marrybrown tak. Cie kata takpela nak masak sup ayam je. Cie nak makan sup ayam dengan nasi kuah banjir. So lembut la senang nak telan. Cie masak telur dadar juga. Sakit-sakit pun gigih masak yang simple je. Tangan dan kaki masih function so boleh la masak kejap je. 

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

Akhirnya Serah Diri Kat Dentist Juga

Makan sebelah kanan jela. Sebelah kiri masih sakit tak berani nak mengunyah belah situ. Setakat malam ni bertambah kurang kesakitan. Tak pasti la sebab makan pain killer petang tadi ke apa. Sebelah malam Cie makan antibiotik je. Pain killer tak makan dah. Nak tengok esok pagi macam mana pulak. Harapnya semakin pulih la. Taknak dah mengadap dentist sakit habis dalam mulut.


12 ulasan:

  1. Deep scaling tu akak dah pernah buat untuk semua gigi atas bawah. Akak ada masalah gusi. Dulu takut jumpa doc, sekarang terpaksa selalu jumpa - appointment tiap 6 bulan.

    Cie makanlah benda yang sejuk macam eskrim, yogurt supaya kebas gusi/mulut kurang rasa sakit. Makanan panas kena elak.

    BalasPadam
  2. Pening juga doktor nak selesaikan masalah ni. Tapi bab xray tu sakit juga nak masukkan thin film tak silap nama dia dalam mulut sebab agak besar juga saiz dan nipis. Sakit terkena hujung dia tajam macam kertas. Harap² okaylah lepas dah deep scaling letak ubat anti bacteria semua tu. Kena makan lembut-lembut je lah dulu. Makan aiskrim dan bubur.

    BalasPadam
  3. Eeee..Scarynya cerita cie...Sy yg scalling gigi dulu pun rasa nyilu yg amat....Mgkn ubat tu tgh berlawan dgn bekas nanah tu kot cie..Ape pun semoga cepat sembuh ye..Amin

    BalasPadam
  4. Sakit giginya masih berlanjut ya Mbak?
    Semoga penanganan dokter membuat reda rasa sakitnya dan semoga lekas sembuh.

    Salam,

    BalasPadam
  5. owh kena book appoiment gak ye Cie untuk ke KK Pergigian, ingat boleh walk in sahaja kalau emergency :) semoga cepat-cepat sembuh naa

    BalasPadam
  6. MZ dgr pun seramm...moga2 cie cepat sembuh.aamiin

    BalasPadam
  7. aduhh.. ngeri pula bila tau ada prosedur keluarkan nanah, kena deep scalling.
    take care Cie, semoga kurang sakitnya tu dan cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. Ya Allah, macam terasa ngilu nya kak 😔😔. Saat disuntik tuh, langsung terbayang masa2 saya masih sering rutin ke dentist, dan selalu merasakan disuntik gusi, bius dan sebagainya. Memang tahankan saja sakitnya saat di kursi itu, lemaaas badan kan..mungkin kalo tensi diukur, dah naik tinggi saat itu, Krn menahan sakit .

    Harap2 sakitnya semakin cepat berkurang ya kak

    BalasPadam
  9. semoga cepat sembuh...yaaa..deep scaling, seriau nya dgr..kalau cucuk ubat bius ok lg...dental chair tu best..boleh adjust2 sampai baring..hehe..

    BalasPadam
  10. Adoi...akak plak yg rasa sakitnya ha....sabar jer la..

    BalasPadam
  11. Semoga cepatlah sembuh masalah gusi yang sakit tu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.