Aktiviti Hari Sabtu

6/14/2025 03:24:00 PTG
Apabila menjelang weekend banyak jela aktiviti yang akan dibuat. Hari cuti baru la boleh buat macam-macam. Hari kerja dah seharian kat office. Segala macam aktiviti diselesaikan ketika hujung minggu.

Aktiviti Hari Sabtu

Hari ni adik Rania ada kelas tambahan UPKK seawal 8.30 pagi. Selepas je adik Rania ke kelas tambahan, Cie dan suami pun keluar untuk membeli keperluan dapur. Macam ni la rutin kami setiap minggu.

Selalunya hujung minggu hari untuk membeli lauk pauk dan sayuran. Fridge muat untuk stok seminggu je. Memang setiap kali hujung minggu tu jela aktiviti kami suami isteri. Kakak Raisha taknak ikut. Kalau adik Rania ada baru la dia ikut tu pun kadang-kadang taknak jugak sejak dah masuk alam sekolah menengah ni. Dah makin remaja la katakan.

Pagi tadi Cie beli barang basah kat BS Fresh Mart. Kat situ jela biasanya beli ayam, ikan, udang dan sayur. Bahan kering-kering sikit-sikit kalau dah habis atau ada baru nak beli. Barang kering selalung stock up sebulan sekali di TF Value Mart. Kat TF banyak pilihan brand. Kat BS tak banyak sangat dan terhad pilihan. Tapi kalau sayur dan lauk pauk kat BS ok.

Aktiviti Hari Sabtu

Macam sayur kat BS ni boleh beli dalam kuantiti sedikit macam kobis bulat ada pilihan nak beli sebiji atau dah dibelah 1/4 rasanya sekali masak macam tu. Sebab kalau beli sebiji nanti taktau la berapa minggu pulak nak habis. Sayur Cie dan suami je makan. Anak-anak pulak memilih tak semua sayur mereka makan. Cie memang wajib ada sayur walaupun sekadar ulam timun je.

Tadi cuma beli ayam 1 ekor, kepak ayam, kangkung, kobis bulat, bendi, timun, baby timun, bawang besar, halia, lengkuas, fish ball, mi kuning. Tu jela rasanya Cie beli. Plan nak masak rendang daging korban tu yang beli terus halia dan lengkuang.

Masa on the way balik singgah kat kedai jual ikan air tawar. Cie minta husband beli ikan tilapia. Ada la tinggal seekor je dalam 500gm je tadi. Boleh jela sedap juga nanti buat goreng garing-garing je.

Aktiviti Hari Sabtu

Balik rumah settle kan sayur apa semua terus la masak menu lunch. Adik Rania akan balik rehat pukul 12 nanti dan masuk semula pukul 2 petang. Hari Sabtu kelas pagi petang. Kesian juga kat dia setiap hari tak lekat kat rumah. Hari-hari sekolah pagi sampai petang kelas KAFA pulak. Weekend pun tak dapat berehat. Takpela dik demi ilmu. Kejap je nanti lepas UPKK dah takde kelas KAFA. Sabar sikit je lagi.

Cie masak simple je. Sambal tumis udang pagi tadi ada lagi 2 ekor udang dan sambalnya pun masih ada. Cie cuma goreng ayam dengan tepung bestari dan kangkung goreng belacan. Ada lagi sebiji jambu batu boleh makan dengan asam boi. 

Aktiviti Hari Sabtu

Menu simple macam tu pun anak-anak berselera makan siap bertambah. Cie sorang je makan tak bertambah kat rumah ni. Perut jenis cepat kenyang. 

Lepas siap masak tadi Cie potong daging korban dan daging kerbau pemberian jiran tetangga. Dah seminggu beku dalam freezer tu. Rebus siap-siap dalam periuk noxxa HP 35 minit. Nanti kang tinggal buat rencah rendang je. Tak biasa sangat buat rendang daging taktau la apa kejadian nanti.

Aktiviti Hari Sabtu

Cie malas nak tumis daging yang belum direbus nanti lama nak kena tunggu. Selalu tengok kakak Cie buat rendang hitam kemain lama nak kena tunggu daging tu empuk. Rebus je siap-siap jadi rendang juga. Buat yang memudahkan jela. Tapi tu la kerajinan belum mari lagi ni. Dah simpan daging siap rebus dalam fridge. Kalau angin rajin datang kang baru kita menumis.

Buat masa ni kita golek-golek jela. Perut dah kenyang. Mata pun kuyu-kuyu je nak terpejam ni. Kalau tidur ni sampai Asar la kang baru terjaga.

6 ulasan:

  1. Hujung minggu memang waktu paling sesuai nak kemas dapur dan topup barang-barang basah.

    BalasPadam
  2. happy weekend cie!ari ni MZ dok rumah jer, nak kena siapkan markah students sbb final exam lagi seminggu

    BalasPadam
  3. Selamat berhujung minggu Cie.

    BalasPadam
  4. Hari Sabtu terlihat sibuk dengan urusan rumah tangga ya Mbak.
    Selamat berakhir pekan ya Mbak.
    Semoga selalu berbahagia bersama keluarga tercinta.

    Salam,

    BalasPadam
  5. Senang macam tu, beli barang basah untuk seminggu terus. Selamat berhujung minggu, Cie.

    BalasPadam
  6. Masak simple tu yg sedap tu Cie..akak siang x masak hari ni...masak malam je..buatkan PZ daging gorwng kicap pas tu buat mee goreng utk kami 3 beranak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.