Nasi Lemak Sambal Tumis Udang
Pagi ni Cie masak breakfast. Dah taktau nak beli breakfast apa. Jadinya masak jela sendiri. Lepas subuh pagi tadi terus masuk kitchen nak masak nasi lemak sambal tumis udang.
Kebetulan minggu lepas husband ada beli udang belum masak lagi. Tu yang masak sambal tumis udang jela. Ikan bilis ada sikit je dah tak cukup nak buat sambal tumis udang. Cie goreng garing-garing je ikan bilis.
Cili kering kisar memang dah siap-siap stok simpan dalam freezer. Sebelum simpan tu nak tahap lama goreng dulu cili kering kisar tu. Cie blend cili kering dengan bawang besar dan bawang putih. Tak perlu banyak bawang tu sikit je. Lepas tu masak dengan minyak sampai masak cili tu. Agak-agak jela bila dah berubah warna gelap sikit.
So nanti bila-bila nak guna dah senang cuma tumis sekejap je. Dah boleh letak ikan bilis ke, ayam atau udang. Tambah bawang hiris je masa dah siap tumis tu. Asam jawa sikit, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa. Nak cepat dan mudah kat dapur sediakan je bahan masak siap-siap.
Cili kering Cie guna cili kering tak pedas. Namanya yidu. Adik Rania tak makan pedas. Kalau guna cili kering yang kerinting tu nanti mesti dia tak makan sangat. Kesian pulak. Jadinya guna jela yang jenis tak pedas ni. Kena blend lama sikit sebab yang jenis yidu ni tak betul-betul hancur. Keras sikit dia punya tekstur tu.
Cie masak nasi lemak guna santan kotak je brand KARA. Brand KARA ni dia ada yang paling kecil 65ml bentuk segitiga. Masak sikit je 2 cawan cukup la guna sikit je santan. Letak daun pandan wangi semerbak je bau nasi lemak. Mostly kedai jual nasi lemak ada yang tak guna santan. Ada juga yang guna minyak masak bagi berkilat nasi tu.
Sekarang pulak santan naik harga kan lagi la penjual nasi lemak berkira-kira nak letak santan dalam nasi lemak. Santan mahal, nasi lemak akan naik harga. Tapi kalau betul-betul guna santan pure dari kelapa tu takpe juga naik harga. Betul-betul lemak nasinya. Ni kang rasa nasi putih tapinya harga naik. Dengan alasan santan naik harga.
Telur rebus pun ada sebagai pelengkap nasi lemak. Anak-anak makan telur putih je. Ibu la tukang kutip telur kuning tu. Timun pun kena ada kalau menu nasi lemak. Macam biasa la Cie suka timun jepun. Lebih rangup bila digigit. Memang sentiasa ada stok timun jepun dalam fridge.
Tak dilupakan keropok ikan. Dah ada stok keropok Cie. Husband pergi Kuantan Khamis hari tu ada urusan kerja so terus suruh husband beli keropok. 2 bungkus ok la stok untuk sebulan 2 ni. Cie goreng sikit tadi. Sedap jugak makan keropok dengan nasi lemak.
Pukul 7 lebih tadi adik Rania dah ajak makan sebabnya dia nak pergi kelas tambahan UPKK pukul 8.30 pagi. Kelas sampai petang cuma balik rehat tengahari je. Macam tu la rutin setiap minggu kelas tambahan UPKK. Rajin betul ustazah-ustazah ni buat kelas. Memang weekend takde ke mana la selagi belum habis UPKK.
yums sgt!!
BalasPadamSambal udang tu nampak padu! Makan dengan nasi lemak memang ngam sangat.
BalasPadamSedapnya nasi lemak.
BalasPadamPagi tadi saya sarapan nasi lemak rendang ayam, tapi beli jew.
Sedap...tadi pagi akak makan nasi lemak kat Santan KPJ..so esok xde la nak buat nasi lemak..esok akak nak buat cekodok jejari ketam..lama x makan cekodok
BalasPadam