Buat Celup Tepung Sendiri Di Rumah
Pagi tadi masa beli barang dapur tercetus la idea nak buat celup tepung je hari ni sama ada lunch atau untuk dinner. Sebab duk tengok ikan-ikan kat BS Freshmart tu macam cantik dan besar pulak.
Ada ikan selar, ikan lolong, ikan cencaru, ikan tongkol, ikan selayang dan macam-macam lagi la. Ikan selayang je tadi ada harga rahmah tapi Cie tak beli pun. Ikan selayang rebus masih ada dalam freezer tak goreng lagi.
Tadi Cie beli la ikan selar, udang dan sotong. Tak banyak pun serba sedikit cukup la untuk makan 4 beranak. Ikan beli 3 ekor je. Adik Rania tak makan ikan. Udang tadi husband beli 20 ekor Cie kira masa masak tadi. Sotong entahla 2-3 ekor agaknya. Tak boleh nak agak husband belah kepala sotong tu jadinya tak nampak la berapa ekor.
Udang tu husband potong sikit hujung kepala tu, guna gunting dan belah belakang udang untuk buang yang hitam kat belakang udang tu. Cie ajar kat husband so sekarang dia dah pandai la uruskan lauk pauk. Kena berbagi tugas. Kalau semua kita buat susah jugak.
Cie tak makan sotong. Adik Rania ikut mood dia kadang-kadang dia tak makan jugak sotong. Kakak Raisha dan babahnya semua makan. Cie dari kecik geli nak makan sotong. Tengok kartun sotong dalam laut lepas tu terus tak makan sampai sekarang. Takde rasa nak mencuba walaupun dah lama berlalu. Dulu masak kecik Cie suka sotong yang dalam tin tu sedap ayah beli.
Nak makan celup tepung yang sedap jauh sangat kat Kuantan. Kalau ke Kuantan Cie suka makan celup tepung kat Pantai Pelindung tu. Pok Awang Celup Tepung Pantai Pelindung Kuantan. Kat situ sedap, harga berpatutan, best tepi pantai. Tapi takdela tepi betul dengan pantai tu. Cuma nampak la pantai seberang jalan kedai tu.
Tempat lain tu ada yang dah pernah cuba view cantik tapi harga agak mahal. Mungkin mahal sebab bayar sekali view betul-betul tepi pantai agaknya. Kita cuba sekali je kalau harga tak berbaloi untuk next takde la dah. Tapi kat Pok Awang Celup Tepung tu memang banyak kali dah kami makan kat situ kalau ke Kuantan.
Sebenarnya boleh je buat celup tepung sendiri kat rumah je. Banyak resipi-resipi yang senang je nak dibuat. Cie dah cuba macam-macam resipi dah. Hari ni Cie cuba resipi lain lagi. Macam tu la try and error mana yang sedap dan menjadi nanti kita buat lagi.
Resipi Celup Tepung Buat Sendiri Kat Rumah
Bahan-bahan Saduran Celup Tepung
7-8 sudu tepung beras
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit lada sulah (kalau takde pun takpe)
Air (air sejuk campur ais)
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan Untuk Celup Tepung
3 ekor ikan selar (ikan lain pun boleh)
2-3 ekor sotong (potong ikut suka)
20 ekor udang (tak perlu buang kulit)
Cara Membuat Saduran Celup Tepung
- Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit dan lada sulah ke dalam bekas.
- Masukkan telur dan air. Air tu agak-agak jela jangan terlalu banyak. Tuang sikit demi sikit supaya kita dapat anggar kepekatan tepung.
- Kacau rata hingga sebati dan tidak bergentel. Cie guna whisk senang sikit memang takkan bergentel. Jangan pekat sangat atau terlalu cair. Agak-agak boleh melekat pada bahan celup tepung je.
- Bila dah rata tu boleh masukkan bahan untuk celup tepung. Cie buat ikan dulu. Celupkan ikan sehingga rata dengan saduran. Biarkan seketika bagi sebati ikan dan bater.
- Panaskan minyak banyak. Pastikan betul-betul panas. Bila dah panas masukkan ikan. Goreng sehingga garing dan terbalikkan.
- Seterusnya Cie masak sotong pulak. Sama jugak masukkan sotong ke dalam bater dan kacau sebati supaya rata bancuhan tepung tu dengan sotong. Masukkan sotong dan goreng hingga masak.
- Akhir sekali udang pulak. Proses yang sama.
- Kalau ada lebihan tepung tu renjis-renjis je dalam kuali nanti dapat la kerak-kerak tepung rangup tu.
Siap dah buat celup tepung sendiri kat rumah je. Boleh puas makan 1 dulang tu baru berapa je kos. Kalau kat kedai mahal juga tu. Selalunya puluhan ringgit la dalam rm40-60 bergantung kepada berapa banyak makanan laut kita ambil.
Selalunya ada ikan, udang, sotong, ketam, bebola, kerang, cendawan, sosej dan banyak lagi la bahan yang boleh dicelup tepung. Kat kedai celup tepung tu lagi banyak la kerak-kerak tepung tu.
Hari tu pernah try resipi kedai kat facebook dia guna air kapur. Jadi pahit sikit. Terlebih letak kapur kot tak reti nak agak. Dalam video tu dia main letak je jadinya kita taktau banyak mana. Memang jadi banyak kerak-kerak tu. Cuma rasa la kureng sikit tapi habis je anak-anak dan suami makan.
Bahan pencicah celup tepung Cie guna sos thai je lepas tu letak daun ketumbar sikit. Cie guna sos thai yang dalam botol kaca putih transparent dan penutup putih tu. Sos tu pekat Cie letak sikit air panas dan kacau-kacau je. Boleh la cicah celup tepung.
Cie start masak tadi pukul 6 petang. Memang betul-betul berehat hari ni. Cie pun tak berapa sihat sakit perut. Biasa la kan masalah bulanan orang perempuan. Hihi. Tu yang nak berbaring je takde mood nak buat apa-apa. Cuma rajinkan diri je buat celup tepung sebab dah janji dengan anak-anak. Pukul 7 tadi siap dah.
Lepas Maghrib tadi kami dinner sama-sama. Ni jela menu dinner hari ni. Takde nasi. Tengahari tadi Cie masak nasi secawan setengah habis anak-anak makan dengan telur dadar dan sambal hitam. Cie tak makan nasi tadi dah kenyang makan macam-macam.
Baru perasan Cie tak makan nasi sejak Jumaat rupanya. 3 hari tak makan nasi. Cuma makan makanan lain jela. Ada orang kena jugak makan nasi tak kemas perut katanya. Cie ok je tak makan nasi. Makan celup tepung ni pun dah kenyang sangat.
Menarik menu ni...
BalasPadamBagus Cie boleh skip nasi. Akk ni nak juga nasi wpun 1x sehari 😁
Memang sedap uat meratah
BalasPadamSedap ni. Rupa dah ada macam kat kedai dah. Rajin try and error. Mana sedap kita ulang resipi tu je lah kan. Kena pulak tu dengan sos pencicah sedap.
BalasPadamCie, blog ni kalau saya buka lama loading screen putih. Refresh tunggu kejap baru keluar kat screen. Tapi kalau guna phone cepat loadingnya. Ke saya je alami masalah ni.
selalu juga buat camtu. hari buat ayam celup tepung ala2 kfc. panas2 mkn lak dgn nasi putih. tak perlu lauk lain.
BalasPadamAmmi pinjam resepi Cie ye. Bestlah boleh tak makan nasi. Ammi ni ikutkan bolej je tp sebab biasanya husband dh masak jadi kita makan jelah sikit
BalasPadamOwhhh..Ok.dah dpt resepi buat celup tepung...Next time bleh try..Thx ya =D
BalasPadamFuhh buat kat rumah memang sakanlah boleh makan puas2. Saya kalau makan celup tepung ni pun mmng suka ratah gitu je, takyah nasi pun takpee
BalasPadamsuka menu celop tepung biasa sotong la
BalasPadamsaya suka sotong!
BalasPadamSedapnya ha. Buat sendiri je, kat rumah. Puas hati makan. Terima kasih, Cie, share resepi.
BalasPadamTak makan dengan nasi pun layan ni... sedap menu mau tak sampai ke malam rasanya
BalasPadamDah terasa kesedapannya Cie.
BalasPadamBuat sendiri makan ulang- ulang dan boleh makan puas kan...kalau akak ni..confirm meratah je la ni
BalasPadamalamak.. kartun sotong pun boleh menghantui... dahsyat tu Cie.
BalasPadamAkak pernah makan sotong dalam tin tapi mengakibatkan akak allergi satu badan. Kena ambil injection pula. Nak baik tu makan masa yang lama juga.