Makcik Meninggal Dunia
Petang tadi Cie mendapat perkhabaran mendukacitakan iaitu makcik Cie meninggal dunia. Makcik ni satu-satunya kakak ayah yang ada. Makcik juga adik beradik ayah yang terakhir sekali meninggal dunia.
![]() |
Gambar kenangan ayah dan makcik |
23 Jun 2025 makcik menghembuskan nafas terakhirnya. Tiada dah adik beradik ayah yang masih hidup. Ayah meninggal pada 3 November 2020 pada usia 82 tahun dan kini kakaknya pula menyusul pada usia 96 tahun. Ayah merupakan adik bongsu di kalangan adik beradiknya.
Adik beradik ayah semua meninggal asbab sakit tua. Usia 80 tahun ke atas kecuali ada seorang abang ayah yang meninggal dunia pada usia 65 tahun asbab kemalangan.
Cie tak dapat nak balik kampung ayah untuk ziarah jenazah makcik. Cie hanya kirimkan doa buat makcik.
Semoga roh makcik dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Semoga ALLAH ampuni dosa-dosa makcik. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.
Gambar tu Cie snap masa nampak ayah dah makcik tengah berbual 2 beradik waktu kami datang kenduri cucu makcik berkahwin tahun 2017. Tak sangka gambar tu jadi kenangan dah. Keduanya dah dijemput ilahi. Ada juga gambar yang boleh disimpan. Cie upload kat facebook.
Rancak mereka berborak masa tu. Tapi Cie tak faham sangat loghat kampung ayah memang susah nak faham. Tahun 2017 tu pun memang ayah dan makcik jela yang masih ada. Anak-anak saudara ayah panggil ayah pakcu.
Masa ayah meninggal pun makcik takde datang sebab masa tu makcik pun dah tak larat nak ke mana-mana cuma dia tau la adik dia dah takde. Makcik pun lama juga terlantar sakit kerap kali keluar masuk wad.
Sebak pulak rasa bila takde dah mak saudara dan bapak saudara belah ayah. Belah ayah ni Cie tak faham jugak salah silah adik beradik ayah. Kalau tak silap adik beradik ayah yang seibu sebapa ada 3 beradik je. Adik beradik ayah ada ramai jugak rasanya. Ada yang tak ingat sebab mereka meninggal waktu Cie kecik.
Belah mak je masih ada tu pun belah nenek lain. Kalau adik beradik mak semua dah meninggal jugak dah. Mak ada 3 beradik je yang seibu sebapa. Yang sebapa lain ibu masih ada 9 orang kalau tak silap.
Tinggal generasi bawah-bawah jela meneruskan kehidupan. Kita pun sampai masa nanti akan dijemput ilahi juga.
Innalillah wainna ilaihi rajiun... adik beradik arwah ayah saya pun semuanya dh meninggal dunia jugak (tak ramai pun adik beradiknya)
BalasPadamSalam takziah buat Cie sekeluarga... Moga tabah...
BalasPadamSalam takziah
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat.
Salam takziah. Semoga sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
BalasPadamإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Innalillahiwainnailaihiraajiuunn. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Panjang umurnya ya, mencecah 96 tahun.
BalasPadamTakziah buat Cie dan seluruh keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
BalasPadamSemuanya umur panjang² ye Cie, macam adik beradik arwah ayah Akk juga. Meminggal usia 80-90...
Innalillah wainna ilaihi rajiun...Semoga yg trbaik buat arwah..Amin
BalasPadamAllahumma aghfirlaha wa arhamha wa afiha wa'fua'nha...
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiun...Allahumma aghfirlaha wa arhamha wa afiha wa'fua'nha..
BalasPadamsalam takziah baut Cie sekeluarga
Innalillahiwainnailaihirojiun.
BalasPadamSalam takziah, Cie.
Innalillah wainna ilaihi rajiun... Al-fatihah buat arwah makcik kak Cie.
BalasPadamInnalillahi wa inna ilaihi rooji'un
BalasPadamAllahummaghfirlaha warhamha wa afiha wa fuanha
Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
BalasPadamSalam takziah Cie dan keluarga.
Innalillah wainna ilaihi rajiun.
BalasPadamTurut berduka cita atas meninggalnya makcik.
Moga diampuni segala dosanya, diterima iman islamnya.
Salam,