7e Cafe Pilihan Tengahari – Menu Lengkap Dari Pasta Hingga Ice Latte Gula Aren
Tengahari tadi Cie singgah di 7E Cafe sementara nak menunggu kakak Raisha balik sekolah 1.30 petang. Cie dah ambil adik Rania pukul 1.00 petang. Husband tak dapat ambil kakak Raisha hari ni kerana betugas di luar kawasan. Jadinya Cie la kena ambil 2 orang sekali.
Kakak Raisha ada program bubur Asyura jadinya mereka dibenarkan balik 1.30 petang. Waktu balik biasa 2.00 petang. Oleh kerana 30 minit je selepas adik Rania balik Cie decide untuk tunggu terus jela 1.30 petang malas dah nak pergi balik banyak kali.
Tu yang sempat la singgah di 7E Cafe untuk membeli makanan tengahari. Cie mula la rambang mata melihat pilihan yang ada. Akhirnya Cie pilih pasta carbonara dan ice latte gula aren. Padahal pagi semalam sebelum masuk kerja dah singgah tapau ice latte gula aren. Bawak bekal jadi urusetia kursus semalam. Hari-hari menikmati kopi.
Banyak pilihan pasta kat situ, nasi pun ada semuanya yang jenis ready to eat food. Tinggal nak panaskan je. Suruh adik Rania pilih tapi dia taknak. Adik Rania ambil sekali untuk kakak Raisha iaitu smoked cheese mayo shrimp onigiri 2, sausage ayam roll 1 dan skewer sausage cheese 1.
Kesemuanya nampak menarik dan sesuai dijadikan menu tengahari ringkas tetapi mengenyangkan.
Pasta Carbonara Berkrim dan Mengenyangkan
Sampai je rumah Cie terus salinkan pasta tu ke mangkuk stainless steel. Buka tengok dalam mangkuk tu ada spageti. Cie duk bayangkan tadi macaroni. Tulis pasta je tak nampak tulis pasta apa. Cie panaskan dalam oven. Rumah takde microwave, oven pun boleh. Kat packaging tu ada cara pemanasan semula menggunakan microwave. Cie panaskan tadi 10 minit rasanya suhu bawah 180c.
Sementara tunggu dipanaskan, Cie solat dulu. Siap solat pasta dah siap panas. Cie cuba suapan yang pertama sedapnya. Sosnya berkrim dengan aroma keju yang memikat. Setiap suapan terasa cukup sempurna kerana keseimbangan rasa masin dan lemak yang menaikkan rasa.
Adik Rania pun teringin nak cuba pasta carbonara ibu. Sedap katanya. Kakak Raisha pun mintak. Ibu suruh pilih pasta tadi sibuk nak onigiri dan sosej tu. Sudahnya nak jugak pasta ibu. Terpaksa la mengalah demi anak-anak.
Dalam tu ada lof ayam kalau ikut nama bahan yang ditulis pada packaging. Macam isi sosej dipotong dadu. Lepas tu ada juga button mushroom tapi tak banyak.
Bagi Cie banyak jugak portion pasta carbonara 7E Cafe ni. Boleh la kami makan 3 beranak. Boleh repeat lagi beli lepas ni. Harganya hanya RM8.90 sahaja.
Ice Cafe Latte Gula Aren – Minuman Penyegar Tekak
Untuk minuman, Cie memilih ice latte gula aren. Gabungan kopi yang tidak terlalu pahit dengan kemanisan gula aren memang kena pada selera Cie. Setiap hirupan terasa lembut dengan aroma gula aren yang sedikit berkaramel.
Sejak takde ice caramel latte kat 7E Cafe Cie dah bertukar kepada ice latte gula aren. Harganya RM5.90 tapi ada diskaun tadi RM5 sahaja. Kopi murah, rasa sedap memang berbaloi.
Minuman ini sesuai dinikmati pada cuaca panas kerana memberikan kesegaran segera. Saiz cawannya juga agak besar, jadi memang puas hati.
Adik Rania pun suka tadi sementara tunggu kakak keluar sekolah. Dia mintak sikit air ibu, bukan takat sikit banyak jugak dia sedut. Adik Rania je suka minum sikit kopi ibu. Kakak Raisha tak minum kopi.
Smoked Cheese Mayo Shrimp Onigiri – Ringkas Tapi Penuh Rasa
Adik Rania pilih onigiri perisa smoked cheese mayo shrimp, nasi Jepun yang dibentuk segi tiga dan dibalut seaweed. Rasa udang bersama keju salai serta mayonis memang unik. Setiap gigitan ada gabungan rasa masin, lemak dan sedikit manis yang membuatkan anak-anak Cie suka makan.
Onigiri ini sesuai dimakan sebagai snek ringan atau pelengkap kepada menu utama. Saiznya kecil, mudah dipegang dan tidak bersepah. Harga RM4.90.
Sausage Ayam Roll & Skewer Sausage Cheese
Anak-anak memang suka la makan sosej. Walaupun kita tak galakkan makan sosej tetap la nak makan. Sekali sekala boleh la.
Sausage ayam roll berharga RM2.30 dibalut dengan roti yang lembut bersama sedikit keju di dalamnya. Ia sesuai dijadikan snek tengahari atau alas perut sebelum makan besar. Yang ni kakak Raisha suka makan.
Manakala skewer sausage cheese berharga RM2.40 ialah sosej ayam yang dicucuk pada lidi dengan lapisan keju yang cair di dalamnya. Kedua-duanya sedap terutama jika dimakan panas-panas. Ni adik Rania punya.
Lepas beli tadi adik cashier 7E Cafe terus panaskan je. Sementara tunggu kakak Raisha, adik Rania dah makan sosej dia.
Menu Lengkap di 7E Cafe Memang Berbaloi!
7E Cafe sememangnya tempat yang sesuai jika nak beli makanan segera yang lebih berkualiti dan pelbagai pilihan. Pasta carbonara mereka berkrim dan memuaskan, onigiri udang keju salai pula ringan tetapi penuh rasa manakala ice latte gula aren adalah minuman wajib cuba kerana rasanya yang unik dan menyegarkan.
Snek seperti sausage ayam roll dan skewer sausage cheese juga menjadi pelengkap yang sesuai untuk makan tengahari yang lebih santai. Harga yang ditawarkan pula berpatutan, jadi tak perlu risau jika ingin mencuba lebih dari satu menu.
Kalau korang sedang mencari menu lengkap dan cepat di waktu tengahari, 7e Cafe memang pilihan yang berbaloi. Boleh nikmati pelbagai hidangan menarik dengan rasa yang memuaskan tanpa perlu tunggu lama.
26 Comments
Tak pernah cuba lagi menu di 7E
BalasPadamtry la banyak pilihan ada.
PadamBest kan 7e dan family mart di sana.. mknn ready to eat ada variasi.. sy jarang jugaklah shopping di 7e
BalasPadamye best cuma FM jauh sikit dari rumah. selalu membeli di 7E cafe jela.
PadamTak pernah membeli apa2 di cafe 7e. Masuk 7e takat cari apa yg perlu je. Boleh gak dicuba
BalasPadamtry la nanti banyak pilihan menu.
Padamtak pernah cuba lagi menu jualan 7E
BalasPadamnanti try masuk tengok banyak juga pilihan.
PadamOnigiri tu fav my boys
BalasPadambebudak memang suka sangat.
Padamdah boleh jadi duta 7E ni. biasa kalau masuk blog cie mesti pergi 7E :p
BalasPadamtapi makanan dia not bad jugaklah, bolehla untuk kita yg nak cepat dan tak sempat masak. kalau ada apps, kadang2 tu boleh dapat harga murah
tu la pasalnya setiap minggu membeli kat 7E ni. hahah. ye pakai apps boleh collect point.
PadamMakanan dia banyak juga. Pilihan nasi dan pasta pelbagai. Dan harga lebih murah dari family mart.
BalasPadamyup pilihan menu banyak jugak. harga pun berbaloi.
Padamdari segi flavour wise, sis lebih suka perisa onigiri family mart dari 7e.. tp pasta carbonara sis belum try lagi.. boleh la cari lepas ni.. ^^
BalasPadamcie tak pernah rasa yang 7E ni selalu anak2 je beli.
Padampasta carbonara anak pernh beli juga
BalasPadamnanti nak try lain pulak.
PadamSedap-sedap, suka menu2 7E, nanti boleh try. cuma area rumah kita ni blm upgrade cam cafe besar lagi, baru kecil-kecilan. Onigiri tu akan shopping 6 hingga 8pcs sekali beli. thank you share pasta tu.
BalasPadamkat Lipis ni ada 3 cawangan 7E cafe, paling dekat dengan rumah baru je dibuka. memang selalu la pi.
PadamNice..Sy suka pau cendawan dkt 7e tu =)
BalasPadamhari tu dah try sekali. not bad la rasanya tu.
PadamBerkenan pulak nampak kopi tu...
BalasPadamOnigiri favourite gegirls Akk juga
sedap kopi dia. cuma kuat tau kalau minum petang2 nanti malam susah nak tidur.
Padamsemua menawan kalbu melihatnya...semua sedap
BalasPadamterus rasa lapar kan tengok cream carbonara tu.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.