Kursus Diet Teraputik Kluster Pahang Barat 2025 di Hospital Kuala Lipis

Hari ini 29 Julai 2025, bertempat di Dewan Serbaguna Hospital Kuala Lipis, Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis dengan kerjasama Unit Sajian dan Dietetik Hospital Raub serta Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highlands, telah berjaya menganjurkan Kursus Diet Teraputik Kluster Pahang Barat 2025. Kursus bermula 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.


Kursus Diet Teraputik Kluster Pahang Barat 2025


Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan pelaksanaan diet teraputik dan IDDSI di hospital-hospital dalam kluster Pahang Barat.


Penyertaan Pelbagai Kategori Petugas Kesihatan


Program ini disertai oleh pelbagai kategori petugas kesihatan yang berperanan penting dalam penyediaan makanan dan penjagaan pesakit. Antara peserta yang hadir ialah:

  • Ketua Jururawat
  • Jururawat Terlatih
  • Jururawat Masyarakat
  • Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)
  • Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
  • Pembantu Penyediaan Makanan

Kehadiran pelbagai disiplin ini mencerminkan kepentingan kerja berpasukan dalam memastikan pelaksanaan diet teraputik dan penyediaan makanan hospital berjalan lancar.


Topik-Topik Utama Yang Dibentangkan


Slot untuk Pegawai Dietetik

  1. Diet Piawai Hospital – Menjelaskan garis panduan diet asas untuk pesakit biasa.
  2. Diet Modifikasi Konsistensi – Fokus kepada tekstur makanan untuk pesakit dengan masalah menelan.
  3. Diet Teraputik – Diet khusus untuk penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
  4. Menu dan Resipi Piawai – Standardisasi resipi dan penyediaan menu hospital.

Slot untuk Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)

IDDSI (International Dysphagia Diet Standardisation Initiative) – Standard global bagi pengelasan makanan dan cecair untuk pesakit disfagia. Penekanan diberi kepada penggunaan tahap IDDSI secara konsisten dalam penyediaan makanan hospital.


Aktiviti Menarik dan Interaktif Sepanjang Kursus


Kursus bukan sekadar ceramah semata-mata, malah diserikan dengan pelbagai aktiviti hands-on, kuiz interaktif dan pertandingan, menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Gambar sepanjang program Cie upload kat Facebook je ada 38 keping gambar yang telah dipilih je. Tak masuk kat sini sebabnya banyak sangat jenuh nak upload. So upload kat Facebook Roziah Muhammad Nor jela. Facebook yang dah banyak sawang.






Pre-Test dan Post-Test


Peserta dikehendaki menjawab soalan pre-test di awal program dan post-test di akhir kursus. Markah digunakan bagi menilai kefahaman peserta terhadap isi kandungan kursus.

Hadiah disediakan untuk 3 peserta terbaik bagi kedua-dua ujian ini (6 hadiah keseluruhan).


Aktiviti 1: Mencipta Menu Berdasarkan Kes Pesakit


Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberi kajian kes (case study) pesakit. Setiap kumpulan perlu mencipta menu harian yang sesuai mengikut penyakit dan tahap diet pesakit tersebut.

Setiap kumpulan kemudian membentangkan menu mereka di hadapan peserta lain dan Pegawai Dietetik.

Kumpulan 1 telah dinobatkan sebagai pemenang bagi pembentangan terbaik.


Kuiz Interaktif Kahoot


Bagi menguji kefahaman dalam suasana santai, satu permainan kuiz interaktif menggunakan platform Kahoot telah dijalankan.

Tiga peserta dengan markah tertinggi menerima hadiah. Suasana bertukar meriah apabila peserta bersaing secara sihat untuk menjawab soalan dengan pantas dan tepat.


Aktiviti 2: Menyediakan Diet Dysphagia (IDDSI)


Setiap kumpulan diberikan jenis makanan tertentu dan diminta untuk menyediakannya mengikut tahap IDDSI yang ditetapkan. Aktiviti ini menguji pemahaman peserta terhadap pengubahsuaian konsistensi makanan serta pemilihan tekstur yang sesuai untuk pesakit disfagia.

Peserta menunjukkan kreativiti dan kefahaman yang tinggi dalam penyediaan makanan untuk pesakit yang mengalami masalah menelan.


Impak dan Harapan


Kursus ini berjaya menyatukan pelbagai kategori petugas dalam bidang dietetik dan pemakanan, serta memberi pendedahan penting berkaitan:

  • Penyeragaman diet hospital
  • Aplikasi IDDSI secara praktikal
  • Penyediaan resipi dan menu yang selamat serta berkhasiat

Melalui perkongsian ilmu dan latihan praktikal ini, peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam tugasan seharian demi menjaga keselamatan dan keselesaan pemakanan pesakit.

11 Comments

  1. ofis shida buat loss weight challenge, ghisau.. bertahun diet tak pernah turun, mcm mana nak buat ni. jom ke blog shida. salam perkenalan.

    BalasPadam
  2. Akak tengah buat office nyer program loose weight ni..hahaha...ntah la ok ke tak turun berat badan..akak x skip diet lagi..cuma weekend la cheat day...banyak la ilmu Cie dapat dan share kat sini..panjang- panjangkan ilmu kan...

    BalasPadam
  3. Terbaekk. Mknn kat hosp memang healthy menu

    BalasPadam
  4. Menarik kursus gini. Bukan utk tujuan perkerjaan saja, tapi boleh dipraktikkan utk diri sendiri juga kan esp dlm nak sediakan hidangan utk keluarga

    BalasPadam
  5. last kak ana pi hospital Kuala Lipis masa arwah mertua di rawat di sana, laa nih dah bangunan baru kan.. Cie.. tq for sharing good info : )

    BalasPadam
  6. Kursus yang menarik. Dapat ilmu yang boleh dipratikkan dan tak bosan siap ada kuiz bagai tu.

    BalasPadam
  7. menariknya program macam ni. kalau selalu diadakan boleh insof nk makan pelik-pelik hehehhehe

    BalasPadam
  8. Suka betul kursus macam ini.. Padat..

    BalasPadam
  9. Seronok kursusnya, tak bosan. Siap ada kuiz dan dapat hadiah 😀

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes