Durian Kampung RM50 Tiga Biji – Rezeki Dapat Durian Sedap
Musim durian datang lagi! Tapi tu la taktau musim ke tak. Tau-tau ada orang jual tepi jalan. Masa balik ambil anak sekolah semalam Cie nampak ada orang jual RM8 besar je ditulis kat manila kad.
Cie pun whatsapp husband suruh beli.
Kat Benta Jaya tu tadi ada orang jual rm8 kot, nampak tulis 8. Kalau ok kang beli la 1-2 biji.
Tapi masa tu husband tak balas yang tu. Masa tu duk whatsapp pasal update dia dah on the way nak ambil adik Rania kat office ibu untuk hantar ke sekolah ada KOKO.
Baca semula ayat Cie whatsapp tu nak paste kat sini baru perasan la takde perkataan DURIAN. Nyanyuk la hai.
Balik kerja semalam jengah je pintu semerbak bau durian. Anak-anak cakap babah beli durian. Berbunga riang hati Cie. Hahaha. Rasa macam dapat hadiah besar, sebab durian ni bukan musim dia panjang sangat. Sekejap je naik harga, sekejap je habis! Kiranya husband faham la whatsapp Cie walaupun takde mention durian. Hihi
Masa Cie balik kerja husband dah nak keluar ke kebun. Tak sempat la nak tanya harga apa semua. Sambil masak kat dapur Cie terus kopek durian sebiji. Husband beli 3 biji. Cie dan adik Rania hantu durian. Kakak Raisha dan babahnya tak makan sangat.
Durian Kampung Tetap Di Hati
Kalau nak dibandingkan dengan durian jenis Musang King, D24 atau Udang Merah memanglah durian kampung ni tak berjenama. Orang tak pandang sangat.
Tapi yang uniknya, setiap durian kampung tu ada identiti tersendiri. Kadang rasa lemak manis, kadang-kadang pahit berkrim. Kadang isi tebal, kadang biji besar. Tapi semua tu jadi sebahagian daripada keindahan makan durian kampung.
Tanya husband berapa harga durian tu Cie tengok besar juga buahnya dan isi sedap. Husband kata harganya sekilo RM12 tapi kalau beli 5kg dia bagi RM10 so 3 biji tu RM50 la. Cie tanya la yang RM8 tu apa. Durian kecik-kecik husband cakap. Nak tarik pembeli singgah dia tulis RM8 je.
Kira murah untuk musim sekarang. Di sesetengah tempat, satu biji pun dah boleh mencecah RM30 ke atas kalau kualiti padu.
Rezeki Dapat Durian Elok
Semalam Cie kopek sebiji alhamdulillah elok isinya. Tadi kopek lagi 2 biji letak dalam bekas. Elok juga isinya. 2 biji tu isi sama, yang sebiji tu isi lain sikit.
Mujur tak mentah atau rosak. Tapi penjual tu kata kat husband kalau rosak boleh tukar. Ok je kesemua 3 biji tu. Sebiji semalam jugak dah habis. 2 biji ni tadi Cie dan adik Rania je makan. Ada lagi simpan dalam fridge. Esok pulak makan. Tadi anak buah singgah rumah hantar cencaluk, gula melaka dan air tea live Cie pun bagi anak buah bawak balik sikit.
Isi tebal, rasa lemak-lemak. Yang sebiji lagi tu rasa lemak manis memang padu cukup sempurna. Sedap walau hakikatnya durian kampung je. Cie suka yang pahit-pahit lagi la layan. Susah jugak nak jumpa yang pahit.
Sejak dah berusia ni tak boleh sangat makan durian. Jadi kembung perut. Malam tadi Cie tak boleh tidur perut kembung. Dah nak pagi baru boleh lelap. Kesudahannya hari ni ting tong teruk, tak stabil rasa masuk office. Sebab fikir kerja banyak je datang jugak kerja.
Sekarang musim durian datang tak menentu. Tu yang harga pun jadi naik turun. Bila terjumpa durian kampung elok dengan harga mampu milik, memang kena grab terus! Durian sekarang harga kayangan.
Teringat masa kecik kebun durian ayah banyak sangat buah sampai tahap sedekah je kat orang. Masa tu semua tempat banyak durian. Bagi je kat orang kampung yang takde pokok durian.
Ayah siap buat pondok. Time cuti sekolah duduk la kat pondok tu tunggu durian gugur. Memang syok siap bawak bekal makanan berkelah kat pondok. Padahal rumah dekat je dengan kebun. Selalu tunggu durian dengan mak. Rindunya kat mak ayah.
Ada juga tragedi buah durian tembaga gugur dan jatuh atas kepala ayah masa ayah lalu bawah pokok tu. Besar sangat buah tu. Mujur la takde kecederaan serius. Ada tangkap gambar guna kamera kodak. Taktau dah gambar tu kat mana.
Stok tempoyak tak payah cakap la ayah siap beli deep freezer untuk letak tempoyak. Mak tukang buat tempoyak. Orang kampung datang beli tempoyak. Memang 1 rumah bau durian jela. Sekarang takde dah pokok durian yang berbuah.
Tanam semula pun takdan besar ada jela binatang peliharaan orang kampung masuk kebun makan daun durian baru tanam. Pokok durian yang berbunga pun takdan nak berputik dah kena kacau dek kera.
Petua Lepas Makan Durian
Makan durian ni memang sedap, tapi tak boleh lupa kesannya juga. Panas badan tu memang confirm. Tapi Cie tak pernah kena panas badan cuma sejak dah masuk umur 40-41 ni kena kembung lepas makan durian.
Antara petua yang orang dulu-dulu kongsikan:
- Minum air dari kulit durian. Letak air dalam ruang isi durian tu dan minum, katanya boleh sejukkan badan.
- Minum air kosong banyak-banyak.
- Boleh minum air barli sejuk untuk membantu kurangkan panas dalam.
- Jangan minum kopi atau teh lepas makan durian nanti bertambah panas.
Harga Durian Sekarang
Kalau ikut pengalaman semalam, dapat tiga biji RM50 dengan berat 5kg memang berbaloi. Tapi ada juga tempat yang jual ikut biji. Durian kampung boleh jadi RM8 hingga RM18 sekilo. Jadi bergantung juga pada tempat dan musim.
Kenapa Orang Masih Suka Durian Kampung?
Walaupun durian jenis hibrid lebih popular sekarang, ramai yang masih memilih durian kampung sebab:
- Rasa lebih asli dan pelbagai.
- Murah berbanding durian gred premium.
- Ada elemen kejutan yang mana setiap biji tak sama jumlah ulasnya.
- Nostalgia yang mengingatkan zaman kecil di kampung.
Cie sendiri dari dulu sampai sekarang, kalau ada pilihan antara durian kampung dan Musang King, Cie tetap pilih durian kampung dulu. Sebab rasanya lebih pelbagai dan tak membosankan.
Nikmat Musim Durian
Bila musim durian tiba, nikmatilah rezeki yang Allah bagi. Jangan risau sangat jenama atau nama durian. Kalau jumpa durian kampung yang elok, berbaloi harganya, terus beli dan nikmati bersama keluarga. Itulah momen yang paling manis.
Terima kasih husband sebab bawa balik durian semalam. Walaupun hanya tiga biji, tapi cukup berbaloi sebab sedap isinya. Walaupun si isteri whatsapp suruh beli tapi tak mention durian mujur la husband boleh agak je. Hahaha
Linda pun suka durian kampung..kalau yg ngadap nya 2 orang je..memang berbaloi lah 3 biji tu .Linda nie..sekeluarga pun hantu durian..kalau beli,memang kena banyak baru puas..kalau takde duit lebih memang tak beli lah...walaupun org kata buat rasa2..takot berebut je..hahaha
BalasPadamAkak balik muo cuti awal muharam tu tenguk banyak sangat bangsal jual durian. Tempat yang tak pernah pun tiba-tiba timbul. Ini menunjukkan tengah musim durian. Hantu durian tapi bila dah berusia makan sekadar rasa tak boleh lahap banyak sangat nanti naik darah tinggi. Kena sedar diri. hehehehe
BalasPadammy hubby suka semua jenis durian, MZ plak fussy hahah hanya mkn durian yg kaler kuning isi pejal baru luruh (cthnya musang king) :p
BalasPadamMemang rezeki kalau dapat durian kampung yg elok isi dan tebal.
BalasPadamWow..fevret ni =D
BalasPadamyeaaahhh sama Ana pun masih tetap durian kampung tetap di hati hehehe
BalasPadamKak SA pun sedang mencari durian kampung..dapat 1-2 biji cukup la..bukan nak makan banyak kan
BalasPadamDurian kampung memang paling sedap.
BalasPadamSekarang tengah musim durian. Rezeki tu beli durian harga murah dan elok semuanya. Saya paling suka durian udang merah. Durian kampung ni dapat yang sedap, sedaplah makan.
BalasPadamKalau dah rezeki tu kan, tertinggal perkataan durian tu pun suami beli betul kan...
BalasPadamAkk pun suka durian kampung, special
Belum sampai lagi durian di LD.
BalasPadamSaya suka aroma durian kampung...gugur sebiji dari pokok baunya satu kebun!
Akk suka durian kampung yang lemak pahit tapi susah nak dapat kat sini.. kadang beli nipis je.. dah tu kurang rasa.
BalasPadamKat rumah saya ni pun last week beli durian jugak. Beli sebekas penuh durian kawen dapatla rm90 incl tempoyak
BalasPadamMurah jugak cie dapat rm50 tiga biji tu. Rezeki dapat yg elok2