Minggu ni macam tenang-tenang sikit buat kerja sebab takde kerja yang ada due date. Kerja sama je banyak je menimbun cuma boleh settle dengan tenang. Cuma dari Isnin hingga Rabu terlibat dengan Audit Baby Friendly Hospital. Sebab jabatan Cie supply susu baby so di audit juga la.
Semalam 3 orang assessor dah serbu ramai-ramai sekali team wad. Penuh la office Cie tu. Hari ni datang lagi sekali tak ramai dah hari ni. Kita cuba bagi kerjasama sebaiknya la. Sebab jabatan kita hanya sebagai jabatan yang membekalkan susu jela. Selebihnya kat wad kanak-kanak dan wad bersalin.
Tadi balik kerja awal la sikit dari minggu-minggu lepas. Cie balik pukul 4.45 petang. Waktu kerja Cie habis 4.30 petang sebab masuk kerja 7.30 petang. Flexi hours jadinya terpaling awal la Cie masuk lepas hantar anak sekolah. So boleh la balik awal.
Balik kerja baring-baring dulu berehat sambil selesaikan coding untuk widget top komentator tu dah berbulan Cie cuba buat. Hari ni akhirnya berjaya dah diselesaikan tepat jam 7.53pm tadi. Nanti Cie share dalam entry yang lain macam mana Cie buat dengan bantuan siapa.
Dah puas baring-baring baru la Cie masuk kitchen untuk masak. Dah plan menu so takdela pening-pening nak fikir dah. Cie masak tomyam ayam je. Kalau masak menu tomyam wajib ada telur dadar.
Tomyam Cie guna pes Nona yang dalam botol. Pelbagai jenis pes atau perencah tomyam yang Cie dah pernah guna. Takde setia dengan mana-mana brand. Ikut dan je beli. Kadang-kadang Cie tak guna pes pun. Masak tomyam putih je jadi jugak. Kita yang masak hentam jela tekak sendiri nak makan kan.
Nak tomyam ala thai boleh la makan kat kedai. Tapi tu la kat Lipis ni susah jugak nak jumpa kedai masak tomyam sedap. Kadang-kadang manis, kadang-kadang takde rasa apa. So masak jela sendiri ikut citarasa kita sendiri.
Cie masak telur dadar baru ngam dengan tomyam. Entahla kenapa kan kalau menu tomyam je mesti ada telur dadar. Kalau makan kat kedai order tomyam mesti order sekali telur dadar.
Menu lain ada juga kerepek kentang dan ulam timun. Tu jela menu dinner Cie malam ni. Takde idea jugak nak masak apa. Cie yang masak, Cie fikir menu. Anak-anak dan suami jenis makan je apa dimasak. Takde request menu. Tu yang jem otak nak fikir menu. Masak apa yang terlintas difikiran jela.
5 Comments
telur dadar ni ibarat pelengkap tomyam. kami kalau makan tomyam kat luar atau masak sendiri pun mesti kena ada telur dadar
BalasPadamYums sgt!!
BalasPadamBetul tu kalau masak tomyam kena goreng telur dadar juak.. wajib!! Mkn kt kedai pun sama, mst order juak
BalasPadamSedapnya tom yam tu Cie. Telur dadar tu kira pelengkap! Memang kena ada.
BalasPadamSama lah kita. Combo wajib.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.