Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

7/08/2025 07:30:00 PTG

Virtual Run di BookDoc KKM


Tahun ini Cie nekad untuk lebih aktif dan menjaga kesihatan. Disamping nak dapatkan berat ideal. Usia dah makin meningkat ni kena la sentiasa amalkan gaya hidup sihat.

Salah satu langkah kecil ke arah gaya hidup yang lebih sihat ialah menyertai virtual run dan baru-baru ini Cie berpeluang menyertai Shamrock Run Malaysia yang dianjurkan secara maya melalui platform BookDoc dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

BookDoc

Apa Itu BookDoc?

BookDoc ialah sebuah aplikasi kesihatan bersepadu yang dibangunkan di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai fungsi kesihatan lain seperti:
  • Rekod langkah (step tracker) – disambungkan ke Apple Health, Google Fit, Fitbit dan lain-lain.
  • Cabaran kesihatan – seperti Shamrock Run dan pelbagai kempen kesedaran lain.
  • Health Reward – ganjaran apabila kita aktif (contohnya, diskaun beli-belah, makanan, dan keperluan harian).
  • Artikel dan tip kesihatan – kandungan yang disediakan oleh pakar.

BookDoc juga aktif bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi kesihatan lain dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui pelbagai kempen digital. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Virtual Run


Walaupun ia bukanlah acara fizikal seperti larian biasa yang diadakan di padang atau taman, pengalaman menyertai virtual run ini tetap menyeronokkan dan memberikan kepuasan tersendiri. Cie nak kongsikan serba sedikit pengalaman Cie sepanjang menyertai Shamrock Run Malaysia Virtual Run, dari pendaftaran sehinggalah ke saat menerima medal penyertaan.

Apa Itu Virtual Run?


Bagi yang masih belum biasa dengan konsep ini, virtual run ialah acara larian yang boleh dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa, tanpa perlu hadir ke lokasi tertentu. 

Peserta hanya perlu daftar secara online, tetapkan sendiri masa dan tempat untuk berlari (atau berjalan) dan kemudian rekodkan jarak larian melalui aplikasi yang disyorkan. 

Aplikasi yang digunakan ialah BookDoc iaitu satu platform kesihatan yang lengkap dengan pelbagai fungsi termasuk pencatat langkah.

Pendaftaran Melalui BookDoc


Selepas Cie decide untuk amalkan gaya hidup sihat serta dah beli walking pad untuk aktiviti berjalan Cie mula log in semula ke BookDoc. Kat BookDoc ni ada ‘challenges’ yang mana kat bahagian tu ada disenaraikan aktiviti larian sama ada larian fizikal atau virtual.

Cie ada join 2 challenges. Salah satunya adalah Shamrock Run Malaysia. Antara maklumat yang diperlukan termasuk nama, emel, nombor IC dan lokasi. Proses pendaftarannya mudah dan pantas.

Tempoh Cabaran dan Jarak Larian


Shamrock Run Malaysia berlangsung selama 5 hari bermula 25 Jun sehingga 29 Jun 2025.

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

Peserta boleh pilih untuk menyempurnakan cabaran sejauh 20,000 step secara fleksibel sama ada berlari atau berjalan, asalkan langkah direkodkan. Cie berjalan jela takdela nak berlari.

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

Cabaran boleh diselesaikan sekaligus atau dibahagi-bahagikan dalam beberapa hari. Cie pilih untuk lakukan secara santai berjalan di atas walking pad dan pada hari terakhir cabaran Cie berjalan sekitar taman perumahan.

Guna BookDoc Untuk Rekod Langkah


Salah satu perkara yang menarik tentang virtual run ini ialah ia menggalakkan gaya hidup aktif secara konsisten, bukan hanya dalam satu hari. 

Aplikasi BookDoc automatik kira langkah dan jarak melalui penyambungan dengan aplikasi kesihatan seperti Google Fit atau Apple Health. Cie guna jam huawei dan ada aplikasi huawei untuk menghitung jumlah langkah.

Cie guna Apple Health juga yang boleh mengira berapa step dah kita berjalan. Apple health ni dia kira step kalau berjalan sambil pegang handphone je.

Setiap kali Cie berjalan, Cie akan buka aplikasi untuk semak jumlah langkah. Dalam masa 5 hari, Cie berjaya kumpul 20998 langkah sehari dan menyempurnakan cabaran. Sangat memotivasikan bila setiap langkah dikira.

Motivasi Untuk Kekal Aktif


Salah satu kelebihan menyertai cabaran seperti ini ialah ia memberi motivasi berterusan. Cie bukan sekadar berjalan tanpa tujuan, tetapi tahu ada cabaran yang perlu diselesaikan. Dalam masa yang sama, Cie juga mula jaga pemakanan dan minum air secukupnya.

Virtual Medal


Walaupun penyertaan ini percuma, setiap peserta yang menyempurnakan cabaran akan mendapat virtual medal.

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia


Kelebihan Sertai Virtual Run


Berbeza dengan larian fizikal yang memerlukan komitmen masa dan tempat, virtual run sangat fleksibel dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ini antara kelebihan utama:
  • Boleh dilakukan di mana-mana sama ada rumah, taman, kawasan perumahan atau gym.
  • Boleh dilakukan bila-bila masa ketika waktu pagi, petang, malam mengikut kesesuaian kita.
  • Kos rendah atau percuma di mana ianya tidak perlu bayar pendaftaran mahal.
  • Kurang tekanan sosial so sesuai untuk introvert atau beginner.
  • Berfokus kepada kesihatan dan konsistensi, bukan kelajuan atau persaingan.

Cie rasa inilah cara terbaik untuk mulakan gaya hidup sihat tanpa perlu keluar dari zon selesa secara drastik.

Menyertai Shamrock Run Malaysia Virtual Run melalui BookDoc dan KKM merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan memberi impak positif terhadap gaya hidup Cie. Walaupun hanya berjalan atas walking pad dan sekitar kawasan rumah, Cie rasa puas kerana berjaya capai target dan mendapat pengiktirafan melalui medal.

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

Sebenarnya ni bukan virtual pertama Cie sertai. Sebelum ni Cie dah join banyak kat BookDoc tu cuma dah lama sangat tak join. 

Pengalaman Sertai Shamrock Run Malaysia

Cie harap lebih ramai akan menyertai cabaran kesihatan seperti ini, bukan hanya untuk sihat, tapi untuk kekal aktif. Semoga KKM dan BookDoc terus menganjurkan program-program bermanfaat seperti ini pada masa akan datang.

Kalau korang belum pernah cuba sertai virtual run, Cie sangat galakkan korang cuba sekali. Percayalah, langkah pertama itu akan membawa perubahan besar.

Banyak je virtual run yang dianjurkan kat Facebook. Selalu nampak ads virtual run ni. Ada yang berbayar nanti mereka akan bagi tshirt dan lain-lain. Kalau yang free tu takdela.

15 ulasan:

  1. Patot lah Cie rajen berjalan sekarang..join bOokDoc rupanya...kdg tu baca emel..juara bulanan..ada doktor tu sampai beratus ribu langkah..memang aktif lah ..doktor pakar agaknya .hihihi ..

    BalasPadam
  2. Pernah hubby bagitau dulu suruh join tapi tu lah, banyak sangat alasan nya ishh.

    BalasPadam
  3. Bagus Cie, terus konsisten amalkan gaya hidup sihat. Tahniah dapat medalnya. Semoga terus semangat.

    BalasPadam
  4. Keep it up Cie 💪🏻
    Boleh Akk tumpang ambil semangat nak konsisten juga beriadah ni

    BalasPadam
  5. Oh macam ni rupanya virtual run. Pernah nak join jugak masa pasca covid tu, tapi tak jadi pulak tak igt sebab apa.

    Baguslah sebab cabaran ni boleh dilakukan tiap2 masa. Yg pentinf tercapai target utk 5 hari tu :D

    BalasPadam
  6. Salam singgah https://madey09.blogspot.com/2025/07/tazkirah-subuh-hadis-nabawi-allah.html

    BalasPadam
  7. wah, baru tau pasal bookdoc ni, sy baru habis virtual run jugak... itu yg sibuk briskwalk bagai tu sebelum ni.. haha

    BalasPadam
  8. Saya pun join tapi x achieved...sebab malas usung telefon kesana sini...x ada smart watch...

    BalasPadam
  9. waahhhhhh ada perasan org share psl bookdoc ni.. nti nak kena cuba jugalah

    BalasPadam
  10. All the best Cie..doakan untuk akak jugak ..akak baru je daftar untuk program kesihatan jugak

    BalasPadam
  11. Tahniah, Cie!
    Saya dah uninstall bookdoc lama dulu. Tak larat dah nak join. Yang berbayar pernah, yang free lagi la. Kalau bayar, pilih yang murah la, bawah 50 ringgit, boleh dapat tshirt. Kadang kalau ada yang sponsor, dapat hadiah nivea la, yang nestle omega plus tu, tiap-tiap tahun ramai masuk. Teruskan, Cie, amalkan gaya hidup sihat. 💪👍👏

    BalasPadam
  12. Sangat lah menarik virtual run macam ni... memberi inspirasi nak banyak kan langkah :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.