Urusan Kerja di HOSHAS
Semalam 9 Julai 2025 Cie ada urusan kerja di HOSHAS Temerloh. HOSHAS ni short form kepada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Jabatan Dietetik dan Sajian negeri Pahang ada sesi Taklimat Tender Bekalan Ayam Ke Negeri Pahang bersama dengan pembekal yang telah dilantik.
Kalau ke Temerloh Cie memang akan ambil peluang rakam video lalu depan sekolah Cie. Cie dulu sekolah di Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh. Sekarang dah tukar nama Kolej Vokasional Puteri. Sekolah ni dulu asalnya semua perempuan. Batch senior Cie dan batch junior ada student lelaki dalam 2-3 orang. Batch Cie takde.
Seawal 7 pagi Cie dah keluar rumah sekali husband hantar adik Rania dan kakak Raisha ke sekolah. Husband cuti jadinya Cie suruh la husband hantar Cie sekali ke hospital. Mula-mula hantar adik Rania dulu, lepas tu baru hantar kakak Raisha. Singgah la 7E Cafe sebelum hantar Cie pulak. Sempat la tapau Ice Latte Gula Aren dan Cie mintak adik cashier tu letak dalam tumblr Cie. Senang nak letak dalam beg.
Taklimat bermula jam 10 pagi. Cie bergerak dari Hospital Lipis menaiki kenderaan jabatan sekitar 7.30 pagi bersama dengan seorang staf Cie iaitu Kak Hanim. Kak Hanim sempat tapau sandwich dia beli kat kedai hospital. Sandwich tu isteri staf Sajian juga yang buat dan hantar ke situ. Cie cakap kat Kak Hanim kita makan kat cafe HOSHAS jela tengok apa yang menarik nanti.
Perjalanan dari Lipis ke Temerloh memakan masa selama 2 jam. Kematu la juga duduk dalam kereta. Mujur la dapat kereta mitsubishi ni cantik la sikit dari grand livina atau toyota innova yang dah berpuluh tahun bak kata driver tu. Tunggu masa nak lupus je tu baru dapat kenderaan baru.
Dari Lipis ke Temerloh akan melalui bandar Jerantut dulu. Nak sampai ke Jerantut tu jalan memang kiri kanan hutan, jalan berbukit bukau. Memang kena berhati-hati la. Jalan pun kecil je. Teringat la dulu masa Cie bertugas di Hospital Jengka laluan tu la Cie ulang alik balik kampung kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang 2 minggu atau sebulan sekali.
Redah banjir pun pernah dah dulu. Masa tu bawak kenari. Kalau tak redah kena patah balik kena pusing jalan jauh. Sedangkan masa tu dah nak sampai Lipis. Ada orang kampung ramai tepi tu. Dia kata kalau berani lepas je. Cie beria tanya betul ke. Mereka yakinkan Cie. Mereka kata takpe kami ada. Cie pun redah jela sekali rupanya separuh tayar kenari tu air banjir. Cie tekan jela minyak.
Alhamdulillah selamat redah banjir. Mulanya ada yang kata kalau tak berani tunggu la lori boleh follow belakang. Masa tu hari dah semakin gelap. Malas dah nak menunggu Cie redah jela. Cerita berbelas tahun dulu la ni. Lupa semalam nak snap gambar tempat Cie redah banjir tu sampai sekarang jalan tu masih dinaiki air bila hujan banjir.
Dari Lipis ke Jerantut lebih kurang sejam je. Masuk bandar Jerantut ni macam pelik sikit sebab kena lalu taman perumahan dulu baru jumpa Bandar Jerantut kalau dari Lipis. One way pulak tu lalu taman perumahan tu. Selepas Jerantut hala ke Temerloh jalan dah ok. Takde dah bukit bukau. Jerantut ke Temerloh pulak sejam juga.
Jalan Lipis ke Jerantut. Nak ke bandar Jerantut kena lalu taman perumahan |
Kalau ke kanan tu boleh juga ke Lipis cuma jauh sikit. Kiri ke Temerloh |
Ambulan nak hantar ke ke HOSHAS |
Jalan dari Jerantut ke Temerloh |
Banyak kenangan kat SMV Puteri ni. Kena ragging setahun dengan senior. Takde sentuhan fizikal. Tapi selalu kena marah, kena tengking. Takde kena suruh buat apa-apa cuma selalu la senior buat perjumpaan. Cie la selalu kena suruh berdiri. Sebab Cie jenis tak suka senyum. Orang ingat Cie sombong dan berlagak. Padahal memang muka jenis camtu. Tengah tidur senior kejut suruh bangun lepas tu marah. Tak bagi salam kena marah. Cie ingat lagi ayat seorang senior tu ‘eh awak ni selamber sangat’. Nampak je baik senior tu mulut dia kemain. Entah apa-apa entah. Masa kami senior dah tak buat macam tu kat junior. Takde gunanya buat macam tu. Kita nak belajar bukan nak marah anak orang. Dah la memasing jauh dengan family. Patut senior jaga adik-adik junior. Mengimbau kenangan masak duduk asrama.
Sampai HOSHAS 9.30 pagi. Cie ajak Kak Hanim ke cafe dulu sementara nak tunggu taklimat mula 10 pagi. Cie beli kuih puteri ayu RM3. Tapi lupa nak snap gambar. Duk teruja tengok macam-macam ada jual kat cafe HOSHAS tu. Cie belanja Kak Hanim kacang kuda RM4. Sedap juga kacang kudanya tu. Kuih puteri ayu pun sedap. Kami makan juga sandwich sardin yang Kak Hanim beli kat Lipis tu.
Hampir 10 pagi baru kami naik ke bilik seminar di aras 1. Masa kami masuk tu baru separuh dari wakil hospital-hospital negeri Pahang yang dah sampai. Semuanya dari jauh-jauh. Pahang ni luas dan jauh-jauh daerahnya. Selalunya kalau ada apa-apa program buat di Temerloh la sebab tengah-tengah.
Sebelum taklimat bermula sempat la masing-masing berborak bertukar-tukar cerita dan pendapat. Lama juga kami tak jumpa. Selalunya berjumpa waktu kursus, mesyuarat jela. Kawan dari Rompin siap bawak kek pisang coklat. Lelaki tapi pandai masak.
Cie pun sempat ambil swab dari HTAA. Swab untuk persampelan perkakasan dapur. Kami perlu hantar setiap tahun. Jabatan Dietetik dan Sajian HTAA la yang bertanggungjawab membeli semua swab.
Cie perlu hantar sample bulan 8 nanti. Pesan siap-siap dah pada pegawai HTAA untuk bawak swab tu semasa taklimat. Cie siap bawak beg susu masa menyusukan anak dulu. Mujur masih berguna lagi. Bawak ice pack siap-siap dah letak je dalam beg tu. Swab tu kena suhu sejuk untuk mengelakkan cepat rosak dan tak berfungsi so memang kena letak dalam cooler bag dan perlu ada ice pack.
Taklimat bermula selepas semuanya sampai. Sesi perbincangan tentang penghantaran ayam dari pembekal berjalan dengan lancar dan dapat selesai lebih awal dari waktu jangkaan. Semoga pembekal kali ni dapat berikan perkhidmatan yang terbaik.
Sejak Cie masuk kerja tender ayam ni under kementerian dipanggil kontrak pusat. Yang mana pihak KKM yang open tender untuk seluruh Malaysia. Selalunya syarikat yang sama la iaitu Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Sejak tamat kontrak pada bulan 12 tahun 2024, dah takde tender dibuka.
Bermula bulan Januari 2025 kami telah membuat pembelian terus jela sementara menunggu proses menyiapkan tender oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang selesai. Pihak KKM menurunkan kuasa kepada setiap negeri untuk membuat kontrak di peringkat negeri sahaja.
So bermula 1 Ogos 2025 nanti pembekal baru akan mula menghantar bekalan ayam ke seluruh negeri Pahang. Sebanyak 12 hospital kesemuanya.
Selepas sesi perbincangan dan taklimat selesai, Cie dan beberapa rakan sekerja dari hospital lain menuju ke cafe HOSHAS untuk lunch. Kami nak try makanan kat cafe tu tengok macam meriah semacam je.
Macam-mana menu ada. Nasi campur, nasi ayam, aneka mi, kuih muih, buah-buahan, air pelbagai jenis, kerepek, roti dan banyak la tak sempat nak snap semua gambar. Coffee stall pun ada, stall goreng-goreng pun ada maybe buka petang kot. Masa kami nak makan tu masih belum beroperasi.
Kami berempat je yang makan di cafe. Ada yang makan kat luar sebab mereka naik kenderaan sendiri. Kami naik kenderaan jabatan ni boleh la makan dulu. Dah siap baru call driver suruh pick up kat lobi.
Cie makan ikan keli salai masak lemak dan kangkung goreng RM9.50. Air tak beli minum air botol bawak sendiri je. Sambil makan kami berborak-borak perihal kerja, perihal macam-macam. Jarang dapat berjumpa. Bila ada apa-apa urusan kerja baru la dapat berjumpa. Bercakap berdepan lagi syok dari group whatsapp atau call.
Dah siap makan dan borak baru la kami semua call driver hospital masing-masing untuk pick up di lobi. Cie sempat beli kerepek bawang sebungkus RM10. Kak Hanim sempat tapau coffee dulu sebelum balik. Lambat betul barista tu buat. Driver dah sampai air belum siap. Cie masuk dulu dalam kereta takut driver pelik pulak call kata dah siap tapi tak muncul lagi.
Total berbelanja di cafe HOSHAS |
Gerak terus balik takde singgah mana-mana dah. Redah perjalanan 2 jam lagi. Naik bukit bukau lagi. Borak-borang bertiga sekejap je tengok-tengok eh dah sampai.
Cie sebenarnya nak jimat bateri handphone. Terlupa pulak pagi tu bawak powerbank. Dah siap charge tapi lupa nak masuk dalam beg. Tu yang kurang mengadap phone. Kononnya nak la update 1 entry blog. Cuma sempat blogwalking masa on the way ke Temerloh tu. Sampai rumah je dah tinggal 31% je bateri. Bateri iphone memang tak tahan. Guna banyak sikit je siap laju mengalir.
Sampai je hospital Cie whatsapp husband suruh ambil kat jabatan Cie je. Cie nak singgah kejap simpan swab dalam chiller. Tak masuk kerja dah selepas travel jauh. Terus balik rumah je. Balik rumah pun ice latte Cie masih ada lagi. Kalau beli coffee kat cafe HOSHAS bertambah cerah la mata Cie. Mujur minum ice latte 7E tu malam tadi Cie boleh je tidur. Selalunya tak boleh tidur.
Tumblr ni la Cie suruh adik cashier letak ice latte dalam ni |
Pukul 4.20 petang Cie ikut husband ambil kakak Raisha balik ada KKQ habis 4.30 petang. Dia takde KOKO tapi ada KKQ. Adik Rania pulak ada KOKO balik 5 petang. Lepas ambil kakak Raisha kena ambil adik Rania pulak. Macam-macam cerita anak-anak bila nampak ibu dah balik. Anak-anak lebih rapat dengan Cie. Kalau Cie kena pergi mana-mana mesti anak-anak rasa tak best ibu takde.
oo Orang Pahanag, teringat anak dahulu postig Parmasi di Kuantan Pahang..sekarang dah pindah ke Sabah..Pernah jalan-jalan pandu kereta di kuantan pahang,tak lupa pakcik hidang kami Cendul Pult kah namanya di kedai makan dia..lepasbtu nasi berempah ..sedap sekali
BalasPadamJauh juga perjalanan tu 2jam. Begitulah kalau company syarikat kan. Selagi boleh guna. Harap dapatlah tukar baru, baru selesa untuk perjalanan jauh. Boleh juga ek guna tumbler sendiri untuk beli air kopi di 7E. Okay juga macam tu.
BalasPadamLega urusan kerja dah selesai.
Jauh perjalanan tu, balik hari plak tu.. kalau bermalam boleh claim dah... hehehe
BalasPadamuishh Cie pernah redah banjir ye? kalo Ana ni tak berani sgt nak redah banjir hehehe
BalasPadamBest jgk kdg2 keje luar kwsn mcm ni kan..Tp perjalanan tu mcm dr KL ke perak =D
BalasPadamsampai skrg budaya senioriti tu ada, sepatutnya dah kena hapuskan.....meriah betul makanan....syok dapat outstation...
BalasPadammurah tu harga makanan...dekat selayang nie...kalau ikan keli dah 6-7 ringgit sekor...ikan premium katanya...aigooo.. hahaha..
BalasPadamlipis ni byk kenangan la...sbb bekas abang ipar MZ org lipis..MZ selalu ikut kakak MZ pergi rumah famili abg ipar tu...now dh jd kenangan sbb kakak diceraikan dan abg ipar kawin lain (penyondol)...
BalasPadamNampak macam jauh perjalanan siap redah banjir...ibu ayah kalau xde anak2 mesti akan rasa x best
BalasPadambila kena ke luar kawasan... mcm tu laa cabarannya....
BalasPadam2 jam tu mcm drive dr KL - muar pun ada juga tu... kalau x jammed laaa
Bagus lah kakak tak melanjutkan tradisi masa2 penyambutan anak baru yg suka dimarahi tak jelas. Kami sebutnya masa2 Ospek. Senior seenaknya terhadap junior. Saya pun tak suka.
BalasPadamWaah terbayang kalo harus melewati banjir. Pasti kuatir mesin mobil akan mati kalo nekad kan. Syukurlah tidak ya.