Semalam untuk dinner Cie tak masak sebabnya segala haiwan dalam freezer tu dah habis. Punya la rajin masak minggu lepas setiap hari. Hihi. Husband tanya nak bungkus makanan ke? Anak-anak cakap nak makan luar. So kita ikut jela request by anak-anak.
Malam semalam kami sekeluarga memilih untuk keluar makan di Abe Joe Cafe. Dah lama sebenarnya anak-anak ajak makan kat situ. Last makan situ masa anak-anak kecil lagi. Punya la lama. Cie ada jugak datang tak ingat tahun bila dengan geng kerja dari hospital lain kebetulan lepas prepare untuk kursus kat hospital Cie join mereka makan.
Bila sampai saja di Abe Jo Cafe, kami mencari tempat untuk duduk. Kami datang selepas Maghrib jadinya kedai masih banyak ruang kosong. Anak-anak ajak duduk di bahagian dalam. Bahagian dalam tu kerusi seperti kat food court yang jenis besi tu. Bahagian luar kerusi dan meja plastik. Ada juga meja simen. Sesuai la yang nak duduk makan santai.
Menu Pilihan Kami Malam Tadi
Seperti biasa, setiap orang dalam keluarga ada selera masing-masing.
1. Nasi Goreng Thai dan Epal Ais (Pilihan Cie)
Belek-belek senarai menu taktau nak order apa. Order jela Nasi Goreng Thai. Sampai je nasi goreng di atasnya dah siap ada hirisan telur dadar. Mujur tak order telur dadar. Dalamnya ada daun kucai, cili merah, isi ayam, carrot. Jauh dari tanggapan Cie yang Nasi Goreng Thai mesti macam ada daun limau ke apa. Nasi goreng tak pedas. Husband ada minta cili potong so Cie makan cili potong baru ada pedas-pedas. Cie makan tak habis jadinya husband tolong habiskan.
Untuk minuman, Cie pilih epal ais. Airnya macam terasa pahit sikit mungkin dikisar sekali kulit tapi sejuk boleh la untuk menyejukkan tekak selepas menikmati nasi goreng.
2. Bihun Goreng, Telur Dadar dan Lemon Suam (Pilihan Husband)
Husband pula memilih bihun goreng. Hidangan ini dihidangkan bersama sayur dan ayam. Apa yang menarik, bihunnya tidak terlalu berminyak dan rasa kicapnya seimbang.
Telur dadar yang dipesan sebagai tambahan. Memang sesuai dimakan bersama bihun. Untuk minuman, suami memilih lemon suam pilihan tepat untuk mencuci mulut dan membantu rasa lebih segar selepas makan.
3. Nasi Goreng Seafood (Kakak Raisha dan Adik Rania)
Kakak Raisha dan adik Rania berkongsi satu hidangan nasi goreng seafood. Hidangan ini memang meriah ada udang, sotong dan sayuran yang dimasak sempurna. Rasanya sedikit berbeza dengan nasi goreng Thai Cie kerana ada aroma udang yang lebih kuat. Adik Rania baru baik demam takde selera lagi nak makan tu yang share je 2 beradik.
4. Minuman Pilihan Anak-Anak
Kakak Raisha memilih teh O ais – rasa teh pekat dengan kemanisan sederhana.
Adik Rania memilih orange juice – manis masam segar yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang baru baik demam.
Suasana dan Layanan di Abe Joe Cafe
Salah satu sebab Cie suka datang ke Abe Joe Cafe adalah layanan pantas stafnya. Kami tidak perlu menunggu lama untuk pelayan mengambil order dan makanan sampai walaupun malam itu agak ramai pelanggan. Staf nya juga mesra pelanggan.
Selain itu, kebersihan cafe juga terjaga. Meja dibersihkan segera selepas pelanggan pergi dan lantai sentiasa kemas. Walaupun cafe ini tidak mempunyai hiasan mewah, susun atur dan pencahayaan yang selesa sudah cukup membuatkan pengalaman makan di sini berbaloi.
Harga Berpatutan dan Portion Mengenyangkan
Bagi Cie harga makanan di Abe Joe Cafe ini sangat berpatutan. Dengan portion yang besar dan rasa yang sedap, memang berbaloi. Sebagai contoh, nasi goreng Thai yang Cie pesan cukup untuk mengenyangkan seorang dewasa.
Kenapa Berbaloi Makan di Abe Joe Cafe
- Rasa makanan yang konsisten – Setiap hidangan dimasak dengan penuh rasa.
- Portion besar – Sesuai untuk yang suka makan puas.
- Harga mesra poket – Tidak membebankan walaupun datang bersama keluarga.
- Suasana selesa – Sempoi tapi tetap menarik.
- Layanan pantas – Tidak perlu tunggu lama walaupun pelanggan ramai.
Tempat Makan Malam Keluarga yang Best di Kuala Lipis
Secara keseluruhannya, pengalaman makan malam di Abe Joe Cafe memang memuaskan hati kami sekeluarga. Makanan sedap, minuman segar, layanan pantas dan suasana yang santai membuatkan kami rasa ingin datang lagi.
Kalau anda mencari tempat makan malam yang sesuai di Kuala Lipis untuk keluarga atau bersama kawan-kawan, Abe Joe Cafe memang berbaloi untuk dicuba.
1 Ulasan
Kiranya dah juadah special tu dek..semua naik selera ..alhamdulillah syukur nikmat makanan di Malaysia semua ada ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.