Sarapan pagi adalah waktu yang paling penting untuk memulakan hari dengan penuh tenaga. Bagi Cie dan keluarga, saat sarapan juga jadi ruang berkumpul sebelum masing-masing dengan aktiviti sendiri. Pagi tadi, kami memilih untuk bersarapan di Kopi Stesen, sebuah kedai makan yang semakin dikenali kerana suasana ala kedai kopi zaman dulu.
Seawal pagi, suasana Kopi Stesen sudah dipenuhi pelanggan. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang untuk lepak dengan kawan, malah ada juga yang duduk seorang diri sambil menikmati kopi panas. Bau harum roti bakar dan kopi yang menyambut dari pintu masuk terus menaikkan selera.
Menu Sarapan Keluarga
Setiap daripada kami memilih menu kegemaran sendiri.
Nasi Lemak Telur Mata
Husband dan adik Rania memilih nasi lemak telur mata. Asalnya kakak Raisha dan adik Rania nak nasi lemak ayam tapi pelayan kata ayam baru tengah nak proses maybe dah habis agaknya sebab tengok meja sebelum kami tu ada dapat ayam. Kakak Raisha cancel nasi lemak.
Hidangan klasik ini lengkap dengan sambal pedas serta ada rasa masam asam jawa, telur rebus, ikan bilis rangup, kacang tanah, hirisan timun dan telur mata dengan kuning yang masih cair. Gabungan rasa memang menepati selera.
Bubur Nasi Berlauk
Cie pula memilih bubur nasi. Teksturnya lembut dan cukup rasa, ditambah dengan isi ayam, hirisan daun bawang, ikan bilis goreng, lada sulah, telur masindan ada rasa lobak masin. Sesuai untuk pilihan sarapan yang ringan tetapi tetap mengenyangkan.
Roti Bakar dah Telur Separuh Masak
Kakak Raisha pula memilih menu ringkas roti bakar dengan telur separuh masak. Roti bakar garing di luar dan lembut di dalam, dicicah bersama telur separuh masak yang berkrim, memang kombinasi klasik yang tak lapuk dek zaman.
Pilihan Minuman
Untuk minuman, kami pilih mengikut citarasa masing-masing:
- Cie memilih kopi O ais, pekat, pahit dan menyegarkan.
- Kakak Raisha dan adik Rania sama-sama pesan teh O ais, rasanya sederhana dan tidak terlalu manis.
- Husband pula tidak lepaskan peluang dengan pilihan teh tarik panas. Buihnya cantik, manisnya seimbang, cukup padu sebagai minuman pembuka hari. Disertakan sekali roti kering untuk dicicah.
Suasana di Kopi Stesen
Salah satu sebab Kopi Stesen jadi tarikan pelanggan ialah suasananya. Dekorasi ringkas dengan meja kayu, lampu yang memberi cahaya semula jadi dan ruang yang selesa menjadikan kedai ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Tambahan pula suasana kedai ni ala kedai kopi zaman dulu. Dapat la memberi rasa dan suasana zaman 80an dulu walaupun baru lahir je masa tu.
Walaupun ramai pelanggan, servis tetap pantas. Pelayan mudah senyum dan mesra, memudahkan pelanggan membuat pesanan.
Harga yang Berbaloi
Kalau dibandingkan dengan kafe moden atau kedai kopi hipster, harga menu di Kopi Stesen agak berpatutan. Nasi lemak, bubur nasi, roti bakar, telur separuh masak dan minuman masih dalam kategori berpatutan.
Review Google dan Red Bull Percuma
Cie tadi duduk betul-betul sebelah kaunter jadinya terpandang la ada iklan di atas kaunter tu. Dengan setiap review di google mereka akan hadiahkan air red bull percuma.
Selepas selesai sarapan, Cie luangkan masa untuk tulis review di Google. Cie tulis review ringkas je.
Promosi ini bukan saja menarik, malah buat pelanggan rasa lebih dihargai. Ia juga menggalakkan lebih ramai orang berkongsi pengalaman mereka supaya Kopi Stesen terus dikenali ramai.
Sebelum ni Cie dah banyak kali share tentang Kopi Stesen ni kat blog. Pernah la sekali tu owner kedai cakap ‘oh ni la reviewer kita’. Cie sengih-sengih jela. Hihi.
Kenapa Berbaloi Sarapan di Kopi Stesen
Bagi Cie, ada beberapa sebab kenapa pengalaman sarapan di Kopi Stesen berbaloi dan patut dicuba:
- Pilihan menu – dari nasi lemak hingga bubur nasi, roti bakar dan telur separuh masak.
- Minuman sedap – kopi O, teh tarik, teh O, semuanya menepati selera pelanggan.
- Suasana mesra – sesuai untuk lepak santai bersama keluarga atau kawan-kawan.
- Servis pantas – walaupun ramai pelanggan, makanan tetap sampai cepat.
- Harga berpatutan – tidak membebankan dan sesuai untuk semua golongan.
- Ganjaran menarik – review Google berbaloi kerana diberi Red Bull percuma.
Tempat Sarapan Mesra Keluarga
Secara keseluruhan, pengalaman sarapan pagi di Kopi Stesen bersama keluarga memberi satu kenangan yang menyenangkan. Dari makanan yang sedap, suasana yang santai, layanan mesra staf, hinggalah kejutan manis berupa Red Bull percuma kerana tulis review Google, semuanya membuatkan kunjungan kami lebih bermakna.
Kalau anda sedang mencari tempat sarapan yang sedap di Kuala Lipis, selesa, harga berpatutan dan mesra keluarga, Kopi Stesen memang pilihan yang berbaloi untuk dicuba.
2 Ulasan
Seronok dapat berkumpul satu keluarga sarapan bersama. Kalau hari cuti, kita lebih senang dirumah saja. Malas nak keluar pagi-pagi.
BalasPadamSaya nak bubur nasi berlauk!
BalasPadamSedapnya Cie.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.