Balik sekolah tengahari semalam dah dia monyok je macam tak larat. Biasa kalau nampak ibu ambil balik sekolah dah senyum. Ni masam je muka. Dia kata penat. Tapi sebelah petang tu boleh jela pergi kelas KAFA.
Balik dari KAFA tu dia terus ke dapur Cie tengah masak masa tu. Dia cakap dia demam, batuk. Cie rasa kepala takdela panas sangat. Cie suruh mandi je dulu bagi sejuk badan. Lepas siap mandi Cie suruh rehat je dulu. Check suhu 37c.
Waktu dinner tu tak selera makan sikit je. Terkuis-kuis nak menyuap nasi tu. Demam betul la tu tak larat nak makan. Tapi tu la takdela panas badan. Bangun pagi tadi suam-suam je kepala. Takpela rehat jela hari ni tak payah sekolah. Cie pun bagitau bos nak cuti.
Pagi tu dia duk main handphone je Cie suruh la siapkan kerja KAFA. Sihat je dah pun. Sebelah petang pergi la kelas KAFA. Tu kami cakap kat dia demam tipu je. Hahaha. Demam cuma suhu tak panas sangat. Anak-anak Cie pulak jenis demam memang tak lama biasa sehari je lepas tu dah ok.
5.30 adik Rania balik KAFA, Cie ajak pergi ke 7E Cafe. Selaku duta kan kena la hari-hari pergi. Hahaha. Sebenarnya kelaparan. Ajak la anak-anak minum petang di 7E Cafe. Cie beli aiskrim, roti dan ice caramel latte. Banyak dah makanan kat hot display counter tu. Cawangan dekat rumah Cie ni baru je dibuka. Sebab tu la Cie rajin menyinggah.
Sebelum ni latte tu ada ice latte je. Lepas tu baru ada ice latte gula aren, tadi pulak dah ada ice caramel latte kegemaran Cie. Walaupun dah petang balun jela minum. Paling-paling pun kang berjaga malam je boleh la mengadap blog. Esok pun cuti takpela tidur lewat pun.
Ais krim pulak yang ada katanya coklat je. Boleh jela buat sejukkan tekak. Makan la kami 3 beranak dalam 7E Cafe tu. Dah habis ais krim baru gerak balik. Takde orang pun tadi duduk melepak situ kami je.
Roti tu Cie beli roti cheese 7E dan anak-anak beli roti Mighty White. Roti baru katanya sedap. Cie tak pernah cuba lagi. Ada beberapa perisa juga roti tu. Anak-anak Cie suka perisa pandan.
Plan asalnya Cie nak guna voucher sandwich beli 6 percuma 1 tapinya tadi takde pulak sandwich favourite kani tu. Ada yang lain je. So tak jadi la nak beli. Ingatkan boleh la buat sarapan esok pagi. Total membeli tadi RM22.60.
Tadi jenguk-jenguk jugak makanan lain tapi takde yang berkenan di hati. Tu jela yang kami beli. Balik rumah lepak luar rumah makan roti sambil mengopi. Malas betul nak brisk walk sekarang ni. Walking pad tu pun dah lama rasanya tak naik. Tu la semangat kejap luntur kejap membara ni susah jugak. Ternak lemak jela sentiasa membara. Hahaha.
Petang tadi tak masak. Takde lauk dah dalam fridge tu. Anak-anak ajak makan luar je malam ni. Mulanya tadi husband nak tapau je lepas dia balik kerja. Anak-anak ajak keluar malam ni. Maka nya keluar la lepas Maghrib mencari makan. Kita layankan jela anak-anak punya pilihan.
Kang kita cerita kat entry lain pulak menu dinner malam ni. Begitulah demi nak memenuhkan blog post. Kadang-kadang menu makan jela kita share kalau takde idea nak menulis apa.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.