Balik sekolah tengahari semalam dah dia monyok je macam tak larat. Biasa kalau nampak ibu ambil balik sekolah dah senyum. Ni masam je muka. Dia kata penat. Tapi sebelah petang tu boleh jela pergi kelas KAFA.
Balik dari KAFA tu dia terus ke dapur Cie tengah masak masa tu. Dia cakap dia demam, batuk. Cie rasa kepala takdela panas sangat. Cie suruh mandi je dulu bagi sejuk badan. Lepas siap mandi Cie suruh rehat je dulu. Check suhu 37c.
Waktu dinner tu tak selera makan sikit je. Terkuis-kuis nak menyuap nasi tu. Demam betul la tu tak larat nak makan. Tapi tu la takdela panas badan. Bangun pagi tadi suam-suam je kepala. Takpela rehat jela hari ni tak payah sekolah. Cie pun bagitau bos nak cuti.
Pagi tu dia duk main handphone je Cie suruh la siapkan kerja KAFA. Sihat je dah pun. Sebelah petang pergi la kelas KAFA. Tu kami cakap kat dia demam tipu je. Hahaha. Demam cuma suhu tak panas sangat. Anak-anak Cie pulak jenis demam memang tak lama biasa sehari je lepas tu dah ok.
5.30 adik Rania balik KAFA, Cie ajak pergi ke 7E Cafe. Selaku duta kan kena la hari-hari pergi. Hahaha. Sebenarnya kelaparan. Ajak la anak-anak minum petang di 7E Cafe. Cie beli aiskrim, roti dan ice caramel latte. Banyak dah makanan kat hot display counter tu. Cawangan dekat rumah Cie ni baru je dibuka. Sebab tu la Cie rajin menyinggah.
Sebelum ni latte tu ada ice latte je. Lepas tu baru ada ice latte gula aren, tadi pulak dah ada ice caramel latte kegemaran Cie. Walaupun dah petang balun jela minum. Paling-paling pun kang berjaga malam je boleh la mengadap blog. Esok pun cuti takpela tidur lewat pun.
Ais krim pulak yang ada katanya coklat je. Boleh jela buat sejukkan tekak. Makan la kami 3 beranak dalam 7E Cafe tu. Dah habis ais krim baru gerak balik. Takde orang pun tadi duduk melepak situ kami je.
Roti tu Cie beli roti cheese 7E dan anak-anak beli roti Mighty White. Roti baru katanya sedap. Cie tak pernah cuba lagi. Ada beberapa perisa juga roti tu. Anak-anak Cie suka perisa pandan.
Plan asalnya Cie nak guna voucher sandwich beli 6 percuma 1 tapinya tadi takde pulak sandwich favourite kani tu. Ada yang lain je. So tak jadi la nak beli. Ingatkan boleh la buat sarapan esok pagi. Total membeli tadi RM22.60.
Tadi jenguk-jenguk jugak makanan lain tapi takde yang berkenan di hati. Tu jela yang kami beli. Balik rumah lepak luar rumah makan roti sambil mengopi. Malas betul nak brisk walk sekarang ni. Walking pad tu pun dah lama rasanya tak naik. Tu la semangat kejap luntur kejap membara ni susah jugak. Ternak lemak jela sentiasa membara. Hahaha.
Petang tadi tak masak. Takde lauk dah dalam fridge tu. Anak-anak ajak makan luar je malam ni. Mulanya tadi husband nak tapau je lepas dia balik kerja. Anak-anak ajak keluar malam ni. Maka nya keluar la lepas Maghrib mencari makan. Kita layankan jela anak-anak punya pilihan.
Kang kita cerita kat entry lain pulak menu dinner malam ni. Begitulah demi nak memenuhkan blog post. Kadang-kadang menu makan jela kita share kalau takde idea nak menulis apa.
17 Ulasan
Alhamdulillah Adik Rania dah sembuh.
BalasPadamKat area rumah sy (Msia) ada 7E, tapi tak perasan dlm tu ada Cafe ke tak. Nampak CE crita ni mcm teringin pulak nak pegi tapi nanti bila blk sana, mood dah bertukar sbb byk sgt pilihan restoran kat sekelilingnya. 😅
Kalau 7E Cafe akan ada tulis kat signboard tu Cafe. Kalau 7E biasa takde tulis cafe.
PadamBagus jugak Cie share cerita makan di 7E ni, sebab akak tak tau pun 7E ada kafe. Jarang masuk, kat area sini tak ada 7E.
BalasPadamSekarang kebanyakkan 7E mereka dah upgrade kepada cafe.
PadamBahagiakan anak-anak..mereka anugera yang hebat, berbelanja untuk akank tak apa...
BalasPadamAlhamdulillah
PadamSedap
BalasPadam😁
PadamSeronoknya dapat kumpul bersama anak-beranak. Meriah.
BalasPadamSaya pula rasa rindu anak-anak yang jauh.
Girls day out. Hihi
Padam7E cafe tu memenuhi kehendak pelanggan yang nak cepat dan ringkas. Tak perlu tunggu lama.
BalasPadamYe betul tak perlu menunggu lama.
Padamsemalam pi 7E, tapi x menarik...tengok- tengok jugak la apa yg ada..harga bleh tahan ye pricey...
BalasPadamKalau 7E biasa takde apa sangat. Ready to eat food di 7E Cafe. Bagi Cie harga ok je makanan2 RTE yang Cie pernah beli.
PadamSelaku duta kenalah pergi hari-hari ek. Hihi...Dah banyak pilihan air, dapatlah bertukar-tukar menu air kopinya lepas ni. Tak perasan pulak roti mighty white yang baru tu. Mungkin sebab jarang nak membelek roti mighty white ni. Seronoklah dapat spend masa bersama.
BalasPadamMujurlah adik Rania tak demam. Boleh pulak demam tipu ye. Mungkin sebab cuaca atau penat sangat tu kot sampai tak larat tak ada mood.
Menu makan pun bisa buat idea juga untuk pembaca kak 😉. Saya nih suka bingung nak buat menu. Kadang terbantu sangat kalo baca tulisan teman2.
BalasPadamENAAAAK lah kalo dekat dengan rumah gini. Bisa datang sering2. Rumah saya agak jauh dari Minimart. Itu yg buat malas kadang 😅
kalau kat tmpt sy ni cafe 7E dia mmg boleh menggoncang wallet... sbb dkt dgn HQ 7E...so lagi byk brg nya smpi berpinar nak pilih hahahha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.