Cie pun guna la alasan tu untuk check in 1 malam lagi kat Kuantan. Hihi. Mula la misi pencarian hotel untuk check in 1 malam lagi so kami menginap di Rocana Hotel Kuantan. Lepas check in di Rocana Hotel, dah mandi dan solat baru la kami teruskan misi mencari uniform KRS.
Cie google dan jumpa la kedai yang berdekatan dengan Rocana Hotel tu. Sampai je situ kakak Raisha dah try uniform takde size pulak. Kainnya agak tebal dan harganya Cie sempat tengok dalam RM60+ untuk baju sahaja. Dah takde size tu cari la kedai lain pulak di google juga dan jumpa la kat Jalan Beserah.
KTN REX TRADING SDN BHD
Masuk je kedai Cie tengok macam-macam jenis uniform dan kelengkapan ada di kedai tu. Cie minta pada pekerja kedai nak uniform KRS sekolah menengah. Dia pun bagi uniform untuk kakak Raisha cuba. 3 size jugak cuba dan baru la jumpa yang sesuai dengan kakak Raisha.
Beli sepasang baju, seluar serta tudung. Pekerja kedai tu tanya nak aksesori sekali tak. Cie kata boleh la sekali aksesori senang lengkap terus uniform tu. Mudah kat situ aksesori diletakkan dalam 1 plastik dah. Kita tak payah pening fikir nak ambil yang mana. Terus ambil 1 peket tu.
Kat situ ada service jahit lencana jugak. Tapinya kena tinggal 2-3 hari katanya. Jadinya tak jahit la. Nanti hantar kat kedai di Lipis je untuk jahit. Cie boleh je jahit tangan tapi hantar kedai jela. Ada juga pin untuk lencana dan pada kolar baju. Yang kena jahit tu di bahagian lengan je.
HARGA UNIFORM KRS DAN AKSESORI
- Harga baju uniform KRS: RM45.90
- Seluar uniform KRS: RM49.90
- Tudung KRS: RM23.50
- Aksesori KRS: RM28.50
Total semua sekali RM147.80. Makan modal jugak. Kakak Raisha kata kat Lipis lagi mahal kawan dia beli uniform polis RM200-300 jugak sepasang. Terfikir jugak la kalau yang tak berkemampuan tu macam mana la kan. Kena menabung la agaknya nak beli uniform anak-anak.
RASMIKAN BAJU UNIFORM BARU
22 September hari tu kakak Raisha pakai dah uniform tu tanpa lencana kat lengan tu. Tak sempat nak hantar ke kedai. Tengok la bila-bila free nanti boleh la hantar ke kedai untuk jahit.
4 Ulasan
Bagusnya kedai ni, macam-macam uniform ada dijual. Lengkap semuanya.
BalasPadamsenang jual set lengkap. tak payah tercari cari kan cie
BalasPadamCukup segala kelengkapan. Orang sana senang ni, boleh beli dan minta servis jahit terus.
BalasPadamTeringat la dulu cari uniform Pandu Puteri untuk Dania. Kadang aksesorinya habis pula. Kena cari kedai lain.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.