Giveaway Anniversary ke-14: Ucapan Paling Kreatif!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog Cie.

Hari ini 2 September 2025 adalah hari yang sangat istimewa buat Cie kerana genap 14 tahun Cie dan husband Faiz melayari bahtera rumah tangga sejak bernikah pada 2 September 2011.

Alhamdulillah, perjalanan ini penuh warna-warni. Dari berdua, kini Allah kurniakan kami dengan dua orang puteri manis yang kini berumur 11 dan 13 tahun. Mereka inilah penyeri rumah tangga, pengubat penat lelah dan penguat semangat dalam kehidupan seharian.

Setiap kali anniversary, Cie akan kenang balik perjalanan hidup yang penuh suka duka. Ada masa susah, ada masa senang, tapi dengan doa dan kasih sayang, kami mampu laluinya bersama. Tahun ini, Cie nak kongsikan rasa syukur ini dengan anda semua melalui Giveaway Anniversary Ke-14!

Poster Giveaway Anniversary ke-14 Blog Roziah Muhammad Nor – Contest Ucapan Paling Kreatif



Apa Yang Menarik?

Hadiah akan diberikan kepada seorang pemenang yang berjaya menambat hati Cie dengan ucapan anniversary paling kreatif di ruangan komen artikel ini. Kreatif tu tak semestinya panjang atau jiwang. Boleh romantis, puitis, kelakar atau doa yang indah. Asalkan dapat menambat hati Cie dan Faiz apabila membaca ucapan itu dan ianya mestilah ikhlas dari hati.


Cara Penyertaan

Cara nak sertai Giveaway Anniversary ni mudah je. Korang ikut je step kat bawah ni. Yang pasti korang mestilah followers blog Cie. Kalau belum follow, tekan follow dulu ok!

  • Tinggalkan ucapan anniversary paling kreatif di ruangan komen artikel ini.
  • Satu komen sahaja dibenarkan untuk setiap peserta.
  • Pastikan komen dihantar sebelum tarikh tutup.


Tarikh Penting

  • Mula giveaway: 2 September 2025 8.00 malam
  • Tarikh tutup: 23 September 2025 11.59 malam
  • Umum pemenang: 24 September 2025

Ada masa lebih kurang 3 minggu untuk korang mengarang ucapan yang kreatif dan inovatif.


Macam Mana Nak Menang?

Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti ucapan yang berjaya buat Cie dan Faiz tersenyum, ketawa atau terharu bila membacanya. Bukan pasal panjang atau pendek ucapan, tapi keikhlasan dan cara penyampaian tu yang paling penting.

Pemenang bertuah akan diumumkan di blog ini pada 24 September 2025. Jadi, jangan lupa singgah semula ya!


Jom Meriahkan Giveaway!

Anniversary bukan sekadar tarikh untuk diraikan, tapi juga saat untuk hargai perjalanan hidup bersama orang tersayang. Daripada pasangan baru berkahwin, kini kami lengkap dengan dua orang puteri yang jadi pengikat kasih sayang kami.

Jadi, Cie nak ajak semua pembaca blog untuk turut serta dalam giveaway ini. Siapa tahu, mungkin ucapan kreatif anda yang akan jadi pemenang bertuah kali ini.

Jangan tunggu lama-lama. Jom serikan ruangan komen dengan ucapan paling kreatif anda sekarang!


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Yang nie memang bukan Linda lah...hihi..tak reti bab² mengarang nie...

    Happy anniversary buat Cie dan suami,semoga tua bersama..dapat lah mengusik macam² lagi, cukup tahun boleh bermaafan..🤭🤭

    BalasPadam
  2. Wah ada giveaway...nanti akak cari ayat best2 dulu lepas tu akak join ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa nak wish..Happy Anniversary Cie dan husband ..semoga kekal bahagia hingga ke jannah ..amin..

      Padam
  3. Selamat ulang tahun ke 14 buat Cie dan suami. Kak ana doakan semoga bahtera mahligai Cie dan suami kekal bahagia walaupun badai dan ujian pasti akan hadir jua. Ingat CIE ingat - CINTA , IMPIAN dan EMOSI akan sentiasa hadir dalah pelayaran menuju destinasi abadi.. Aamiin ..

    BalasPadam
  4. Saya dah lama follow blog Cie. Saya join, ye.

    Masdo, Amore dan Minami,
    Aminah, Lily dan Senah,
    Happy anniversary buat Cie dan suami,
    Semoga bahagia hingga ke jannah.

    Pergi ke kedai, kedai pula tutup,
    Hilang cincin emas, beli cincin suasa,
    Dua puteri penyeri hidup,
    Semoga harmoni dan bahagia sentiasa.

    Bosan naik LRT, naik pula kereta,
    Bawa anak isteri, tok dan moyang,
    Bergaduh berbincang sesama kita,
    Yang penting hidup dengan kasih sayang.

    Rancang perjalanan semasa cuti,
    Balik kampung atau pergi berkelah,
    Tolak ansur dan hormat menghormati,
    Ikhlas menyintai kerana Allah.

    Pergi Vet, hantar anak bulu,
    Teringin pizza, pergi pula Pizza Hut,
    Semoga kalian berbahagia selalu,
    Murah rejeki, dirahmati Allah dan sihat.

    Sekian, mekasih. 😁

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.