Makan Tengahari di Dapur Mama, Putra Square Kuantan

Selepas check out dari Rocana Hotel Kuantan 21 September hari tu kami terus mencari kedai untuk lunch sebelum gerak balik Lipis. Kami tak ambil sarapan pagi di hotel jadinya selepas check out pukul 11 pagi tu terus cari kedai makan.

Tanya anak-anak nak makan apa jawapan taktau. Selalunya ibu la buat keputusan. Faiz ada juga mencadangkan ke kedai Alex pemain bola Pahang satu masa dulu tu. Entah kedai makanan apa Cie tak pasti. Cie taknak makan nasi campur. Tiba-tiba muncul idea makan Nasi Kukus Dapur Mama jela.

Dapur mama putra square

Kisahnya masa check in di Sri Manja Hotel Bandar Indera Mahkota Cie dah nampak cawangan Nasi Kukus Dapur Mama sebaris hotel. Pernah dah makan di cawangan situ dulu. Lepas tu masa cari uniform KRS kakak Raisha sekali lagi nampak cawangan Dapur Mama tu di Putra Square. Dah 2 kali hint kan so cargas Cie ajak Faiz ke situ je dah dekat dari Hotel Rocana tu.


Cadangan ibu jarang la anak-anak dan bapaknya reject. Kuasa veto di tangan ibu. Hahaha. Ibu ni susah sikit bab makan. Kalau rasa tak best tu memang taknak la. Anak-anak dan bapaknya follow je tak banyak kerenah tempat makan.

Penulis bersama anak-anak di dapur mama putra square

Sampai je Nasi Kukus Dapur Mama cawangan Putra Square kedai masih kosong hanya ada 1 meja je yang ada pelanggan. Cara pesanan di situ adalah layan diri. Buat pesanan di kaunter dan nanti ambil makanan pun di kaunter. Sama macam konsep di fast food restaurant.

Cawangan Nasi Kukus Dapur Mama ni ada banyak jugak di Kuantan. Boleh google je nanti akan keluar.

Menu set makanan di dapur mama putra square

Menu di dapur mama putra square kuantan

Antara makanan yang kami order adalah:
  • Nasi kukus ayam berempah 3 set regular untuk Cie dan anak-anak. Kalau beli set dapat air sekali. Ada beberapa pilhan air dalam set tu cuma boleh tukar air kalau nak air lain dengan bayaran untuk upgrade. Anak-anak ambil sirap, Cie je tukar mango.
  • Nasi kukus daging kerutuk set special pilihan Faiz. Ada nenas dan telur masin sekali set yang tu. Air juga ada sekali. Faiz pilih teh o panas.
  • Cie tambah telur masin. Sebab dalam set regular tiada telur masin. Cie tak makan nenas tu yang tak ambil set special.

Makanan dan minuman di dapur mama putra square kuantan

Nasi kukus ayam berempah di dapur mama putra square kuantan

Nasi kukus ayam kerutuk di dapur mama putra square kuantan

Jumlah bayaran semua sekali RM60.50. Masa order tu cashier akan tanya nak kuah asing tak. Cie pilih kuah asing so mereka akan letak dalam mangkuk lain untuk kuah dan sambal.

Resit belian di dapur mama putra square kuantan

Masing-masing makan dengan penuh selera sebabnya pagi tak sarapan. Anak-anak jela makan kek dan makanan goodies yang Toksu mereka bagi tu. Cie dan Faiz memang tak makan langsung kira macam buat IF la. 

Selesai makan bungkusan nasi tu ikat semula dengan getah dan boleh la buang ke dalam tong yang disediakan. Siap makan kami pun bergerak untuk balik ke Lipis. Sebelum balik singgah beli keropok dulu. Nanti entry terakhir Kuantan Cie akan ceritakan beli keropok di mana.

Kertas bungkus makanan dapur mana putra square

Berpeluh nak habiskan semua entry Kuantan. Berderet entry lain beratur nak di publish. Cie selalunya schedule post so senang la bila time busy takdan mengarang tu ada back up posting. Takdela lompong posting dan target 1 hari 1 post tu tercapai.

Hari bekerja takdan nak kejar sebelah malam je ada masa nak mengadap blog. Nak blogwalking lagi, nak mengarang entry lagi. Tu yang selalunya Cie akan schedule siap-siap. Supaya hari bekerja Cie sebelah malam Cie boleh blogwalking dan balas komen-komen, hari hujung minggu Cie pulun mengarang posting blog.

Begitulah cara Cie manage blog Cie buat masa sekarang. Terima kasih buat anda yang rajin singgah ke blog Cie dan sudi meninggalkan jejak.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. banyak idea hendak menulis, bersusun schedule.
    meanwhile syasya...selalu takde idea maka senyap la bloghijo tu.

    BalasPadam
  2. Nasi Kukus Dapur Mama ni sedap bagi kami, ada kawan datang Kuantan untuk makan Nasi Kukus Dapur Mama ni.

    BalasPadam
  3. Saya suka juga nasi kukus. Tengok menu dia, bukan setakat ayam berempah, lauk lain pun ada. Baguslah, ada banyak pilihan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.