Tanya anak-anak nak makan apa jawapan taktau. Selalunya ibu la buat keputusan. Faiz ada juga mencadangkan ke kedai Alex pemain bola Pahang satu masa dulu tu. Entah kedai makanan apa Cie tak pasti. Cie taknak makan nasi campur. Tiba-tiba muncul idea makan Nasi Kukus Dapur Mama jela.
Kisahnya masa check in di Sri Manja Hotel Bandar Indera Mahkota Cie dah nampak cawangan Nasi Kukus Dapur Mama sebaris hotel. Pernah dah makan di cawangan situ dulu. Lepas tu masa cari uniform KRS kakak Raisha sekali lagi nampak cawangan Dapur Mama tu di Putra Square. Dah 2 kali hint kan so cargas Cie ajak Faiz ke situ je dah dekat dari Hotel Rocana tu.
Cadangan ibu jarang la anak-anak dan bapaknya reject. Kuasa veto di tangan ibu. Hahaha. Ibu ni susah sikit bab makan. Kalau rasa tak best tu memang taknak la. Anak-anak dan bapaknya follow je tak banyak kerenah tempat makan.
Sampai je Nasi Kukus Dapur Mama cawangan Putra Square kedai masih kosong hanya ada 1 meja je yang ada pelanggan. Cara pesanan di situ adalah layan diri. Buat pesanan di kaunter dan nanti ambil makanan pun di kaunter. Sama macam konsep di fast food restaurant.
Cawangan Nasi Kukus Dapur Mama ni ada banyak jugak di Kuantan. Boleh google je nanti akan keluar.
Antara makanan yang kami order adalah:
- Nasi kukus ayam berempah 3 set regular untuk Cie dan anak-anak. Kalau beli set dapat air sekali. Ada beberapa pilhan air dalam set tu cuma boleh tukar air kalau nak air lain dengan bayaran untuk upgrade. Anak-anak ambil sirap, Cie je tukar mango.
- Nasi kukus daging kerutuk set special pilihan Faiz. Ada nenas dan telur masin sekali set yang tu. Air juga ada sekali. Faiz pilih teh o panas.
- Cie tambah telur masin. Sebab dalam set regular tiada telur masin. Cie tak makan nenas tu yang tak ambil set special.
Jumlah bayaran semua sekali RM60.50. Masa order tu cashier akan tanya nak kuah asing tak. Cie pilih kuah asing so mereka akan letak dalam mangkuk lain untuk kuah dan sambal.
Masing-masing makan dengan penuh selera sebabnya pagi tak sarapan. Anak-anak jela makan kek dan makanan goodies yang Toksu mereka bagi tu. Cie dan Faiz memang tak makan langsung kira macam buat IF la.
Selesai makan bungkusan nasi tu ikat semula dengan getah dan boleh la buang ke dalam tong yang disediakan. Siap makan kami pun bergerak untuk balik ke Lipis. Sebelum balik singgah beli keropok dulu. Nanti entry terakhir Kuantan Cie akan ceritakan beli keropok di mana.
Berpeluh nak habiskan semua entry Kuantan. Berderet entry lain beratur nak di publish. Cie selalunya schedule post so senang la bila time busy takdan mengarang tu ada back up posting. Takdela lompong posting dan target 1 hari 1 post tu tercapai.
Hari bekerja takdan nak kejar sebelah malam je ada masa nak mengadap blog. Nak blogwalking lagi, nak mengarang entry lagi. Tu yang selalunya Cie akan schedule siap-siap. Supaya hari bekerja Cie sebelah malam Cie boleh blogwalking dan balas komen-komen, hari hujung minggu Cie pulun mengarang posting blog.
Begitulah cara Cie manage blog Cie buat masa sekarang. Terima kasih buat anda yang rajin singgah ke blog Cie dan sudi meninggalkan jejak.
24 Ulasan
Sedap nmpk semua menu tu =D
BalasPadamAlhamdulillah sedap.
Padambanyak idea hendak menulis, bersusun schedule.
BalasPadammeanwhile syasya...selalu takde idea maka senyap la bloghijo tu.
Kalau ada adsense memang kena rajin & kena sentiasa update. Baru blog aktif & banyak view.
PadamNasi Kukus Dapur Mama ni sedap bagi kami, ada kawan datang Kuantan untuk makan Nasi Kukus Dapur Mama ni.
BalasPadamYe betul sedap. Kami pun banyak kali dah kalau ke Kuantan mesti makan situ.
PadamSaya suka juga nasi kukus. Tengok menu dia, bukan setakat ayam berempah, lauk lain pun ada. Baguslah, ada banyak pilihan.
BalasPadamYe ada pelbagai pilihan lain.
Padamtak pernah masuk nasi kukus mama ni, kena cuba jgk ni nanti.. saya biasa makan nasi kukus di di calong Jo beserah
BalasPadamTry la nanti famous jugak ni di Kuantan & ada beberapa cawangan.
PadamNama pun dapur mama tu...mana boleh cakap masakan mama tak sedap kan...hihihi( saja gurau kosong )
BalasPadamSaya pun suka nasi kukus..
Kena senduk dengan mama kan 😆
PadamKalau makan di kedai/kafe yg sediakan makanan set begini, jimat masa. Tunggu kejap je kan, dah boleh makan.
BalasPadamYe semua dah siap tinggal nak platting je.
PadamKalau Linda, dok mikir ke anak²..sebab diorang nie susah sikit..hahaha...tapi, kalau tempat baru.. memang ibu dia pesan awal² lah, ibu pun pertama kali sampai, jadi ibu tak tau apa yang ada..kikiki
BalasPadamAnak2 Cie mereka tak kesah je apa ibu makan mereka follow je. Babahnya lagi tak kesah. Cie je yang cerewet sikit bab makan.
PadamMemang veto itu ada ditangan ibu lah 😄. Saya dah jarang tanya anak2 nak makan mana. Biasanya saya langsung sebut tempat, dan langsung pergi 🤣🤣. Kalau ditanya nak makan mana, panjaaaaang tak selesai nanti arguingnya. 1 nak makan ini, yg 1 nak makan itu 😁
BalasPadamSaluuut lah temen2 yg bisa post 1 day 1 post. Saya tak bisa.
Saya post memang seminggu sekali. Lalu 6 hari sisanya, saya pakai BW ke blog temen2. Sehari 20 blog. Lalu reply komen di blog saya. Krn memang tujuan utama saya interaksi dengan pembaca. Sebab itu hanya bisa posting baru seminggu sekali.
Ye Fanny tanya mereka buang masa je nanti jawapan ‘taktau’. Baik kita pilih siap2.
Padamnama cafe ni cute laaa..mknn semua nmpk sedap tuuu
BalasPadamMemang sedap.
PadamSenang gitu kan. Kita pilih yang lain ikut je tak banyak bunyi. Nampak selesa makan kat sini. Kedai pun cantik. Tak ramai orang taklah rasa serabut sangat. Kalau saya pun minta kuah asing sebab bukan jenis makan kuah banjir. hihi...
BalasPadamSamalah buat schedule kalau ada ceritanya lah. Kalau tidak, jenuh juga cari idea.
Kami sampai tu belum peak hour so lengang la. Biasanya Dapur Mama ni full
PadamHouse.
nasi kukus dapur mama ni, saya first time makan masa intern. pastu terus jatuh cinta!
BalasPadamni nasi kukus paling sedap saya oernah makan setakat ni (over tak?)
Ye kan memang sedap & mudah sebab dah ada set siap2. Tinggal pilih & order je.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.