Alhamdulillah, Giveaway Anniversary Ke-14 yang Cie anjurkan sempena ulangtahun perkahwinan Cie pada 2 September 2025 kini sudah pun melabuhkan tirai pada 23 September 2025.
Dengan peserta terakhir memberikan komen pada 22 September 2025 pada 10:23 malam. Selepas itu dah tiada penyertaan lain sehingga la 23 September 2025 jam 11.59 malam.
Pertama sekali Cie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai. Walaupun hadiah hanya kecil tapi sambutan yang Cie terima sangat menggembirakan hati. Lebih dari 5 penyertaan tu kira banyak la dah kan.
Tujuan giveaway ini bukan semata-mata untuk hadiah tapi lebih kepada berkongsi rasa syukur atas perjalanan rumah tangga Cie dan suami yang sudah masuk tahun ke-14.
Dari berdua hingga lah dikurniakan rezeki dua orang puteri yang sedang membesar yang kini berumur 11 dan 13 tahun. Kehidupan berkeluarga inilah sumber kekuatan dan kebahagiaan Cie setiap hari dan korang semua sebagai pembaca blog adalah sebahagian daripada perjalanan itu.
Kreativiti Peserta Memang Mengagumkan
Sepanjang giveaway berlangsung, Cie menerima pelbagai ucapan di ruangan komen. Ada yang berpantun, ada yang memberikan lirik lagu, ada yang mendoakan. Sejujurnya semua ucapan ada keistimewaannya tersendiri.
Ucapan Istimewa Dari Korang
Cie nak kongsikan ucapan daripada peserta. Cie screenshot jela komen-komen dari korang semua.
Ucapan Anniversary #1
Terima kasih Linda atas ucapannya.
Ucapan Anniversary #2
Terima kasih Kak Ana atas ucapan yang kreatif. Semoga dimakbulkan hendakNya. Aamiin.
Ucapan Anniversary #3
Terima kasih atas ucapannya. Kreatif berpantun dan mendoakan serta ucapan. Semua diadun sekali dalam berangkap-rangkap pantun.
Ucapan Anniversary #4
Terima kasih atas ucapan dan doanya. Semoga dimakbulkan. Aamiinn.
Ucapan Anniversary #5
Terima kasih kak Notie atas lirik lagu serta ucapan anniversary. Sambil menyanyi Cie baca komen. Hihi
Ucapan Anniversary #6
Terima kasih kak SA untuk ucapan dan doa. Aamiin.
Ucapan Anniversary #7
Terima kasih untuk ucapan.
Ucapan Anniversary #8
Terima kasih kak Amie atas ucapannya. Amiinn.
Ucapan Anniversary #9
Terima kasih Fanny atas ucapan yang menarik dan kreatif. Terima kasih jugak tanpa jemu sentiasa support Cie. Semoga yang baik-baik untuk Fanny sekeluarga.
Ucapan Anniversary #10
Terima kasih MZ atas ucapan.
Ucapan Anniversary #11
Terima kasih PE.
Ucapan Anniversary #12
Terima kasih atas ucapannya. Aamiinn.
Ucapan Anniversary #13
Orang terakhir komen dari kak PH. Terima kasih untuk ucapannya. Aamiinn.
Pengumuman Pemenang Giveaway Anniversary Ke-14
Memang bukan mudah nak pilih seorang pemenang sahaja sebab hampir semua ucapan ada aura tersendiri. Tapi setelah meneliti dan membaca berulang kali, akhirnya Cie memilih:
Kak Ana Jingga sebagai pemenang Giveaway kali ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Kali pertama Cie baca komen Kak Ana, Cie dah terpaut hati sebabnya Kak Ana sangat kreatif memberikan ucapan terselit perkataan:
CIE - CINTA, IMPIAN dan EMOSI
Pagi tadi Cie tanya husband. Cie send beberapa screenshot final ucapan ke whatsapp husband. Cie minta Faiz pula pilih yang mana dia berkenan.
Masa tu dah terdetik kalau Faiz pilih ucapan lain bermakna akan ada 2 pemenang la. Ternyata kami sehati sejiwa memilih kak Ana.
Terima kasih banyak kerana sudi menyertai dan meraikan hari istimewa ini bersama Cie.
Cara Menuntut Hadiah
Kepada Kak Ana, sila ikuti langkah berikut untuk tuntut hadiah:
- Hubungi Cie melalui emel/WhatsApp
Whatsapp: 0129755310
- Sertakan butiran ringkas: Nama Penuh, Alamat penghantaran dan Nombor telefon untuk dihubungi
Terima Kasih Semua Peserta
Cie sangat menghargai setiap komen dan ucapan yang ditinggalkan. Walaupun hadiah hanya untuk seorang pemenang, percayalah semua ucapan yang diberikan sangat bermakna buat Cie dan suami. Semoga doa tersebut juga berbalik kepada anda semua juga.
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih Cie akan anjurkan lagi giveaway pada masa akan datang. Harapnya lebih ramai lagi yang akan turut serta.
Teruskan menyokong blog kecil ini, kerana tanpa anda semua pembaca setia blog ini tidak akan sampai sejauh ini.
Jumpa lagi di giveaway akan datang! Terima kasih sekali lagi kerana sama-sama memeriahkan Anniversary Ke-14 Cie tahun ini.
2 Ulasan
memang kreatif ucapan kak ana tu. tahniah pada pemenang!
BalasPadamMemang baguuuus kak Anna buat. Bisa yaa nama kakak dijadikan stands for begitu 😍😍. Bagus dan sesuai pula...
BalasPadamCongrats kak Anna 🎉🎉🎉
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.