Dah alang-alang tu Cie nak cari kasut untuk anak-anak. Hadiah terus la untuk birthday kakak Raisha 12 September nanti. Cakap dah kat dia hadiah birthday la ni sekali jalan. Bila dah besar nak melawa dah anak-anak dara ni.
Plan asalnya minggu depan check in untuk majlis kenduri sepupu Faiz tu hari Sabtu, Ahad check out. Kenduri tu Ahad di Putrajaya. Sabtu tu gerak petang lepas adik Rania habis kelas tambahan UPKK. Cie pun dah booking hotel check in Sabtu, check out Ahad. Sekalinya Faiz suruh tukar booking date. Tak boleh kena booking lain dan booking tu kena cancel mujur tak bayar lagi. Tapi Cie ambil yang boleh refund sebelum date tu.
Cie pun booking la lain tapi tak dapat dah la bilik yang besar tu. Takpela boleh jela. Booking baru tu check in Ahad, check out Isnin. Kiranya pagi Ahad tu terus pecut ke Putrajaya attend kenduri dan petang tu check in. Boleh la lama sikit jalan-jalan. Kalau pergi Sabtu petang dan pagi Ahad kena check out dah sekejap jela masa tu.
Begitulah kesahnya kenapa kami ke KL untuk shopping hari ni. Kemain jauh kan? Lipis ke KL 2 jam je. Laju jela tekan minyak. Walaupun Kuantan tu dalam Pahang 3 jam jugak dari Lipis. Tu yang kami lebih banyak ke KL untuk shopping.
Destinasi Pertama : Melawati Mall
Sampai je KL terus menuju ke Melawati Mall. Pusing-pusing tengok apa yang boleh dibeli. Sampai je terus masuk Vincci. Anak-anak dah nampak kasut yang mereka nak. Beli dan terus pakai ye punya la teruja sangat.
Terus pakai ye tak menyabar
Adik Rania punya
Kakak Raisha punya
Padahal kasut lama tu masih elok cuma sebab warna hitam je. Memilih taknak pakai. Katanya macam kasut sekolah.
Siapa nak beli ni nak jual murah je. Hihi
Tadi dapat la kasut sneaker warna putih yang diidamkan. Cie cakap kena jual kasut lama tu atau pakai je pergi sekolah dah alang-alang warna hitam. Padahal lawa je kasut tu. Katanya tak lawa. Macam-macam la budak 2 orang ni.
Anak-anak dah dapat kasut, Cie duk belek-belek wallet Vincci. Lama dah tengok-tengok tapi hold dulu. Tadi dah belek-belek ambil jela. Kang tak beli nyesal. Cie ni jarang beli wallet. Beli pun yang murah-murah je dan pakai sampai rosak. Wallet beli kat Shein dah rosak. Pakai la wallet Cie beli tak ingat bila dan tak ingat beli kat mana. Panjang sikit bila letak dalam beg kecil jadi padat sangat. Tu yang beli jela wallet Vincci tu. Bila dah isi segala macam kad jadi kembung pulak.
Gelembung la pulak banyak sangat kad
Pusing-pusing dalam Padini tu takde apa menarik. Baju Padini dah tak best macam dulu. Zaman dulu baju Padini la Cie beli harga anggaran RM39-49 je blaus. Sekarang dah tak jumpa yang cantik-cantik.
Masuk F.O.S tak dapat juga yang dicari. Lepas tu masuk BO pulak sebelah tu je. Kat BO dapat la baju anak-anak sekali baju Cie. Susah jugak nak mencari yang sesuai.
Sebesar-besar Melawati Mall tu tak dapat pun baju Faiz ni. Kasut atau sandal untuk anak-anak pun tak jumpa yang berkenan nak pakai kenduri. Faiz beli selipar PUMA je dan raket adik Rania di Sport Direct. Baru ni anak dara dia dapat nombor 2 main badminton kemain la beria dia support. Cie cakap kalau setakat selipar PUMA tu kat Al-Ikhsan Lipis pun ada. Hahaha.
Murah-murah je harga bawah RM50
Selfie la dulu sementara menunggu bapaknya shopping
Destinasi Kedua : AEON Cheras Selatan
Oleh kerana ada lagi benda nak dicari Cie cakap kat Faiz jom ke AEON Cheras Selatan pulak. Dapat la kasut untuk anak-anak pakai kenduri nanti. Baju Faiz pun dapat la juga kat situ. Sambil beli panties anak-anak kat scarlet. Kiranya takdela mall yang ketiga dah. Hahaha. Cie jela takde jumpa kasut yang berkenan. Pakai jela apa yang ada untuk kenduri nanti.
Makan Tengahari di Kenny Rogers
Dah settle semua yang dicari anak-anak mula la kelaparan pulak. Nampak Kenny Rogers je anak-anak terus ajak makan kat situ. KR ni pun kegemaran kami semua terutama mac & cheese tu.
Macam biasa kat KR ni pun order guna scan QR code. So Cie pilih:
Kenny's Half Meal
- ½ Black Pepper Chicken
- Macaroni & Cheese
- Aromatic Rice
- Mashed Potato & Gravy
- Chocolate Chip Muffin
Kenny's Half Meal
- ½ Original Chicken
- Aromatic Rice
- Macaroni & Cheese
- Crisp Garden Salad
- Golden Vanilla Muffin
Beverages
Chocolate chip muffin takde dan digantikan dengan golden vanilla muffin. Triple passion tu pun takde Cie mintak tukar Manggo Juice jela. Dah habis makanan tambah pulak lagi Macaroni & Cheese dan juga Golden Vanilla Muffin untuk kakak Raisha. Kakak Raisha suka betul makan muffin tu. 3 ketul dia makan sorang je.
Selesai Shopping Jom La Balik
Siap dah dapat apa yang dicari jom la kita balik. Cie ok je kalau jalan lagi. Faiz la bukan jenis kaki jalan sangat. Dia tak suka jalan-jalan window shopping. Cie dan anak-anak suka berjalan. Pak supir dah tak larat asyik mengantuk je drive. Jom la balik.
Singgah Solat Di Masjid Taman Taming Jaya
Keluar dari AEON Cheras Selatan jalan menghala nak balik nampak ada masjid. Terus ajak Faiz singgah solat terus je. Solat la kami kat situ sebelum gerak balik.
Mencari Kopi Nak Segarkan Mata
7E Cafe Melati Utama Setapak
Duta tidak dilantik 7E Cafe ni memang mencari jela mana-mana ada cawangan boleh la singgah. Latte 7E Cafe je boleh buat mata segar kalau mengantuk. Sampai ke Melati Utama sebelum nak ke tol Gombak tu ada nampak kat deretan tu 7E Cafe. Masuk la ke situ. Sekalinya mesin kopi rosak pulak. Adik Rania je beli aiskrim Softero Lime perisa baru takde lagi di Lipis.
FamilyMart Melati Utama Setapak
Cie cakap kat Faiz beli Ice Latte FM jela. Sebaris 7E tadi belah depan ada FM. Cie beli Ice Latte untuk Faiz dan untuk Cie Ice Caramel Latte. Cie beli jugak Chocolate Sofuto.
Ice Caramel Latte
Selesai Semua Urusan: Bertolak Balik
Kopi pun dah dapat nak segarkan mata. Bertolak la balik. Mujur tak banyak kereta hala ke Pantai Timur so takdela jem. Maybe tak ramai orang balik kampung minggu ni. Minggu depan cuti lagi panjang 4 hari. Minggu ni 3 hari je.
Selamat sampai Lipis pukul 7 malam. Ambil gambar barang yang dibeli untuk jadi modal masuk blog. Hihi. Dah settle boleh la cuci-cuci baju beli tadi dan kemas apa yang patut. Selesai sehari urusan membeli-belah. Takdela banyak mana pun.
Hasil belian di Melawati Mall
Hasil belian di AEON Cheras Selatan
Sekian cerita shopping kita hari ni. Nanti sambung di episod akan datang kalau ada duit lagi. Hahahaha.
2 Ulasan
Last beli Padini seingatnya tahun lepas, kita pulak terbalik… bukan beli kat KL, sebaliknya Kuantan. Eh!. Baru teringat.. kat mana tah I simpan baju tu sbb maxi, jarang la pakai.
BalasPadamLama sudah tak masuk Padini.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.