Lunch Nasi Goreng Ayam Che Ngah Cafe

Minggu lepas hari Sabtu 27 September Cie tinggal berdua je dengan kakak Raisha. Adik Rania ada kelas dan Faiz ada games badminton. Cie memang kemalasan nak masak lunch walaupun tak buat apa pun kat rumah. 

Tanya anak-anak nak makan apa, jawapannya nak makan Nasi Goreng Ayam Che Ngah Cafe. Masa tu macam dah lewat takut habis je. Cie kata tunggu la babah balik, ibu malas nak drive. Tanya Faiz masa tu dia cakap nak balik dah. Lepas dia solat, mandi kami terus gerak ke Che Ngah Cafe.

Che ngah cafe

Sampai je kedai Cie suruh anak-anak turun dulu tanya ada tak Nasi Goreng Ayam. Masa tu dah pukul 2 lebih dah. Mujur la ada lagi untuk 4 cukup la katanya. Orang selepas kami tu dah tak dapat Nasi Goreng Ayam. Memang best seller kat Che Ngah Cafe tu.


Air pulak kami order Teh O Ais Limau 2 untuk 2 beradik tu, Cie order passion fruit dan Faiz order lemon ais. Cie memang suka passion fruit tu memang sedap. Dalamnya ada jelly. Setiap kali makan situ memang order air sama je.


Total kami makan Nasi Goreng Ayam 4 dan air RM56.20. Ada je menu lain tapi kami kalau ke situ memang nak makan Nasi Goreng Ayam je.




Alhamdulillah lepas kenyang makan terus balik rumah. Makan dah lewat petang. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Mesti anak happy ibu belanja keluar makan tengahari ni ..syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Yeay..sedap dan anak- anak pun happy....sedapnya air passion fruit..fav kak SA juga tu..tapi susah nak dapat betul2 sedap

    BalasPadam
  3. Mesti sedap betul Nasi Goreng Ayamnya tu, cepat habis je. Tengok portion pun besar mmg kenyanglah kan

    BalasPadam
  4. Kalau dah nak habis dah nasi goreng ayam tu memang ternyata sedap la menu tu.

    BalasPadam
  5. nampak sedap nasi goreng ayam tu. anak2 pun mesti dah biasa makan sini kan

    BalasPadam
  6. datang sini je rasa lapar.... hahahahha

    BalasPadam
  7. Sedap tu NGA, minuman passion fruit pun kegemaran kita jugak, Cie.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.