Cie pun terus jela order 15 bungkus. Cie ambil 5 bungkus, lain-lain tu untuk bos, staf syif pagi dan cleaner yang cuci office. Sebungkus RM3 je Kak Hanim jual. Memang murah. Banyak pulak tu siap ada sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus separuh dan timun.
Selalunya Cie memang order 5 bungkus. Sebungkus sorang dan extra sebungkus lagi untuk adik Rania dan babahnya tambah nasi. Berselera sangat makan nasi lemak Kak Hanim.
Kakak Raisha tak bertambah sebab dia rehat 10 pagi tadi makan nasi dah. Tu yang tengahari tadi dia makan sikit lepas tu repeat semula makan sebelah petang.
Selepas Faiz ambil adik Rania tadi Cie pesan suruh beli ayam goreng dan keropok goreng kat gerai tepi jalan tu. Saja buat tambah-tambah makan dengan nasi lemak.
Kekenyang makan nasi lemak 2 beradik tu tertidur lepas solat Zohor. Pukul 2.15 Cie kejut adik Rania nak ke kelas KAFA pulak. Kemain sedap dia tidur. Makan nasi lemak pulak memang mengundang mengantuk.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.