Cerita 2 Oktober yang lepas Cie masak siakap stim limau. Tapi dah nak masuk bulan November la baru sempat nak mengarang. Macam biasa tajuk dah lama ada, cuma isinya saja baru nak dikarang. 
Bila tengok date pada gambar yang diambil baru la tau 2 Oktober rupanya Cie masak hari tu. 31 Oktober baru sempat nak cerita. Punya la banyak cerita yang tengah beratur nak diceritakan.
Memasak ni setiap hari kalau rajin. Ada la masa yang malas. Bahan mentah pulak selalunya husband beli dan Cie la yang plan nak masak apa. Selalunya kalau ikan siakap Cie akan goreng sos thai atau pun stim je. 
Kadang-kadang bila teringin nak makan masakan Thai, tak perlu pun keluar rumah. Cukup dengan seekor siakap segar, sedikit limau, cili dan bahan-bahan dapur yang asas terus jadi satu hidangan yang cukup menyelerakan.
Siakap stim limau ni antara menu yang nampak simple tapi kalau kena gaya, rasanya boleh lawan restoran. Kuah dia yang masam, pedas dan wangi bawang putih tu memang buat hilang diet sekejap!
Biasanya kalau masak siakap stim, orang risau ikan jadi hanyir atau isi keras. Tapi kalau stim dengan cara betul, isi ikan kekal lembut dan juicy. 
Rahsianya kena pastikan ikan betul-betul segar dan jangan stim terlalu lama. Cie hiris bawang besar, serai dan halia. Sumbat dalam perut ikan. Kukus dalam pengukus hingga masak.
Sementara stim ikan tu, dalam mangkuk pulak Cie satukan air yang dicampur dengan jus limau nipis, bawang putih cincang, cili padi cincang, daun ketumbar hiris, bahan perasa dan sedikit sos ikan. 
Selepas ikan stim dah masak, Cie curahkan bancuhan bahan-bahan. Biarkan seketika sebelum tutup api dapur pengukus.
Nampak macam kat kedai Thai dah walaupun buat sendiri je di rumah. Mau semerbak 1 rumah.
Walaupun bahan ringkas saja, siakap stim limau ni memang ada aura tersendiri. Gabungan rasa masam, pedas dan aroma limau tu cukup untuk buat siapa pun terliur. Kadang-kadang menu yang paling senang tu la yang paling cepat habis di meja makan.
Tip Masak Siakap Stim Limau Supaya Tak Hanyir
- Pilih ikan segar – Pastikan mata ikan jernih dan insang merah. Kalau dah berbau pelik, memang susah nak hilangkan hanyir walau masak macam mana pun.
- Basuh dengan limau & garam – Sebelum stim, lumurkan ikan dengan garam dan jus limau nipis. Biarkan sekejap, baru bilas.
- Tambah halia & serai – Dua bahan ni bantu hilangkan bau hanyir dengan cepat, sambil bagi aroma segar masa stim.
- Jangan stim terlalu lama – Dalam 10–12 minit dah cukup. Kalau terlalu lama, isi ikan jadi kering dan hilang rasa manis semula jadi.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
8 Ulasan
Kalau ke resto Thai, memang menu ini saya akan pesan juga. Sedaaaap. Segar, tak amis. Tapi memang belum pernah buat sendiri 😅.
BalasPadamSaya kalau bab ikan, walaupun suka, tp utk masak sendiri belum berani. Tak pandai hahahahahha. Jadi beli je laaah.
Dulu di Penang ada 1 kedai Thai yg papa sukaaa sangat. Jadi tiap ke Penang pasti mampir sana. Cuma dulu tuh kami kesana dengan patokan kedainya di dekat hotel besar di Penang. tapi kami semua lupa nama hotelnya 🤣🤣. Driver yg sering bawa keluarga saya pun dah meninggal.
Jadi sampai skr, saya masih penasaran di manaaaalah lokasi kedai langganan keluarga saya tuh, masih belum jumpa juga 😅😅.
Bijak jugak idea Cie tu stim dalam bekas aluminum.
BalasPadamEhh..kebetulan pulak Cie, tengah hari tadi akak masak stim limau tapi guna ikan nyuk nyuk. Memang sedap hirup kuahnya masam pedas.
BalasPadamtak payah nak cari kedai siam dah ni Cie...ishh terliur pula duk bayang kuah stim limau tu
BalasPadamRajin memasak, air tangan ibu ..anak2 suka masakan ibu tau
BalasPadamsaya pun suka siakap masak stim.. di antara menu sihat ..
BalasPadamFavourite ni kalau ke restoran pantai timur / Thai. Semalam pun saya buat resipi ikan siakap jugak, tapi masak lemak ikan siakap guna resipi yg dikongsi oleh kak Anajingga dekat blog dia 😃
BalasPadamSedap juga masakan ni ya....
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.