Segmen Top Komentator Bulanan terus berlangsung untuk bulan Oktober 2025 di Blog Roziah Muhammad Nor, selepas bermula secara rasmi pada Ogos lalu. Segmen ini diadakan untuk menghargai sokongan para blogger dan pembaca yang rajin meninggalkan komen di blog Cie.
Walaupun hanya sebuah blog peribadi yang sederhana, Cie percaya interaksi melalui komen memberi makna besar kepada dunia blogging. Ianya dapat menambah semangat, membuka idea baru dan menguatkan hubungan sesama blogger.
Seperti biasa, Cie mengambil rekod berdasarkan widget Top Komentator pada hari terakhir bulan antara jam 8.00 malam hingga 11.59 malam. Masuk sahaja 12.00 tengah malam, widget akan auto-reset ke bulan seterusnya. Cie screenshot pada pukul 11.11 malam untuk bulan Oktober.
Pemenang Top Komentator Oktober 2025
Untuk bulan Oktober, pemenang jatuh kepada:
Blog: madey09.blogspot.com
Pesona Etuza merupakan salah seorang blogger aktif yang sering berkongsi mengenai kehidupan, keluarga, pengalaman peribadi, serta perkongsian inspirasi yang dekat di hati pembaca.
Terima kasih kerana menjadi antara pembaca dan penyokong setia blog ini sepanjang Oktober!
Cara Tebus Hadiah
Tahniah Pesona Etuza!
Sila hubungi Cie untuk urusan penghantaran hadiah. Boleh emel atau whatsapp je details untuk penebusan hadiah.
WhatsApp: Boleh klik link ini
Maklumat diperlukan:
- Nama penuh
- Alamat penghantaran
- Nombor telefon
Teruskan Menyokong & Berinteraksi
Terima kasih kepada semua yang rajin singgah dan meninggalkan komen setiap hari. Sokongan anda benar-benar memberi makna dan menjadi penyuntik semangat untuk Cie terus menulis.
Jangan lupa untuk aktif di bulan November pula. Mana tahu mungkin nama anda pula diumumkan sebagai pemenang seterusnya.
Jumpa dalam pengumuman Top Komentator November 2025 nanti!

6 Ulasan
Tahniah top komentator Oktober, saudara Etuza.
BalasPadamTahniah cikgu Etuza ..
BalasPadamTahniah buat pemenang! 👏
BalasPadamcongrats cg etuza
BalasPadamtahniah pada cikgu etuza yg sangat rajin blogging!
BalasPadamhehe saya top 10 jugak rupanya :D
Cikgu Etuza memang rajin mengomen. Tahniah kepada Cikgu. 👏👏
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.