Segmen Top Komentator Bulanan terus berlangsung untuk bulan Oktober 2025 di Blog Roziah Muhammad Nor, selepas bermula secara rasmi pada Ogos lalu. Segmen ini diadakan untuk menghargai sokongan para blogger dan pembaca yang rajin meninggalkan komen di blog Cie.
Walaupun hanya sebuah blog peribadi yang sederhana, Cie percaya interaksi melalui komen memberi makna besar kepada dunia blogging. Ianya dapat menambah semangat, membuka idea baru dan menguatkan hubungan sesama blogger.
Seperti biasa, Cie mengambil rekod berdasarkan widget Top Komentator pada hari terakhir bulan antara jam 8.00 malam hingga 11.59 malam. Masuk sahaja 12.00 tengah malam, widget akan auto-reset ke bulan seterusnya. Cie screenshot pada pukul 11.11 malam untuk bulan Oktober.
Pemenang Top Komentator Oktober 2025
Untuk bulan Oktober, pemenang jatuh kepada:
Blog: madey09.blogspot.com
Pesona Etuza merupakan salah seorang blogger aktif yang sering berkongsi mengenai kehidupan, keluarga, pengalaman peribadi, serta perkongsian inspirasi yang dekat di hati pembaca.
Terima kasih kerana menjadi antara pembaca dan penyokong setia blog ini sepanjang Oktober!
Cara Tebus Hadiah
Tahniah Pesona Etuza!
Sila hubungi Cie untuk urusan penghantaran hadiah. Boleh emel atau whatsapp je details untuk penebusan hadiah.
WhatsApp: Boleh klik link ini
Maklumat diperlukan:
- Nama penuh
- Alamat penghantaran
- Nombor telefon
Teruskan Menyokong & Berinteraksi
Terima kasih kepada semua yang rajin singgah dan meninggalkan komen setiap hari. Sokongan anda benar-benar memberi makna dan menjadi penyuntik semangat untuk Cie terus menulis.
Jangan lupa untuk aktif di bulan November pula. Mana tahu mungkin nama anda pula diumumkan sebagai pemenang seterusnya.
Jumpa dalam pengumuman Top Komentator November 2025 nanti!

15 Ulasan
Tahniah top komentator Oktober, saudara Etuza.
BalasPadamTahniah cikgu Etuza ..
BalasPadamTahniah buat pemenang! 👏
BalasPadamcongrats cg etuza
BalasPadamtahniah pada cikgu etuza yg sangat rajin blogging!
BalasPadamhehe saya top 10 jugak rupanya :D
Cikgu Etuza memang rajin mengomen. Tahniah kepada Cikgu. 👏👏
BalasPadamtahniah pada Etuza.. top komen blog Cie dh nampak warna warni.. tiap2 bulan org yg berlainan. hehe
BalasPadamYa Allah..terkejut, maaf late on laptop..petang hari ini di kebun..tengok kawasan yang dibersihkan..Baru ada kesempatan..Tak tahu nak cakap apa. Terima kasih peluang ini ya..Syukur alhamdulillah..
BalasPadamTahniah kepada blogger lain..kita teruskan blogging,.semoga ada manfaat dan ilmu pengetahuan..
BalasPadamTerus terang saya suka drop komen, sebagai garis tanda saya ada membaca catatan teman blogger lain..jika tak ada jejak mybe kehadiran kita tak kan dapat di jelaskan..
BalasPadamMinta dan mohon halal kan segala komen, maaf dalam komen ada juga typo..
BalasPadamCongrats Abang Etuza 🎉🎉🎉. Baiiik sangat Abang Etuza ini. Setiap bagi komen, termasuk di blog saya, selalu dengan Kata2 sopan dan ramah. You deserve menang Abang 👍👍👍
BalasPadamTahniah kpd pemenang =)
BalasPadamtahniah pemenangnya cikgu etuza.. seorang blogger n3 yang sentiasa ceria
BalasPadamTahniah Cg Etuza... Mmg Cg rajin tinggalkan komen 👍🏻
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.