Food & Fun Carnival Jabatan Dietetik & Sajian Kluster Pahang Barat

Pada 29 Oktober 2025 yang lepas, Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kluster Pahang Barat telah menganjurkan program Food & Fun Carnival bertempat di Foyer Bangunan Baru Fasa 1, Aras 3, Hospital Kuala Lipis

Food & fun carnival 2025

Hospital Kluster Pahang Barat ni terdiri dari Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands.

Karnival ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan warga hospital, kakitangan konsesi dan pelawat.

Sebagai Floor Manager, Cie bertanggungjawab menyelaras keseluruhan perjalanan program di tapak dengan memastikan penyediaan tempat, susun atur booth, kelancaran majlis perasmian, serta membantu urusetia dalam memastikan setiap aktiviti berjalan dengan teratur mengikut perancangan.


Persiapan Awal

Persiapan tempat telah dijalankan sehari sebelum acara, iaitu pada 28 Oktober 2025. Urusetia dari 3 hospital ni bekerjasama menyiapkan dekorasi, menyusun booth jualan dan pameran, serta memastikan semua peralatan tersedia untuk kegunaan majlis. 



Cie membahagikan kerja kepada semua urusetia. Ada yang kena angkat barang dari Dewan Serbaguna ke tempat program. Kami bawa dengan menaiki lori hospital. Team pemandu membantu kami juga.

Rehearsal bersama MC

Briefing sebelum rehearsal dan pembahagian tugas untuk hari program

Last sebelum balik 5.30 petang kami siapkan pintu masuk karnival

Sebelah petang 28 Oktober tu pun sempat rehearsal sekejap. Supaya semua urusetia tau floor majlis sebenar.

Suasana semasa persiapan cukup meriah dengan semangat kerjasama dan keterujaan menghadapi hari karnival. Ini merupakan karnival pertama yang kami anjurkan. Memang semua tiada pengalaman menganjurkan program besar.


Perasaan teruja serta risau bercampur baur jugak la. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

29 Oktober seawal 6.30 pagi staf Cie dah datang untuk persiapan terakhir. Cie sampai 6.40 pagi. Persiapan terakhir dibuat bagi memastikan semuanya tersedia untuk program bermula 8 pagi.

Team IT ni pelajar intern. Banyak juga dia membantu kami.

8 pagi pula team IT datang untuk set up projector, speaker, laptop dan lain-lain. Cie ada sediakan slide dan juga sound untuk gimik perasmian. Test run slide dulu nak tengok berfungsi dengan baik ke tak. Cie sempat jugak la bergambar sebelum karnival kami bermula.



Karnival kami mula dibuka 8 pagi. Staf hospital boleh datang mendaftar dan kami akan berikan fridge magnet untuk 60 orang pertama mendaftar. Fridge magnet tu Cie tempah kat Shopee je. Nanti Cie share link kat entri lain mana tau kot ada yang nak order.




Majlis Perasmian

Seawal jam 8.45 pagi dengan pendaftaran dan ketibaan tetamu jemputan. Pengarah Hospital Kuala Lipis tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lipis.


Majlis dimulakan dengan kata aluan dari MC. MC menerangkan mengenai karnival dan program yang dirancang untuk karnival. MC terdiri dari 2 orang Pembantu Penyediaan Makanan dari jabatan Cie.



Selepas aluan dari MC, MC menjemput staf dari jabatan Cie iaitu Pembantu Penyediaan Makanan juga untuk bacaan doa bagi memberkati majlis.


Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi Program iaitu Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis.


Akhir sekali baru la ucapan dari Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lipis dan sekaligus merasmikan Food & Fun Carnival 2025.


Semua yang hadir perasmian kami bagi goodies bag. Dalam goodies bag tu ada pinggan.


Gimik Perasmian

Gimik perasmian kali ini cukup kreatif dan simbolik dengan menggunakan sebuah bingkai (frame) yang dibalut dengan baking paper. Di dalam frame tersebut dipaparkan poster rasmi Food & Fun Carnival.



Timbalan Pengarah menyalakan lighter sebagai simbolik pembukaan dan apabila baking paper terbakar, terserlah poster karnival di dalamnya, menandakan perasmian rasmi program tersebut.


Ada cerita kelakar disebalik gimik perasmian ni. Takde orang perasan pun. Semasa baking paper tu terbakar, staf Cie sorang standby untuk menekan party popp kat belakang Cie. Kami plan untuk letupkan party popp tu serentak la dengan kertas tu terbakar.

Sekalinya tak menjadi pulak party popp tu tak meletup. Rupanya taktau cara buka. Hahaha. Jenuh la Cie dan dia buat benda tu mujur akhirnya on time benda tu meletup sampaikan semua orang terkejut la. Ada Cie kongsikan video perasmian kat reels Instagram Cie.

Selepas selesai gimik perasmian kami semua urusetia bergambar bersama Timbalan Pengarah. Tak semua la urusetia yang ada. Team bahagian masak takde cuma team bahagian karnival jela yang ada.


Selesai majlis, kami menjemput semua tetamu termasuk Timbalan Pengarah diiringi oleh Ketua Jabatan Dietetik & Sajian untuk melawat tapak-tapak booth dan pameran yang disediakan.


Gerai Jualan & Pameran

Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual oleh staf Jabatan Dietetik dan Sajian, staf JDS Raub menjual juga makanan kering macam crispy garlic, peria crispy dan juga sambal garing



Booth pameran pula menampilkan maklumat pemakanan sihat, piramid makanan dan peranan dietetik dalam penjagaan pesakit. Kami pamerkan juga menu pesakit, gambar aktiviti kami sepanjang tahun dan juga uniform jabatan kami.




Kami juga mempamerkan booth projek inovasi yang kami masuk pertandingan pada tahun lepas. 


Hospital Lipis menyediakan produk bayi iaitu Tutti Frutti Baby Bites. Kami menang tempat kedua tahun lepas bawak projek inovasi biskut tu. Kami sediakan product tester untuk pengunjung rasa.


Hospital Raub pula menyediakan jem labu. Disediakan sekali roti dan biskut untuk pengunjung merasai sendiri keenakkan jem labu tu. Cie pun berkesempatan juga untuk merasa. Memang sedap jem labu tu dan tak rasa labu pun.


Demo Masakan

Pukul 10 hingga 11 pagi pulak program yang kami adakan ialah Demo Masakan dan Perkongsian Resepi Penkek dan Salad Buah oleh Pembantu Penyediaan Makanan dari Hospital Raub dan dibantu oleh Pegawai Dietetik kami. 



Peserta berpeluang mempelajari teknik memasak sihat, mencuba hasil masakan dan berinteraksi dengan penyedia makanan.

Menariknya, sijil penyertaan online dan cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang menyertai aktiviti ini.


Aktiviti Interaktif

Selepas selesai Demo Masakan, program diteruskan dengan permainan interaktif. Kami menyediakan 4 jenis permainan.

Kami menyediakan kertas untuk peserta mengumpul semua sticker dari setiap games. Jika lengkap semua sticker, peserta akan diberikan hadiah bagi keseluruhan sticker yang dikumpul.



Piramid Makanan

Permainan ini disediakan oleh team Hospital Raub. Peserta perlu meletakkan gambar makanan yang sepatutnya pada piramid makanan tu. Selepas selesai peserta akan diberikan hadiah dan sticker untuk dikumpul.



Game of Nutrition

Soalan disediakan oleh Pegawai Dietetik dan Cie sediakan petak kosong untuk peserta isi jawapan. Sama juga jika berjaya menjawab semua soalan akan diberikan hadiah dan sticker.



Teka Silangkata (Nutrition Crossword)

Games ni Cie yang buat. Cie buat 4 set kiranya berbeza la perkataan yang mereka perlu cari tu. Perkataan yang senang-senang je untuk peserta cari. Selesai mencari semua perkataan, peserta akan diberikan sticker dan hadiah.



Guess the Calorie

Games ni pula disediakan oleh team Cameron. Mereka print gambar makanan beserta dengan kalori bagi makanan tersebut. Peserta perlu meletakkan kalori di setiap makanan. Jika selesai hadiah dan sticker akan diberikan.


Setiap permainan direka untuk menguji pengetahuan peserta mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat dalam suasana santai dan menyeronokkan. Setiap permainan juga disediakan hadiah. Tu yang peserta semua bersemangat nak bermain.






Peserta terdiri dari staf hospital, kakitangan konsesi dan juga orang awam. Memang meriah macam pasar jualan murah je penuh booth permainan dengan peserta. Banyak lagi gambar tapi tu la malas pulak nak upload.


Dietitian Talk — “Anda Tanya, Dietitian Jawab”

Menjelang petang, program diteruskan dengan sesi santai “Anda Tanya, Dietitian Jawab”, di mana staf hospital dan pengunjung berpeluang bertanya soalan berkaitan diet serta mendapatkan nasihat terus daripada Pegawai Dietetik.


Pegawai Dietetik juga bertanya soalan kepada peserta dan jika dapat jawab soalan hadiah akan diberikan.

Kami menyediakan hadiah juga kepada mereka yang hadir. Kebetulan pula ada hadiah lebih jadi semua yang hadir dapat bawak balik hadiah. Sijil penyertaan secara online juga diberikan.


Program Berjalan Lancar

3.30 petang kami mula mengemas semua. Dengan kerjasama semua urusetia ngam selesai semua hantar peralatan yang kami pinjam sebelum 5 petang. Banyak jugak barang kami sendiri.

Secara keseluruhannya, Food & Fun Carnival Jabatan Dietetik & Sajian Kluster Pahang Barat 2025 berjaya mencapai objektif utamanya iaitu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat, selain mengeratkan hubungan antara warga jabatan, staf hospital dan masyarakat sekeliling.


Sebagai Floor Manager, Cie amat berbangga melihat kerjasama padu semua pihak yang menjayakan program ini daripada urusetia, staf hospital, penyedia makanan hinggalah para peserta yang memeriahkan karnival dengan semangat positif.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih banyak pengisian bermanfaat dan penyertaan yang lebih meluas. InsyaAllah tahun depan kita buat lagi.


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Tahniah Cie berjaya menjadi FM.. bukan senang tugas tu..tengok gambar² pun, tahu majlis berjalan dengan lancar...tahniah team semua .

    BalasPadam
  2. Wahhh..Bestnya event ni..Anak sedara sy pun amik course dietitian dekat Kelantan tu...Baru je habis 2nd ke 3rd praktikal dkt kedah hujung bln hari tu...

    BalasPadam
  3. Bestnya macam2 program ada. Sangat bermanfaat. Tahniah Cie, Floor Manager yang cemerlang.

    BalasPadam
  4. 3 Hospital kluster bergabung memang le meriah. Apa lagi banyak aktiviti dan games dijalankan. Tahniah cie jadi tuan rumah

    BalasPadam
  5. Tahniah, Cie. Tersusun, banyak acara. Program yang bagus dan bermanfaat. 👍

    BalasPadam
  6. Well done, tahniah Cie 👍🏻👍🏻👍🏻
    Semuanya berjalan lancar alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. bagus sangat Cie, kempen menu makanan sihat.. kalau pii food fest selalunya bukan sahaja makanan tak sihat harga pun menyakitkan hati haha :)

    BalasPadam
  8. best karnival macam ni.. banyak maklumat dan info berkaitan yang diperolehi.. saya suka jadi urusetia bila diadakan karnival.. penat sudah tentu tapi dapat kepuasan ..

    BalasPadam
  9. Meriahnya program ni Cie.. kreatif perasmian tuu

    BalasPadam
  10. Tersusun atur majlis
    Tahniahhh
    Bukan keja senang ni nak atur ikut yg dirancangkan

    BalasPadam
  11. Tahniah puan.. Meriah programnya.. Macam-macam ada..

    BalasPadam
  12. wahhh meriah programnyaaaa

    terbaiklah! tahniah dpt handle program dgn baik dan lancar smpi ke penghujung..

    kalau dkt nak jg sy join sekaki utk dpt kan fridge magnet tu😁

    BalasPadam
  13. syok bila ada event camni..ada food ada program info sihat juga di kongsi bersama

    BalasPadam
  14. Tahniah Cie, program berjalan dengan lancar...bagus program macam ni kan...mesti Cie sibuk masa ni kan nak pastikan semua berjalan dengan lancar...

    BalasPadam
  15. congrats cie! menarik betul pengisian mcm2 aktiviti

    BalasPadam
  16. Wow seharian programnya ya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, banyak info yg dikongsikan. Macam menarik pulak tutti frutti baby bites tu. Saya yg bukan baby teringin nak makan 😛

    BalasPadam
  17. Bestnya program macam ni, banyak pengetahuan baru tentang diet sihat boleh belajar dekat program macam ni.

    Apa kata Cie buat kuiz teka kalori tu dekat blog Cie jugak 🤭 buat suka2 utk kesedaran pembaca blog jugak 😄

    BalasPadam
  18. Meriah betul acaranya. Memang seronok ada macam-macam aktiviti. Tapi bab nak setup semua tu, terasa penatnya tu lepas habis majlis.

    BalasPadam
  19. Tahniah Cie.. program berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  20. Menariknya ..bab makan hahah pasti ada..tahniah good job..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.