30 Oktober hari tu Cie masak ikan lolong bakar, air asam picit dan ulam. Teringin ternampak orang share pasal air asam picit. Cie tak pernah buat air asam picit. So saja la nak try buat. Alhamdulillah walaupun pertama kali buat ianya menjadi.
Ikan lolong tu Cie gaul dengan garam je. Kemudian bakar je dalam oven sampai masak. Kalau nak cicah air asam lebih sedap bakar kosong gitu je.
Untuk air asam picit pulak bahannya Cie letak pes asam jawa Adabi. Yang ni senang dah takde biji. Lepas tu belacan, limau nipis, cili padi, gula. Letak air masak sikit je. Limau nipis tu perah jusnya. Campurkan semua bahan dan picit cili padi, gaul rata. Cie letak gula nak bagi balance rasa.
Kena pakai glove ye nak memicit cili tu. Kalau tak pakai nanti pijar jari jemari. Cie memang tak tahan kalau terkena cili sikit pun boleh pijar jari. Memang kena pakai glove.
Ulaman pulak ada terung rebus, kacang botor dan timun. Terung tu ada orang bakar je. Cie rebus je malas nak membakar.
Cie jela suka makan menu macam tu. Sebagai tambahan untuk anak-anak, Cie masak sotong kicap dan telur dadar. Kakak Raisha makan juga ikan bakar tu. Adik Rania memang makan telur dadar dan sotong kicap je. Terpaksa makan sotong kicap tu. Biasanya dia tak suka sangat sotong.
Memang tak bertambah la adik Rania makan malam tu. Memilih sikit makan budak ni. Kakak Raisha je tak memilih makan. Babahnya lagi la tak memilih. Cuma 2 beranak ni tak makan petai. Cie dan adik Rania suka makan petai.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.