Ikan Lolong Bakar Cicah Air Asam Picit Dan Ulam

Masih cerita bulan Oktober yang belum habis. Hihi. Bila tengok gambar yang ditangkap baru la tau tarikh kejadian. Cie memang banyak cerita nak diceritakan di dalam blog. Sebelum ni selalu share di Facebook atau Instagram tapi sekarang ni Cie dah malas nak share kat situ. So cerita di blog jela.

30 Oktober hari tu Cie masak ikan lolong bakar, air asam picit dan ulam. Teringin ternampak orang share pasal air asam picit. Cie tak pernah buat air asam picit. So saja la nak try buat. Alhamdulillah walaupun pertama kali buat ianya menjadi.

Ikan bakar, air asam picit dan ulam

Ikan lolong tu Cie gaul dengan garam je. Kemudian bakar je dalam oven sampai masak. Kalau nak cicah air asam lebih sedap bakar kosong gitu je. 

Untuk air asam picit pulak bahannya Cie letak pes asam jawa Adabi. Yang ni senang dah takde biji. Lepas tu belacan, limau nipis, cili padi, gula. Letak air masak sikit je. Limau nipis tu perah jusnya. Campurkan semua bahan dan picit cili padi, gaul rata. Cie letak gula nak bagi balance rasa.

Kena pakai glove ye nak memicit cili tu. Kalau tak pakai nanti pijar jari jemari. Cie memang tak tahan kalau terkena cili sikit pun boleh pijar jari. Memang kena pakai glove.

Ulaman pulak ada terung rebus, kacang botor dan timun. Terung tu ada orang bakar je. Cie rebus je malas nak membakar. 

Cie jela suka makan menu macam tu. Sebagai tambahan untuk anak-anak, Cie masak sotong kicap dan telur dadar. Kakak Raisha makan juga ikan bakar tu. Adik Rania memang makan telur dadar dan sotong kicap je. Terpaksa makan sotong kicap tu. Biasanya dia tak suka sangat sotong.

Menu dinner 30 oktober 2025

Memang tak bertambah la adik Rania makan malam tu. Memilih sikit makan budak ni. Kakak Raisha je tak memilih makan. Babahnya lagi la tak memilih. Cuma 2 beranak ni tak makan petai. Cie dan adik Rania suka makan petai. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Sedap kan air asam picit. Ikan lolong tu mata dia besar kan.

    BalasPadam
  2. Ya ampun ni menu favorite kalau ada ni bertambah nasi.

    BalasPadam
  3. Sedapnya lauk ikan cicah asam picit tu Cie. Ada lauk tu je pun dah okay dengan ulamnya. Tak payah lauk lain pun takpe. Tapi untuk anak-anak kena jugalah masak lauk yang dorang makan.

    BalasPadam
  4. Kalah akak nengok menu terung tu Cie... bakar ke rebus ke even tumis pun semua sedap.

    BalasPadam
  5. sedap sungguh ni... saya suka menu yg ada ikan bakar dgn ulam ulaman

    BalasPadam
  6. Nampak sedapp kalau mkn dgn nasi panas2

    BalasPadam
  7. mcm dh lama tak dgr nama ikan lolong ni...zmn2 sek, my mom beli ikan ni kat penjaja ikan yg naik motosikal tu

    BalasPadam
  8. Hebatnya tampilan gambar, rugi rasanya ada blog tak share sesuatu yang menjadi kenangan ingat ingatan..sedpa ja nampak ada ulam ulaman

    BalasPadam
  9. Nampak pulak sotong tu....huiii sedap ni....cicah air asam pun berselera jugak.

    BalasPadam
  10. Ni yang buat makan bertambah kan..habis nasi sepiyuk

    BalasPadam
  11. Aiiih langsung drooling saya lihat nya kak 🤤🤤🤤🤤. Tak payah lah telur dadar atau sotong, cukup ikan dan ulama + air asam itu, dah sedaaap sangat 😍🤩🤩🤩

    BalasPadam
  12. Cuya pon sekarang memilih blog sebagai medium untuk sharing. Dah tak share kt fb atau ig sebab blog lebih private

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.