30 Oktober hari tu Cie masak ikan lolong bakar, air asam picit dan ulam. Teringin ternampak orang share pasal air asam picit. Cie tak pernah buat air asam picit. So saja la nak try buat. Alhamdulillah walaupun pertama kali buat ianya menjadi.
Ikan lolong tu Cie gaul dengan garam je. Kemudian bakar je dalam oven sampai masak. Kalau nak cicah air asam lebih sedap bakar kosong gitu je.
Untuk air asam picit pulak bahannya Cie letak pes asam jawa Adabi. Yang ni senang dah takde biji. Lepas tu belacan, limau nipis, cili padi, gula. Letak air masak sikit je. Limau nipis tu perah jusnya. Campurkan semua bahan dan picit cili padi, gaul rata. Cie letak gula nak bagi balance rasa.
Kena pakai glove ye nak memicit cili tu. Kalau tak pakai nanti pijar jari jemari. Cie memang tak tahan kalau terkena cili sikit pun boleh pijar jari. Memang kena pakai glove.
Ulaman pulak ada terung rebus, kacang botor dan timun. Terung tu ada orang bakar je. Cie rebus je malas nak membakar.
Cie jela suka makan menu macam tu. Sebagai tambahan untuk anak-anak, Cie masak sotong kicap dan telur dadar. Kakak Raisha makan juga ikan bakar tu. Adik Rania memang makan telur dadar dan sotong kicap je. Terpaksa makan sotong kicap tu. Biasanya dia tak suka sangat sotong.
Memang tak bertambah la adik Rania makan malam tu. Memilih sikit makan budak ni. Kakak Raisha je tak memilih makan. Babahnya lagi la tak memilih. Cuma 2 beranak ni tak makan petai. Cie dan adik Rania suka makan petai.

13 Ulasan
Sedap kan air asam picit. Ikan lolong tu mata dia besar kan.
BalasPadamNampak sedap. Selamat menjamu selera.
BalasPadamYa ampun ni menu favorite kalau ada ni bertambah nasi.
BalasPadamSedapnya lauk ikan cicah asam picit tu Cie. Ada lauk tu je pun dah okay dengan ulamnya. Tak payah lauk lain pun takpe. Tapi untuk anak-anak kena jugalah masak lauk yang dorang makan.
BalasPadamKalah akak nengok menu terung tu Cie... bakar ke rebus ke even tumis pun semua sedap.
BalasPadamsedap sungguh ni... saya suka menu yg ada ikan bakar dgn ulam ulaman
BalasPadamNampak sedapp kalau mkn dgn nasi panas2
BalasPadammcm dh lama tak dgr nama ikan lolong ni...zmn2 sek, my mom beli ikan ni kat penjaja ikan yg naik motosikal tu
BalasPadamHebatnya tampilan gambar, rugi rasanya ada blog tak share sesuatu yang menjadi kenangan ingat ingatan..sedpa ja nampak ada ulam ulaman
BalasPadamNampak pulak sotong tu....huiii sedap ni....cicah air asam pun berselera jugak.
BalasPadamNi yang buat makan bertambah kan..habis nasi sepiyuk
BalasPadamAiiih langsung drooling saya lihat nya kak 🤤🤤🤤🤤. Tak payah lah telur dadar atau sotong, cukup ikan dan ulama + air asam itu, dah sedaaap sangat 😍🤩🤩🤩
BalasPadamCuya pon sekarang memilih blog sebagai medium untuk sharing. Dah tak share kt fb atau ig sebab blog lebih private
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.