Cie buat versi tak banyak sayur. Senang anak-anak nak makan. Kalau nak letak sayur banyak nanti kena asingkan. Malas la pulak nak asingkan bancuhan. Buat jela tanpa sayur. Sayur boleh letak taugeh, carrot dan kucai.
Bahan-bahan Cucur Crabstick
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air (agak-agak jela bancuhan tu nak cair atau pekat. Cie pun ingat-ingat lupa rasa macam letak 2 1/2 cawan je)
Crabstick - potong ikut citarasa
Carrot - chop guna chopper
Bawang besar - chop guna chopper
Bahan perasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Cucur Crabstick
- Campurkan semua bahan tu kecuali minyak masak dan air. Kacau rata dulu tepung dan bahan lain tu.
- Bila dah rata, baru la masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak la ye kepekatan tu. Jangan pekat dan cair sangat. Sedang-sedang jela.
- Panaskan minyak. Bila minyak dah panas sudukan la bancuhan tu. Goreng sampai kekuningan. Angkat dan toskan.
Tu la bila dah lama berlalu lupa pulak sukatan air tu. Tapi sibuk la nak jugak share resipi cucur crabstick ni. Hihi. Korang pun mesti dah biasa buat cucur kan. Takpela mana tau ada yang tak pandai memerlukan resipi Cie ni kan.
Macam biasa kalau makan cucur mesti kena ada beberapa jenis sos mengikut selera masing-masing. Cie suka sos tomato dan letak sikit serbuk lada hitam. Anak-anak dan Faiz pulak suka sos thai. Mayonis untuk anak-anak dan Cie.
Ramai je tak makan sos tomato kan? Cie memang suka sos tomato kalau nak cicah apa-apa. Zaman dulu selalu makan Mcd kan sos mereka dulu kena ambil sendiri. Kat tempat sos tu disediakan juga serbuk lada hitam dalam sachet tu. Untuk makan dengan bubur Mcd tu. Tapi Cie ambil sos tomato dan ambil juga serbuk lada hitam, Cie curah atas sos tomato. Sejak tu la Cie suka makan macam tu sampai la sekarang.


23 Ulasan
Sedap.. sedap..
BalasPadamDah lama lah nak try cucur crabstick ni tapi asyik je lupa.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammudah! budak2 sure sangat sangat ni. saya yg tak berapa nak budak ni pun suka benda2 crabstick ni :p
BalasPadamOh, memang jarang² ni jumpa orang suka makan sos tomato. Nanti sy try sos tomato bubuh lada hitam, mana tahu kena dengan selera. Cucur crabsticks tu pun boleh tiru jugak, selalu letak ikan bilis atau udang je, tak terfikir boleh letak crabsticks. Crabsticks pun jarang ada stock kat rumah, kena beli ni nanti.
BalasPadamBolehlah cuba try buat nanti
BalasPadamCie kalau bt apa2 cucur letak sebiji telur mmg akan lebih sedap dan lembut
BalasPadamsaya suka cucur! cuma jrg2 lah buat, rare gitu hahah nampak sgt saya jrg masak2
BalasPadamcucur ni memang sedap. Makan tak boleh nak berhenti. Nani biasa letak carrot, crabstick, kentang.
BalasPadamBoleh cuba resepi Cie ni, asyik dok buat cekodok sayur je. Tengok pun dah tahu memang sedap ni.
BalasPadamcucur udang memang sedap.. saya suka yang banyak sayur cicah dengan sos. ada jgk tgk yang jual di kedai cicah kuah kari.. tak termakan saya
BalasPadamWahhh..sedapnya =)
BalasPadamVersi crabstick ni tak pernah buat. Kalau cucur namanya memang sedap la.
BalasPadamSubahanallah, rajin memasak dengan penuh kasih sayang..keluarga pasti bahagia..puas hati sebenarnya masak sendiri..maaf ya sering tak sempat nak komen..apapun pasti datang membaca catatan teman blog..
BalasPadamHadiah sejadah dan pelikat tiap hari pakai, sujud dengan khyusuk..alhamdulillah..bertuah dapat hadiah ni..
BalasPadamNampak sedap cucur crabstick. Nantilah bila anak-anak ada di rumah, boleh buat.
BalasPadamsedap tu cucur crabstick..biasa mkn cucur bilis or cucur bawang
BalasPadamNampak sedap ya cucur crabstick ni. Kalau saya, suka yang kosong tak bersayur. Biasa cicah dengan sos cili atau sambal kicap, tapi lepas ni nak cuba jugaklah sos tomato tabur serbuk lada hitam
BalasPadamOwh begitu saja. Thank you share. Leh try pasni.
BalasPadamKak SA suka buat time anak2 buah balik..diorang suka makan..
BalasPadamSedap kalau ada crabstick ni. Tudiaa sampai 3 jenis sos Cie buat ikut selera masing-masing. Saya suka cicah sos cili je. Kenyang makan cucur pagi-pagi.
BalasPadamDah lama nak buat asyik lupa beli crab stick je habih camno. Buat cucur biasak le
BalasPadamCrabstick ini dibuat apapun sedaaaap. Makan begitu saja pun enak. Makanya tak pernah bosan buat makanan yg pakai crab stick 😍😍. Jadi nak buat juga utk jajanan sore nanti 👍👍
BalasPadamConfirm sedap ni makan petang2
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.