Tender ayam ni bermula 1 Ogos hari tu. Sampai dah masuk November masih ada isu berbangkit yang tak boleh diselesaikan. Tu yang hari ni semua hospital dan pembekal duduk sekali untuk mencari kata sepakat bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit la.
Macam-macam la perbincangan tadi hangat sekejap, lepas tu sejuk sekejap. Macam tu la bila kita berurusan dengan pembekal ni. Nak taknak mereka kena akur dan patuh dengan segala syarat kontrak yang ditetapkan. Kalau rasa tak mampu nak patuhi better tarik diri dari awal. Bila terima dan tak mampu pun nak laksana tu yang akan menyusahkan kami para user ni.
Tengah membelek kontrak ayam kat handphone
Tender ayam ni dulu under tender kebangsaan yang mana diuruskan sepenuhnya oleh HKL dan kementerian. So bila kontrak last dah tamat pada Disember 2024 yang lepas, pihak kementerian dah taknak buat tender dan serahkan kepada negeri. So sekarang ni negeri masing-masing la uruskan tender.
Pembekal dapat kontrak bekalkan 1 negeri Pahang. Should be kena bersedia la dari segi kewangan, pekerja dan lain-lain perkara. Kalau terima tapi tak bersedia tu yang akan timbul masalah. Kami la sebagai user yang susah.
Hantar bekalan makanan ke hospital ni banyak syarat perlu dipatuhi sebab kita nak menyediakan makanan kepada pesakit. Memang kena cari bekalan makanan yang berkualiti dan sebagainya. Tak boleh main tangkap muat je.
Lebih kurang 2 jam jugak perbincangan tadi. Harapnya pembekal dapat selesaikan dengan baik. Lama nak hadap kontrak ni selama 3 tahun.
Macam biasa kali ni kami collect duit RM10 seorang pulak. Team tuan rumah sediakan menu western. Kenyang makan macam-macam menu ada.
Lepas makan terus solat kat Pusat Islam HOSHAS tu. Dah settle semua baru call driver mintak ambil di lobi HOSHAS. Dalam pukul 2 jugak gerak dari Temerloh dan 4 petang sampai di hospital.
Balik rumah baru menaip post ni. Sepanjang perjalanan tadi duk berborak macam-macam topik dengan driver. Jadinya tak sempat nak menaip takde idea. Dah ada kat rumah ni boleh la menaip. Sebelum masuk kitchen nak masak. Faiz nak bungkus je makanan tapi Cie kata takpela masak je.




14 Ulasan
Alamak Cie.. terkejut kita. Ingatkan apa kat muka dorang tu. Hahaha. Sensor rupa2nya.
BalasPadamLepas mesyuarat mesti ada makan2 erk
BalasPadamSepatutnya masa nak bid tender tu, pembekal dah ukur baju di badan sendiri... mampu ke tak mampu nak memenuhi kehendak dan syarat2 klien. Ni mesti jenis yg sanggup dgn semua syarat sebab nak menang tender je tapi bila dah dapat baru la sedar dieorg sebenarnya tak mampu nak buat ikut tender tu kan huhu.
BalasPadamAda je masalah pembekal ni kan. Eloklah duduk semua berbincang sepakat mana yang terbaik. Dah menang bid lepas tu tak mampu pulak nak laksanakan. Masalah besar ni.
BalasPadamKadang2 mungkin dah dapat tender tu lepas tu mungkin sub kat orang lain dan kualiti tak seperti apa yang kita harapkan.....
BalasPadamHata pernah handle supplier but not in food sector..It's not as easy as end user nmpk..Mcm nmpk ayam dh smp tempat yg ditetapkn..Tapi proses nk htr tu pun mcm2 nk kena tgk =D..So i understand u =)
BalasPadamkalau di sek ni yg bermasalah biasanya penender kantin. Masa nak dptkan tender bagi sebutharga murah. Tp bila masuk setengah tahun, dinaikkan harga makanan tu setakat yg mrka mahu.
BalasPadamSeronok job scope Cie, handle macam² jadi pengalaman dan ilmu pun bertambah. Menarik 👍🏻
BalasPadamsemoga dipermudah segala urusannya..
BalasPadamMemang selalu mesyuarat negeri di Temerloh ya? Bukan di Kuantan?
BalasPadamLumayan tu sapa yang dapat masuk tender tapi memang kena penuhi lah semua requirement yang ditetapkan.
BalasPadamkadang2 risau bila dari part kita dah cuba buat yg terbaik. tapi kalau pembekal buat hal, dengan kita2 jadi susah. harap mereka ni jalankan amanah dgn baik lah, lama tu 3 tahun
BalasPadammemang stress bila ada isu2 berbangkit gini. moga dpt setel semuanya
BalasPadamSelalunya mesti prob pembekal...ssmoga dipermudahkan ye Cie
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.