Balik kerja hari Isnin Cie start dah kembung perut. Sebelah malam bakar la tungku nak tungku perut. Lepas tungku tu ok jela rasa lega sikit. Cie siap beli tungku kat Shopee sebab kerap jugak Cie kembung perut ni. Sejak-sejak masuk usia 40an ni kan macam-macam la penyakit. Dah beberapa bulan jugak takde kembung ni, ni muncul semula.
Malam tu jugak badan sakit-sakit. Cie mintak la anak-anak picit bahu, picit belakang. Ok la sikit. Tidur macam biasa la 10 malam. Sapu jugak macam-macam aromaterapi kat belakang badan dan perut. Mokcik millennial ni camni la minyak angin memang standby tepi katil. Hahahah
Tengah malam terjaga sakit lagi perut. Tak boleh tidur. Telan ubat tahan sakit dan bancuh prebiotik probiotik Shaklee tu sebab nak bagi lega perut, tak sedar pukul berapa terlelap. Bukan memulas tau. Dia sakit macam perut tu jadi tak selesa. Kembung la bagi Cie.
Pagi bangun macam biasa pergi kerja pagi semalam tu. Sampai office rasa seram sejuk. Rasa macam nak hypo pun ada. Dah start rasa macam loya nak muntah. Kerap la sendawa. Pukul 10 macam tu lari masuk tandas sebab nak muntah. Muntah air je. Lepas muntah rasa lega. Sambung buat kerja. Selagi tangan boleh menulis kita kerja.
Kejap-kejap ke tandas rasa nak muntah tapi tak muntah dah. Ada la ceri beri juga 2x pagi semalam sebelum muntah tu. Nak sampai waktu rehat pukul 1 tu Cie rasa azabnya la. Tapi kalau orang lain tu rasanya pergi ambil MC dah. Cie ni boleh pulak buat je kerja walaupun 1001 rasa dah. Kerja office duduk je tu yang rasa boleh je kerja.
Cie whatsapp Faiz suruh ambil adik Rania dia balik 1.15 petang. Cie nak tunggu 1.15 tu rasa tak mampu dah. Faiz kata ok dia ambik. Cie kata Cie singgah beli makanan je nanti.
Balik rehat tengahari tu singgah beli makanan kat tempat biasa gerai tepi jalan kat Batu 2. Masa nak bayar tu dah rasa nak muntah. Adik jual tu pulak slow motion je buka plastik, pulang duit balance. Masa tu rasanya air dari perut tu dah menuju ke tekak.
Cepat-cepat masuk kereta masa tu tinggal nak tersembur je muntah. Cepat-cepat keluarkan makanan dari plastik. Masa tu air tu dah dalam mulut Cie tahan je sementara nak keluarkan makanan dari plastik, makanan Cie letak je atas seat. Ambil plastik terus muntah air lagi sekali dalam kereta. Mujur sempat kalau tak jenuh nak mencuci kereta.
Sangkut kat seat tu muntah ye bukan air teh o. Hahaha
Banyak jugak muntah air tu rasanya lebih kurang 500ml air kot. Cie memang tak makan apa pun pagi tu. Cie dah biasa buat IF. Ni la pertama kali muntah selain dari masa mengandung. Masa mengandung dan keracunan makanan je muntah. Ni tiba-tiba muntah. Cie rasa macam banyak angin dalam badan.
Whatsapp Faiz suruh beli roti Gardenia. Cie rasa tak boleh nak telan makanan lain. Cie beli laksa je untuk anak-anak. Selalunya Cie makan sayur-sayur laksa dan kuah laksa sebab anak-anak tak makan sayur. Balik rumah Cie baring dan tidur tidur kejap sebelum masuk semula kerja.
Adik Rania nak makan baru dia panggil Cie ajak makan sekali. Cie makan roti dan peanut butter je. Takde rasa nak makan benda lain sebab masih rasa tak selesa kat perut dan tekak lepas dah muntah. Perut pun takde rasa lapar pun. Cie makan la jugak sayur laksa dan kuah laksa tu.
Faiz ajak ke klinik Cie kata takpela masih ok. Punya degil weh nak jugak masuk kerja. Gigih betul nak kerja tu kan. Masuk office buat kerja macam biasa sambil menahan rasa tak selesa. Sendawa, rasa loya, berkali-kali ke tandas sebab rasa nak muntah tapi tak muntah.
Bos bagi cendol pun Cie tak minum. Bawak balik rumah. 4.30 tepat Cie keluar office balik rumah terus tukar baju dan baring tidur. Memang tak larat. Handphone pun tak tengok. Lama jugak Cie tidur tu. 5 lebih terjaga panggil kakak Raisha suruh babahnya tapau makanan. 4.33 tu ada Faiz whatsapp tanya nak bungkus makanan ke. Cie memang tak tengok handphone dah masa tu.
Cie suruh Faiz bungkus kuetiau celup campur je nak kongsi dengan adik Rania. Cie makan sikit je. Dah berbagi dengan adik Rania kuetiau tu Cie ambil 1/4 je. Tu pun tak habis tak mampu dah nak makan. Selera makan memang out.
Lepas Isyak serah diri ke Poliklinik Al-Farhain. Mujur tak ramai orang. Tu yang suka ke situ sebabnya orang tak ramai. Dibuka 24 jam. Cie memang sesuai dengan ubat kat situ.
Rasa kembung perut masih ada dan asyik sendawa je. Doktor tekan belah kanan ada rasa sakit. Dia kata macam apendik tapi sebab tak demam mungkin jela dia kata. Dia bagi ubat dulu tengok 1-2 hari kalau ada demam dan muntah lagi boleh datang semula. Dengar apendik je seram pulak rasa.
Tenang hati bila baca Hadis Qudsi tu
Malam tadi terus makan ubat dan Cie tidur. Baru boleh tidur dengan lena. Terjaga bangun nak ke tandas je. Pagi ni bangun dengan rasa ada sikit lagi tak selesa kat perut. Sarapan roti dan peanut butter terus makan ubat. Cie rasa macam banyak angin dalam badan je ni bukan apendik kot. Berehat la kita sehari hari ni.



4 Ulasan
Hi Cie, salam kenal. Speedy recovery 🌹kita baru nak blog walking, heee.
BalasPadamshafakillah utk cie. take care tau. have a rest!
BalasPadamget well soon
BalasPadamSemuga cepat sembuh. Aduhaiiiii boleh pulak sehari bekerja dengan asyik muntah je ni.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.