Bila usia macam ni tak kisah pun takde hadiah. Doa dan ucapan pun dah memadai. Rezeki dapat hadiah pun 1 nikmat yang harus disyukuri. Terima kasih yang sudi memberikan hadiah kepada Cie dari pelbagai cara.
Ada yang pos dari jauh, ada yang kirimkan gift card, ada yang belanja air. Macam-macam la. Semua ni Cie sangat hargai. Semoga yang memberi tu dikurniakan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.
Sebagai menghargainya Cie nak share la apa yang Cie dapat.
Hadiah Birthday Yang Ke41
Hadiah Dari Suami dan Anak-anak
Hadiah 3 beranak ni selalunya yang simple ikut dan je. Tahun lepas Cie dapat coklat Beryl’s dari Faiz dan 2 hadiah kedai Eco dari anak-anak. Barang kedai Eco punya la banyak tapi dibelinya hadiah tak function. Hahaha. Ada je kat dapur tu. Tu cerita tahun lepas.
Untuk tahun ni Faiz beli perfume Victoria Secret. Kisahnya Cie ada sebotol lagi perfume tu yang baru je habis. Cie jarang pakai. Beli waktu PKP dulu masa tu boleh keluar daerah. Kami ke Kuantan. Cie beli 2 botol. Sebotol habis pakai, yang sebotol tu masih berbaki lagi sikit. Rasanya expired dah lama. Cie nak buang dah cuma botol tu Cie letak atas dressing table je tak buang-buang.
Agaknya Faiz tengok dah habis ni dia pun terus la order online. Hahahah. Senang kerja dia tak payah pening fikir nak beli apa untuk Cie. Kadang-kadang order sendiri nak apa lepas tu claim je. Gitu jela kitanya takdela beria bab-bab hadiah birthday ni.
Malam birthday tu Faiz ambil kunci kereta dalam beg Cie. Masa tu Cie baring dalam bilik sambil main handphone. Dalam hati dah syak mesti letak hadiah birthday ni.
Pagi 19 November tu Cie buka pintu kereta dah nampak hadiah Faiz letak kat tengah tu. Adik Rania masuk kereta dia dah sengih masa tu dia cakap kakak yang tulis birthday tu. Cie cakap kat adik Rania kenapa tak bagitau ibu. Adik Rania cakap mana boleh bagitau rahsia. Berpakat 3 beranak rupanya.
Hadiah Dari Rakan Sekerja
Hari birthday Cie tu ada share ucapan untuk diri sendiri di status whatsapp. Rakan sekerja Cie dari Hospital Bentong tanya birthday Cie ke. Cie kata aah. Tiba-tiba dia send Zus Gift Card RM30 dia kata nah gift pergi beli kopi. Weekend lepas birthday tu Cie redeem la terus sekali voucher lain kat Zus. Jawatan kami sama cuma berbeza hospital je. Umur kami sebaya juga.
Seterusnya Cie masuk kerja selepas lunch time tu Cie tengok ada 1 cup hazelnut latte Coffeur atas meja. Taktau siapa yang bagi. Cie terus masuk meeting masa tu 3 petang. Yang memberi takde pun bagitau apa-apa. Cie pun tak berani nak minum. Lepas habis meeting Cie masuk bilik bos nak hantar file lepas tu ternampak ada juga cup Coffeur atas meja bos. Cie pun tanya bos dia ke yang bagi, ye katanya. Alahai bos pun lain kali bagitau la takdela daku tertanya-tanya.
Keesokan harinya 20 November awal pagi lagi Penolong Pegawai Tadbir hospital datang office bawak paperbag. Dia pun cakap nah hadiah. Alahai sweet tau EO ni. Dia pun tengok status whatsapp Cie tu yang tau birthday. Dia bagi cup cake dan mini bag apa entah namanya tu. Beserta dengan ucapan kemain panjang lebar.
Sebelah petang 20 November tu pulak Cie dapat whatsapp dari staf Cie. Dia cakap nanti puan minum ye sekali gambar cup Zus. Cie masuk office tengok dia bagi Iced Buttercreme Latte. Alahai susah-susah je bagi kopi.
Selang seminggu lepas tu pada 28 November Cie dapat 1 parcels. Tertulis nama Cie - Roziah (Ibu Cie) dari Selayang. Dah tak payah fikir dah tau ni mesti dari exbos Cie. Cie bahasakan diri Cie ibu kat anak lelakinya. Macam anak angkat la dari baby Cie pernah jaga anaknya tu. Cie kan takde anak lelaki, anak orang pun kira anak Cie la. Hihi. Ni la satu-satunya exbos yang sentiasa bagi hadiah kat Cie setiap tahun walaupun dah tukar 2 tahun dah.
Voucher Birthday
Untung kalau ada apps ni bila birthday je akan dapat voucher. Untuk kali ni Cie dapat voucher dari Zus, 7Eleven dan FamilyMart. Cuma yang FamilyMart je Cie tak redeem.
Zus Coffee
Apps Zus Coffee paling best. Ada 2 voucher yang diberikan:
- Voucher buy 1 free 1 cake
- Voucher RM1 buy hot meal
23 November yang lepas kami sekeluarga singgah di Zus Coffee untuk redeem kesemua voucher tu sebelum expired. Kena buat order 2 kali sebab voucher tu tak boleh guna sekali dalam 1 resit.
7Eleven
7E pulak Cie dapat redeem free 22oz Slurpee. Cie redeem pada 28 November sebelum expired pada 30 November. Sempat la redeem.
Hari Kelahiran Yang Menggembirakan
Alhamdulillah semuanya membuatkan Cie rasa terharu sangat-sangat. Dikelilingi orang baik-baik ni memang rezeki. Dalam masa yang sama kita pun kena berbuat baik dengan orang disekeliling kita juga.









1 Ulasan
Alhamdulillah ramai sayang Cie tu, macam2 hadiah dapat.
BalasPadamHadiah dari anak2 kita redha & raikan je la kan haha...
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.