Minggu lepas beli barang dapur, kakak Raisha request nak Mashed Potato terus jela cari yang instant je senang nak buat. Tak payah renyah nak kena rebus kentang bagai.
Teringat pulak masa kerja ARM KFC dulu memang belajar buat Mashed Potato masa training. Buat gravy pun belajar. Seingat Cie ada guna seredak tepung ayam yang ditapis dari minyak menggoreng tu. Bekukan bila nak guna nanti cairkan je untuk masuk dalam gravy. Bahannya dah lupa sebab dah berbelas tahun tinggalkan dunia KFC.
Berbalik kepada Instant Mashed Potato brand Bestari ni dalam 1 kotak tu ada 2 peket. Cie bancuh 1 peket je. Tu pun banyak jugak boleh makan 2-3 orang. 3-4 orang pun boleh je kot sebab biasanya kita tak makan banyak pun kan.
Cuma gravy je sikit dan blackpepper dia tak sedap bagi Cie la. Kakak Raisha pun cakap pelik rasa gravy tu. Boleh je makan cuma takdela sedap gravy tu. Gravy tu tak sepadan dengan Mashed Potato tu. Kita lebih suka gravy banyak.
Lagi sepeket tu nanti Cie plan nak buat gravy lain jela. Boleh masak western. Ayam goreng ke apa, buat coleslaw jadi la set KFC. Lama dah tak masuk KFC. Boleh la buat hidangan ala KFC.
Semoga menjawab pertanyaan blogger Cuya yang bertanya guna brand apa.


3 Ulasan
Selalu je nampak readymade ni, tapi tak terasa nak beli..
BalasPadamooo...ada yg instant..mashed potatoes KFC mmg sedap..
BalasPadamkena try banyak jenis tengok mana ngam dengan selera kot. tak pernah lagi try yang instant. kadang malas betul nak rebus kentang bila nak buat
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.