Instant Mashed Potatoes Mix

Rabu baru ni Cie ada buat Instant Mashed Potato menggunakan brand Bestari. Sebenarnya banyak je brand lain pun ada Instant Mashed Potato ni. Biasa ada kat bahagian kering kat mana-mana pasaraya. Dalam kotak dan dalam peket pun ada mengikut brand.


Minggu lepas beli barang dapur, kakak Raisha request nak  Mashed Potato terus jela cari yang instant je senang nak buat. Tak payah renyah nak kena rebus kentang bagai.

Teringat pulak masa kerja ARM KFC dulu memang belajar buat Mashed Potato masa training. Buat gravy pun belajar. Seingat Cie ada guna seredak tepung ayam yang ditapis dari minyak menggoreng tu. Bekukan bila nak guna nanti cairkan je untuk masuk dalam gravy. Bahannya dah lupa sebab dah berbelas tahun tinggalkan dunia KFC.

Berbalik kepada Instant Mashed Potato brand Bestari ni dalam 1 kotak tu ada 2 peket. Cie bancuh 1 peket je. Tu pun banyak jugak boleh makan 2-3 orang. 3-4 orang pun boleh je kot sebab biasanya kita tak makan banyak pun kan.






Cuma gravy je sikit dan blackpepper dia tak sedap bagi Cie la. Kakak Raisha pun cakap pelik rasa gravy tu. Boleh je makan cuma takdela sedap gravy tu. Gravy tu tak sepadan dengan Mashed Potato tu. Kita lebih suka gravy banyak.


Lagi sepeket tu nanti Cie plan nak buat gravy lain jela. Boleh masak western. Ayam goreng ke apa, buat coleslaw jadi la set KFC. Lama dah tak masuk KFC. Boleh la buat hidangan ala KFC.


Semoga menjawab pertanyaan blogger Cuya yang bertanya guna brand apa.





Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Selalu je nampak readymade ni, tapi tak terasa nak beli..

    BalasPadam
  2. ooo...ada yg instant..mashed potatoes KFC mmg sedap..

    BalasPadam
  3. kena try banyak jenis tengok mana ngam dengan selera kot. tak pernah lagi try yang instant. kadang malas betul nak rebus kentang bila nak buat

    BalasPadam
  4. Oh yg ni siap ada kuahnya skali..pernh bli jenis instant tp brand mamee chef

    BalasPadam
  5. Thank you share kak cie. Lepasni bole la mencari

    BalasPadam
  6. kalau instant ni, mesti ada mana2 yg kurang kan. gravy dia kalau terlalu kuat rasa blackpepper pun tak sedap

    BalasPadam
  7. Oh, ada pernah nampak, cuma tak pernah beli. Bagus juga, ada yang instant walaupun kurang sedap gravynya.

    BalasPadam
  8. Okey, abaikan soklan sebelum ni. Thank you so much, nnt ku cari.

    BalasPadam
  9. Saya juga pernah buat mashed potato pakai yg instan. Tp memang rata2 gravy nya kurang sedap. Jadi kalau sayapun harus buat gravy terpisah kak 😄

    BalasPadam
  10. Kalau ada instant mashed potato ni lagi mudah .. jimat masa pulak tu

    BalasPadam
  11. Akak pun x tau ada mashed potato instant...kalau rasanya sedap mcm mashed potato KFC ok la...boleh beli...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.