Menginap di Padi Sentral Sekinchan: Pengalaman Unik di Tengah Sawah Padi

Biasanya pergi bercuti di tepian pantai, kali ni kita tukar suasana pulak. Kita bercuti di tengah sawah padi. Cie memilih untuk menginap di Padi Sentral Sekinchan. Lama dah teringin nak bercuti di Sekinchan.

Padi sentral sekinchan

Dari awal tahun dah janji dengan anak-anak. Adik Rania habis exam UPKK nanti kita pergi Sekinchan waktu cuti Krismas. Pesan juga kat Faiz suruh dia ambil cuti 26 Disember.

Dari awal penghujung bulan November Cie dah survey mana tempat penginapan yang best. Baca review dan survey harga. Dapat la kat Agoda Cie book pada 2 Disember. Memang kena awal booking musim cuti sekolah.

Cie check in pada 25 Disember dan check out pada 26 Disember 2025. 1 malam je cukup la. Nak merasa je tidur di kawasan sawah padi.

Harga Booking Di Agoda

Kat Agoda ni kena sentiasa tengok voucher yang mereka offer. Ada masa dapat banyak diskaun. Cie ambil Family Deluxe ada 1 King Bed dan 1 Bunk Bed (katil double decker). Selepas dah tolak segala voucher dapat la RM340.07 tanpa sarapan. 

Bagi Cie agak mahal jugak mungkin sebab waktu Public Holiday dan cuti sekolah agaknya.

Kemudahan Dalam Bilik

Kemudahan dalam bilik takdela lengkap sangat. Tapi boleh la untuk percutian singkat 1 malam. Antara kemudahan yang ada:

  1. Dental kit ada 4
  2. Hair dryer
  3. 2 in 1 shampoo & shower gel
  4. Selipar 
  5. Hanger dan tempat gantung baju
  6. Air minuman, jug, cawan, mug
  7. Televisyen
  8. Power point plug banyak
  9. Aircond dan kipas

Kemudahan Lain

Ada disediakan iron board di setiap floor dan juga coway station. Boleh la nak ambil air sejuk atau panas. Tapi tu la segala kopi teh tak disediakan. 

Kat Padi Sentral ni ada juga tempat nak bergambar. Ramai juga orang dari tempat penginapan lain datang ke situ untuk bergambar.

Bulan Disember padi tak menghijau sangat dah. Jadinya nampak la kuning-kuning. Yang best cuma dari bilik nampak view sawah padi terbentang. Anak-anak Cie excited sangat menginap di Padi Sentral ni sebabnya pertama kali dapat pengalaman tengok sawah padi.

Parking disediakan juga mencukupi cuma parking tak berbumbung dan hanya berbatu sahaja. Kalau nak seret luggage tu habis la roda tu kan. Nak dapat parking depan pintu susah juga ramai orang parking.

Sarapan pun ada agaknya masa kami keluar pagi tu nak mencari sarapan ada nampak disediakan nasi lemak bungkus, kuih-muih, kopi dan teh. Cie memang plan dah nak sarapan local je di mana-mana area Sekinchan. Nanti cerita entri yang lain.

Proses Check In dan Check Out

Proses check in mudah je. Cakap kat receptionist nak check in. Dia terus minta booking ID. Cie pun terkial-kial la buka semula Agoda mencari booking ID yang dimaksudkan. Selalu kalau check in hotel mereka minta IC je. Kat situ tak mintak IC.

Lepas dah bagi booking ID terus dia mintak deposit RM50 dan dia bagi macam kertas kupon ada tulis situ deposit RM50. Masa check out bagi semula kupon tu dan mereka akan check bilik dulu. Kalau dah ok baru la mereka pulangkan semula duit RM50.

Pengalaman Menginap

Bagi Cie menarik jugak penginapan di Padi Sentral ni. Biliknya agak unik la dengan susunan yang simple je. Takde karpet. Dinding dan lantai pun simen je. 

Pintu bilik air tu pelik sikit. Kena tekan sikit baru la tak berbunyi. Dalam bilik air pun simple je. Tapi lengkap dengan air panas. Takdela menggigil nak mandi sejuk jugak.

Masa kami baru nak tidur tu tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik. Kuat pulak tu. Lepas tu pemegang pintu tu macam ada cubaan nak buka pintu. Kami biar je. Ketukan dalam 5-6 kali lepas tu senyap. Dengar pulak dia ketuk bilik lain dan orang tu buka pintu. Kami fikir mungkin salah bilik.

Padi Sentral ni takde sound proof. Memang dengar orang bercakap kat sebelah. Orang berjalan depan bilik pun kita boleh dengar. Tapi takdela bising sangat pun.

Dari bilik Cie tu boleh nampak orang bergambar di 3 spot yang disediakan. Tangga berwarna warni, kerusi ada gelung love dan buaian. Tangga warna warni tu gayat nak naik sampai atas. Memang ramai orang datang bergambar di situ.


Gambar Di Padi Sentral

Cie ada upload kat Facebook dan Instagram juga gambar tapi takdela banyak sangat. Yang terpilih je. Kalau ikutkan banyak betul gambar. Anak-anak Cie banyak ambil gambar. Cie letak album Sekinchan 2025. Sekarang tak aktif FB tapi kalau ada gambar program apa-apa atau percutian je Cie akan upload untuk memory.
























Selesai percutian 2 hari 1 malam di Sekinchan. Beberapa entri tempat yang Cie pergi sekitar Sekinchan akan menyusul selepas ini. Kita mulakan dengan entri Padi Sentral dulu.








Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Linda tak suka sangat pattern padi sentral tu..hihi..welcome to Sekinchan..

    BalasPadam
  2. Konsep rustic. Mak aii, pintu kontena jadi pintu bilik air. Pernah juga ada orang rekomen tempat ini untuk stay, tapi belum cuba lagi.

    BalasPadam
  3. Memang konsep dia macam tak cat ya....Kalau tengok gaya dia macam rumah burung layang-layang dia ubahsuai. Unik hotelnya. Part warna warni tangga saya suka. Part tak cat tu saya tak berkenan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.