Kakak Raisha baru start ganti puasa hari ni. Cie pun ambil kesempatan untuk join sekali kakak Raisha berpuasa. Cie puasa sunat hari Isnin jela. Puasa ganti dah settle masa bulan Syawal hari tu.
Adik Rania pun join puasa sekali tapi kecundang 1pm dah berbuka. Apa la budak kecik ni. Beria bangun sahur pagi tadi. Anak-anak biasa bersahur dengan air Vico je setiap kali puasa. Cuma puasa ni takde Performance Drink tu yang agaknya dia haus.
Cie pulak sahur dengan Cinch Shake Coklat masih ada sikit belum expired so boleh la minum sahur tadi. Cie pun jenis tak makan nasi waktu sahur.
Menu berbuka hari ni:
Ayam Masak Lemak Cie letak daun kesum sekali. Memang sedap kalau korang tak pernah try lagi letak cuba sekali letak daun kesum dalam masak lemak. Cie letak jugak cili yang Cie tanam tu. Taktau la apa rasa tu.
Peria tu pulak hasil kutip kat rumah Kak Ngah semalam. Cie goreng separuh je ni. Ada lagi separuh nanti boleh buat Kerabu Peria pulak. Cie memang suka peria walaupun pahit sikit.
Dekat nak berbuka nanti nak buat Sirap Limau la. Tiba-tiba teringin sirap pulak. Limau ada. Sirap entahla ada ke tak ingat dah. Nanti kang la tengok kalau ada buat Sirap Limau, kalau takde buat Limau Ais pun sedap je.

19 Ulasan
Cuya suka kalau peria masak dgn paru. Sedapp tapi selalunya beli la, kat rumah tak masak paru
BalasPadamalhamdulillah, sedap2 belaka tu
BalasPadamTeman kakak Raisha ganti puasa.. Linda pun ingat nak puasa sunat juga, tapi hari ni ada meeting unit.. selalunya boss belanja makan kalau ada meeting ni.. hihihi.. so, tak jadi lah puasa
BalasPadamSelamat berbuka puasa
BalasPadamAyam masak lemak campur daun kesum menu berbuka Naniey last week..
BalasPadamMacam mana tu kerabu peria.
ank2 ada menu ayam okla tu utk berbuka puasa....peria kita xmakan
BalasPadamTak pernah letak daun kesom dalam masak lemak, okey, nanti kita cuba ya. Meriah menu berbuka dah macam bulan Ramadan ni, Cie.
BalasPadamKena bagi tau kat my weekdays chef resepi masak lomak letak kesum ni. Mana tau dia nak try buat
BalasPadamResepi baru letak daun kesum yer.. blh cuba :)
BalasPadamMeriah menu..Kalau puasa gini la kan..Selera lain macam..=D
BalasPadamAlhamdulillah. Saya pun tak pernah letak daun kesom dalam masak lemak. Biasa, letak daun kunyit. Lain kali, boleh cuba.
BalasPadamBoleh la try petua Cie letak daun kesum dalam masak lemak lain kali. Saya pun suka peria, tumis dengan telur.
BalasPadamSaya kalau sekedar puasa sendiri, memang tak sahur. Hanya minum air dan probiotik. Tp kalau puasa Ramadhan barulah wajib sahur 😁. Krn suami tak nak tak sahur. Nih laah pening buat menu sahur nanti 😄
BalasPadamCombo menu yang sangat menyelerakan
BalasPadamsedapnya ayam masak lemak!
BalasPadamWafi habis dah gantinya semalam.. lega sket selesai semuanya.
BalasPadamAlhamdulillah, Allah pasti limpahkan ganjaran pahala..
BalasPadamSedapnya juadah berbuka ..
BalasPadamTak pernah lagi masak lemak cili api letak daun kesum..nak cuba buat la..ooo itu Cie panggil peria ye...kak SA panggil Kambas...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.