Menu Sarapan 6 Dan 7 Disember 2025

Minggu ni on weekend memang agak rajin buat sarapan. Sebabnya dah taktau nak sarapan kat kedai mana dah. Alang-alang rajin ni kita buat jela menu sarapan yang simple je. Share jela sekali arung kat sini menu sarapan semalam 6 Disember dan hari ni 7 Disember.


Untuk menu sarapan semalam Cie buat lempeng dan sambal tumis ikan bilis. Kebetulan minggu lepas ada lagi lebihan roti paratha garlic tu 3 keping lagi Cie pun masak jela sekali buat tambah menu. Cie dan Faiz je makan paratha. Anak-anak makan lempeng je. 


Sambal tumis ada lebih sikit simpan je dalam fridge, pagi tadi panaskan je boleh makan dengan cucur pulak. Pagi ni buat cucur je guna tepung bumbu bakwan dari Indonesia. Pemberian ex-boss Cie sebagai hadiah birthday hari tu.


Cie just tambah carrot dan bawang besar Cie cincang. Kalau tak cincang nanti anak-anak duk asingkan pulak korek buang. Bila cincang mereka taktau terus makan je. Cara halus nak bagi anak-anak makan sayur. Semalam beli udang yang kecil-kecil tu masukkan je sekali.

Tepung bumbu tu dah ada perasa so tak perlu tambah garam ke apa dah. Tambah apa yang kita nak je lepas tu campur air. Bancuh je macam cucur biasa tu.

Bakwan Indo ni sedap crispy. Anak-anak pun cakap sedap. Sebanyak tu makan 3 beranak je. Faiz takde awal pagi dah ke kebun. Macam tak cukup pulak anak-anak makan tadi. Cie takdela tambah tepung lain dah sebab tengok banyak jugak dapat tu. 


Tu jela menu sarapan minggu ni. 2 hari cuti takde ke mana-mana pun. Nanti cuti sekolah baru la kita akan bercuti sambil Cie ambil cuti hujung tahun. Jarang cuti sebab banyak kerja. Tapi cuti jugak la fikir pasal kerja takkan habis.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. sedap nmpk cucur guna tepung bumbu bakwan

    BalasPadam
  2. Simple tapi sedap belaka. Lempeng tu kalau hujan² lagilah mengundang 😋

    BalasPadam
  3. MZ tak pernah mkn bakwan tu..nmpk sedap laaa

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.