Pemenang Top Komentator November 2025 di Blog Roziah Muhammad Nor

Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan November 2025. Segmen ini bermula sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.

Blog tanpa komen terasa sunyi dan sebagai penulis, komen yang diberikan memberi semangat untuk terus menulis dan berkongsi. Sebab itu Cie wujudkan segmen ini untuk meraikan mereka yang paling aktif menyokong blog ini.

Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator  yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 10.04 malam sebelum tidur.

Screenshot Top 10 komentator November 2025 blog Roziah Muhammad Nor


Pemenang Top Komentator November 2025

Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan November 2025 ialah:

Suria Amanda

Kalau ikutkan bilangan komen tu Suria Amanda dan Etuza sama 32 komen tapi disebabkan Etuza dah pernah jadi top komentator bulan Oktober so secara automatik Suria Amanda menjadi pemenang.

Cie kenal kak SA ni dah lama sangat-sangat masa zaman Cie aktif blog dulu. Lepas tu Cie on dan off berblog sekejap. Sekarang baru aktif semula tu yang kembali komen mengomen antara 1 sama lain. Cie pun pernah jadi pemenang Top Komentator blog kak SA.

Kak SA merupakan antara pembaca yang konsisten dan sentiasa meninggalkan komen setiap kali berkunjung ke blog Cie. Sokongan seperti ini sangat dihargai kerana ia bukan saja meningkatkan interaksi, malah menghidupkan komuniti blogger.

Tahniah sekali lagi kepada kak SA kerana menjadi Top Komentator November 2025. 


Cara Tuntut Hadiah

Untuk kak SA, sila hubungi Cie untuk urusan penghantaran hadiah.


Maklumat yang diperlukan:
  • Nama penuh
  • Alamat lengkap
  • Nombor telefon


Siapa Top Komentator Bulan Akan Datang?

Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie.

Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama. Tapi jangan la spam komen banyak-banyak pulak ye kat posting yang sama. Komen tu biar la bersesuaian dengan isi artikel.

Jadi, kalau anda belum pernah menang mungkin bulan depan rezeki anda pula. 


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.

Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Disember 2025 pula selepas ini!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tahniah SA 👏🏽

    Tadi ke blog SA ada pengumuman top commentator, datang blog Cie…rupa-rupanya SA pulak jadi top commentator sini 😀

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.